ANAQI turun dari tangga. Sempat dia mnyelitkan kain pelikat dicelah pahanya. Muahahah mcm orang tua je Anaqi sekarang. Pakai tshirt kelabu dan kain pelikat. Dia bru sahaja selesai solat isyak tadi.Sekarang dia sedang mncari isteri cenonetnya. Lepas dia mndi tadi, isterinya sudah tiada dlm bilik. Dia sudah sedia maklum bahawa Eireen datang bulan kerana pagi tadi Eireen menolak ajakannya untuk solat subuh berjemaah.
Anaqi bersiul nakal apabila ternampak orang yang dicari sedang menikmati kerepek diatas sofa dihadapan TV. Tengah menonton movie mungkin.
"Hai awek." Anaqi menghenyak punggung bersebelahan Eireen dan tangan kirinya diletak di sofa tempat sandar kepala Eireen manakala tangan kanan curi-curi makan kerepek milik isterinya.
Eireen berdecit. "Pergi la ambik makanan lain kat dapur. Sibuk nk ambik yg orang." Anaqi hanya berkedip-kedip melihat wajah cemberut isterinya.
Apakah.. apa lagi kesalahan negara yg aku buat kali ni?
Eireen mengesot kekiri. Anaqi berkerut. "Hey.. kenapa garang sangat ni? Aku ambik sikit je Reen. Tak smpai segenggam tangan pun aku ambik.." Eireen hanya masam mencuka.
Anaqi menggaru kepalanya. Anaqi hanya memerhati Eireen yang sedang makan kerepek itu. Dia senyum senget. Oo taknak kongsi ya? Fine. Kita cuba cara halus.
Eireen menggigit kerepeknya. Anaqi terus menekup pipi Eireen dan dia menggigit kerepek yang berada di mulut Eireen. Terbeliak mata Eireen apabila hujung bibir Anaqi terkena bibirnya.
Anaqi memejam mata smbil mengunyah. Dia bersandar ke sofa. "Hmmm sedapnya. Ingat ke kerepek ni keras rupanya ada campuran lembut juga.." Eireen mengemam bibir. Malu!
Kalau papa mama nampak mcm mana? Eeee geram.
"Anaqi!" Eireen memukul dada Anaqi. "Eee pervert! Suka ambik kesempatan kan?" Anaqi sengih dan menjungkit bahu. "Bermanja dengan isteri dpat pahala. Tak gitu?"
Eireen mencebik. "Eleh sibuk nk bermanja dengan orang. Pergi lah sana. Takyah nk rapat dengan aku. Tadi pulau aku sngat kan?"
Anaqi berkerut. "Bila?" Eireen menjulingkan mata.
"Masa aku ajak lunch." Anaqi menggaru kepala. "Bukan ke aku balas ke whatsapp kau? Celah mana aku pulau?"
Eireen berdecit. "Kau balas sepatah-sepatah. Macam malas sngat layan aku." Anaqi makin berkerut.
"Biasa la tu. Aku memang dry text kadang-kadang kan? Kau nk terasa sngat kenapa?"
Eireen memuncungkan bibir. Maaf Anaqi, perempuan yg sedang bendera merah memang memerlukan perhatian yg penuh. Kau tak senyum pada mereka pun mereka terasa tau?
Anaqi senyum melihat wajah cemberut Eireen. Dia sudah tahu mengapa isterinya jadi seperti ini.
"Kau nak perhatian aku ea?" Eireen menjeling dan berpeluk tubuh. Malas nk layan. Anaqi mencuit-cuit pinggang Eireen.
Eireen menepis. "Taknak Naqi! Aku sakit pinggang la.." Anaqi sembunyi senyum. Tadi menjerit tapi tiber je jadi manja pula.. Tersebik-sebik bibir tu.
"Kau senggugut?" Eireen menggeleng. "Aku jarang senggugut. Biasanya sakit pinggang biasa je.." Manja sahaja suaranya seketika ini. Sedari tadi dia menahan sakit pinggangnya.
Kerana itulah dia menjauh dari smua orang. Dia akan jadi garang ketika ini. Takut orang lain jadi tempias amarahnya.
"Jom. Aku urut dlm bilik." Eireen menggigit bibir. Tangannya mula meramas pinggang apabila sakit itu hadir. Dia hanya menggeleng.
Anaqi menghela nafas perlahan. "Meh la.. Kalau tak urut, lagi sakit.." Eireen menggeleng. Berkerut dahinya menahan sakit. Badannya membongkok.
Hmm tadi elok saje. Lepas je Anaqi datang terus rasa nk bermanjah.. Emm Eireen gatal..
Anaqi menutup TV dan mengemaskan barang. Dia bangun semula lalu menyeluk tangan bawah kepala dan bawah lutut Eireen. Terkejut Eireen dibuatnya.
Cepat-cepat Eireen melilit tangan ke leher suaminya. "Anaqi! Terkejut la aku.." Anaqi sengih.
"Degil.. muka tu dah berkerut sakit dah tapi sombong.. Nak malu-malu pulak dengan suami sendiri." Eireen mencebik.
"Mane de.. Aku betul-betul okay la.. Biasanya sakit sekejap je.." Anaqi menaiki tangga. Dia menjeling kebawah. Comel sahaja Eireen didalam cempungannya.
"Memang la. Tapi lagi cepat sembuh lagi okay kan? Tak salah pun nk minta tolong suami.. Apa gunanya aku jadi suami kau?" Eireen sengih.
Malas nk berdebat. Sudahlah darah laju keluar saat ini. Kalau terkena baju Anaqi macam mana? Simbah cat merah jelah smpai baju sepenuhnya warna merah. Anaqi tak perasan la nnti kan?
Anaqi meletakkan Eireen perlahan diatas katil. "Jap aku ambik minyak. Dalam laci kan?" Eireen mengangguk sahaja.
"Pastu heat water bag ada dlm laci bawah.." Anaqi menggeleng. "Tak payah heat water bag. Tangan aku dh ckup hangat untuk badan kau."
Eireen menggigit bibir. Hmm takmau ckap dah.. Malu lah.. Anaqi suka sngat buat dia blushing tanpa sengaja..
"Baring elok-elok. Selak sikit baju kau tu.." Eireen membulatkan mata. "Kalau tak selak tak boleh?"
Anaqi berkerut. What?
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...