‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️
Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka.
"Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...
"Apani? Kata buat gmbar weeding kita sbagai wallpaper. Ni dah kenapa letak gmbar budak ni?"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anaqi menjentik dahi isterinya. "Aww Naqi!"
"Kau dah lupa ke sape dua ekor tu? Tu kau dan aku waktu kecik dlu.. Kau tengok la perangai kau. Asyik heret aku kehulur kehilir. Nampak sngat tak bleh hidup tanpa aku." Anaqi menjeling.
Eireen tersengih. "Wehh betul ke weh? Aku tak perasan do! Comelnyaaaa akuuu." Anaqi menjulingkan mata.
"Eee diam lah! Sekarang ni kau tipu aku tau? Mananya gambar aku jadi wallpaper kau tu?"
Cemberut wajah Eireen ketika ini. Takkan dah tukar wallpaper kut?
"Gambar kau aku jadikan home screen la.." Eireen sengih.
"Oh eaa? Kalau cmtu bagi password. Aku nak bukak.." Anaqi ingin mengambil telefonnya namun Eireen menyembunyikan dibelakangnya.
"Meh la aku buka telefon aku.."
Eireen berkerut. "Kenapa kau tak bagitahu kau password? Kenapa nk mengelak? Kau curang ke Anaqi?!"
Anaqi berdecit dan menggaru telinganya. "Meh la aku bukakan. Rahsia la.. Mana bleh masuk privasi aku."
"Tapi kita suami isteri.. takda yang privasi tau?" Anaqi berkedip-kedip. "Tetap juga privasi bagi aku. Kau tak bleh la tahu password aku. Nanti kau buka whatsapp dan gallery aku mcm mana? Banyak aib kawan aku dlm tu.."
Eireen berkerut. "Aku tak sentuh la yang tu.. Bagi la password. Isteri orang lain elok je suami dia bagi password. Kenapa kau mcm teragak-agak pula?"
Anaqi mengeluh. "Tu isteri orang lain. Tak perlu la samakan dengan kau. Lagipun kita bukannya mcm mereka. Kau tahu kan sebab apa kita berkahwin?"
Jeda. Eireen mengerdipkan mata. Ohh. Kiranya aku melampaui batas la ni?
Dia mengemam bibir dan bahunya mengendur. Dia memberikan smula telefon kepada Anaqi. "Takpelah kalau mcm tu." Eireen bangun dan terus meluru kearah pintu.
"Reen!" Dia ingin mengejar namun Eireen sudah menutup pintu biliknya. Anaqi membuang keluh. Dia mengusutkan rambutnya.
"Tch.. Dia terasa ke?" Gumamnya perlahan.
EIREEN menghentakkan kakinya ke dapur. Dia mengambil air kosong dan meneguk laju-laju.
"Benci! Selalu je mcm tu. Nk berahsia bagai. Padahal dari kecik asyik kongsi smua benda. Dia pakai boxer jenama apa pun aku tahu. Dia punya tahi lalat kat badan pun aku tahu. Sekarang ni tiberr nak berahsia bagai dengan aku. Nyampah."
Eireen memuncung. Geram! Dia bukannya marah sngat pada Anaqi namun dia kecewa kerana Anaqi menyimpan rahsia terhadapnya.
Sedangkan sbelum ini dia slalu bercerita smua benda kepada Anaqi tanpa berdalih. Begitu juga dengan Anaqi.
Tapi sekarang dia cuma ingin tahu password telefon suaminya saja. Kenapa taknak bagi? Walaupun nampak ini hanya kecil, namun ia amat besar bagi suami isteri.
Kalau nmpak mereka mcm teragak-agak ingin bagi, nampak sangat mcm simpan rahsia yang terlalu besar.
"Reen ke tu? Terkejut ayah ingat ke pontianak tadi.." Eireen berpusing kebelakang dan tersengih.
"Hehe ish ayah ni.. Jangan la sebut. Nanti Reen termimpi mcm mana? Kalau lawa takpa la jugak. Ni kalau seram tak ke terkencing Reen nanti?"
Encik Baihaqi ketawa. Ada-ada saje la menantunya itu.. Dari dulu shingga sekarang sama sahaja.
"Macam mana berkahwin? Okay?" Eireen senyum kelat.
"Okay ayah.." Encik Baihaqi senyum tipis mendengarkan suara yang agak lemau baginya.
"Reen.. rasa terpaksa ke berkahwin dengan anak ayah?" Eireen membulatkan mata dan menggeleng laju.
"Tak.. tak terpaksa pun yah. Reen sndiri yang nak kahwin dengan Anaqi. Takda istilah terpaksa lah. Lagi pun ayah juga yang ckap bercinta lepas kahwin lebih indah kan?"
Encik Baihaqi senyum lebar dan mengangguk. "Habistu kenapa sugul je menantu ayah ni?"
Eireen menggigit bibir. Nak cerita ke tak eh? Nanti ayah ckap mcm budak-budak pula.. Cerita sikit-sikit jelah..
"Anaqi tu.. dia tak bagitahu pun password telefon kat Reen." Eireen mencebik. Nice Reen. Tadi ckap nk bagitau sikit-sikit. Siot la terberitahu dengan jelas mcm tu.
Encik Baihaqi senyum. Lahai.. Bergaduh hal tu rupanya.
"Kalau ada apa-apa masalah, Reen bincang dengan suami Reen. Jangan lari dengan tiba-tiba. Setiap orang mesti ada sebabnya tersendiri yg dia susah untuk ungkapkan."
Eirene menunduk. Dia bermain dengan jarinya. Encik Baihaqi menggosok kepala menantunya.
"Ayah tak bela Anaqi. Anaqi juga salah dlm hal ni. Tapi kita sbagai isteri kena bertanya dan berbincang. Kadang-kadang suami ni ego tak bertempat. Dia fikir dia saja yang betul dan dlm masa yang sama dia mnyakiti isteri dengan perkataannya tanpa sengaja."
Eireen mengangguk. Betul la tu. Anaqi menyakiti perasaannya tadi.
"Jadi, Reen ajak dia berbincang.. Jangan lari dari masalah. Tapi ayah setuju je dengan cara Reen larikan diri kejap ke dapur ni. Biar Anaqi tahu yang dia bersalah dlm hal ni.. Reen lari ke dapur takpa. Jangan lari jauh sngat. Anaqi tu pemalas sikit nk kejar orang."
Terkekeh Eireen ketawa apabila mendengarkan ayat terakhir bapa mertuanya.
Encik Baihaqi senyum. "Ingat nasihat ayah ni tau?"
Alahai. Inilah anak kawan baiknya yg dia anggap seperti anak sendiri. Dia tidak mmpunyai anak perempuan kerana itulah dia amat memanjai Eireen sewaktu kecil dulu.
Dialah saksi betapa rapatnya Anaqi dan Eireen umpama air yang dicincang tidak akan putus. Mustahillah jika dua sekawan ini tidak pernah bergaduh.
Tapi pergaduhan mereka hanya sekejap. Mereka memerlukan antara satu sama lain. Kerana itulah Encik Baihaqi dan Encik Ilham memaksa mereka untuk berkahwin.
Ada cinta diantara mereka berdua namun mereka tidak perasan akan hal itu kerana hubungan kawan lagi erat berbanding segalanya.