ANAQI - BAB 56❣️

38.5K 1.2K 48
                                        



ANAQI menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sedari tadi isterinya itu tidur membelakanginya. Yang paling kelakarnya, Eireen meletakkan 6 bantal di tengah katil sebagai penghadang.

"Reen.. Perlu ke letak bantal ni? Tak best la bantal ni. Aku nk peluk badan montok kau tu.." Eireen menjulingkan mata.

Jangan kacau! Nak majuk!

"Bae... dengar tak bie panggil ni?" Eireen berdecit dan berpeluk tubuh. Malas! Malas!

Anaqi meraup wajahnya. Dia menghenyakkan punggung diatas katil lalu membuang semua bantal itu. Lantak lah Reen nk mengamuk pun! Anaqi ketagih nk peluk badan Reen je sekarang ni.

Ehem. Lain maciam kau sekarang Naqi..

Anaqi baring dan memeluk isterinya dari belakang. Disedut lama leher jinjang isterinya itu. Eireen mencelikkan mata. Aih.. cepat sungguh dia berlembut hati kalau Anaqi mula menciumnya.

"Marah lagi?" Tanya Anaqi yang masih mencium leher Eireen. Eireen menggeleng sahaja.

"Kalau tak marah, kenapa tidur membelakangi aku? Tak baik tau.." Gumamnya perlahan di ceruk leher isterinya.

"Masih marah pasal tadi? Aku dah mandi dan buang bekas sentuhan perempuan tu pada aku untuk kau.."

Eireen senyum lalu mengusap tangan Anaqi yang berada di perutnya. "Tak marah dah.. saje je nk manja dengan bie.." Ujarnya perlahan.

Anaqi senyum. "Tenang sikit aku tidur mlm ni kalau kau tak marah aku.."

Eireen tergelak perlahan lalu memusingkan tubuhnya. Terbeliak matanya apabila melihat bekas luka di bibir suaminya. Eireen bangun dari baring lalu menyentuh bibir suaminya.

Anaqi memejam mata kejap. Shit. Terlupa pula pasal hal ni..

"Sape buat ni bie? Kenapa luka?" Anaqi menepis perlahan tangan isterinya lalu menggenggam erat jemari itu. Dia bangun dan duduk dihadapan isterinya.

"Takde ape. Fariz tertumbuk aku masa training tadi." Eireen mendengus. "Tak guna. Mana telefon? Reen nak call Fariz! Suka suki dia sahaja pukul laki Reen? Mana fone Reen? Mana mana!"

Berpusing-pusing kepala Eireen mencari telefonnya. Anaqi menjeling sahaja isterinya itu. Tak habis-habis dengan perangai tak semenggah tu.

"Sikit je Reen. Takde apelah. Aku lelaki, setakat luka sikit no hal la.." Ujarnya lalu menarik Eireen masuk ke pelukannya. Eireen mendongak melihat suaminya.

"Masih sakit lagi?" Anaqi menunduk dan menggeleng. "Tak sakit kalau kau cium." Ujarnya lalu memuncungkan bibirnya.

Eireen tergelak. "Elehh tadi orang nak kiss dia jual mahal.. Sekarang dah takde dah. Kaunter ciuman ditutup." Anaqi tergelak.

Ada-ada sahajalah pe'el perempuan ni..

Anaqi membelai rambut isterinya. Eireen hanya senyum sahaja lalu senyuman Eireen terus mati.

"Luka tu ada kena mengena dengan Lyana kan? Sape pukul bie? Baik bie jujur sebelum Reen sendiri tanya Fariz."

Anaqi berkerut. "Tak payah lah. Bukan penting pun."

"Penting la bagi Reen. Reen nak tahu tangan kotor mana yang sentuh muka suami Reen ni."

Anaqi tergelak. "No. Benda dah lepas jangan dikenangkan.." Ujarnya lalu mengucup ubun-ubun isterinya.

"Fine. Taknak ckap kan? Reen tanya Fariz. Fariz tak simpan rahsia mcm bie." Ujar Eireen lalu bangun dari baringannya diatas badan Anaqi.

Anaqi menarik semula badan Eireen kearahnya lalu menekup kedua pipi Eireen.

"Alright. Aku jujur. Abang Lyana yang pukul aku. Puas?" Terbeliak mata Eireen.

"Dah agak! Dah jom jumpa dia! Tak guna! Adik-beradik tak guna! Ada hati nak sentuh laki aku!" Anaqi memegang isterinya yang seumpama dirasuk.

"Shhh kenapa kau garang sngat ni?" Eireen mendengus. "Bukan masalah garang. Tapi masalahnya, bie tak buat apa-apa pun pada adik dia kan? Apasal nk marah sampai bertumbuk bagai?"

Anaqi sengih dan menggaru kening sekejap. "Err aku cekik Lyana. Sebab tu la abang dia marah."

Eireen berkerut lalu senyum lebar. "Bagus! Cekik lagi biar mampus! Hidup menyu--"

"Shh.. Jangan ckap kuat sangat. Nanti mama papa fikir kita bergaduh pula." Ujarnya sambil tangan menekup mulut Eireen.

Eireen senyum sahaja. "Hehe sowwy." Anaqi melepaskan tekupan lalu melekapkan bibir mereka kejap.

Eireen tersenyum gembira. "Btw kau jadi tak nak pukul abang Lyana untuk aku?"

Eireen berkedip lalu mengangguk. "Nak nak.."

Anaqi senyum senget. "Esok ikut aku pergi gym." Eireen berkerut. "Tapi esok kan Reen kerja? Mana bleh.."

"Petang sayang. Lepas habis kerja aku ambik kau.." Eireen tersengih dan angguk.

"Nak!" Anaqi memeluk erat badan Eireen. "Alright esok kau tumbuk dia.."

Eireen senyum dan membalas pelukan suaminya.

Yeayy nak pukul orang..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang