ANAQI - BAB 67❣️

32.1K 1.1K 22
                                    


ANAQI mengelus perlahan rambut ikal mayang isterinya yang sedang tidur.

Ya. Dia masuk ikut tingkap. Itu sahaja caranya untuk bertemu isterinya. Berpeluh sakan dia sekarang.

Dah macam pencuri dah. Nasib baik tiada sesiapa yang melihatnya tadi. Kalau tak konfirm dah masuk surat khabar spiderman terlepas dari kandang.

Anaqi senyum tipis apabila melihat isterinya yang nyenyak tidur.

"Buruknya dia tidur.. macam beruk.." gumamnya perlahan. Mana taknya, Eireen tidur ternganga sekarang. Sudahlah tidur buas. Satu katil tu dia conquer.

Anaqi merapatkan wajah mereka lalu mencium lama dahi licin itu. Dia rindukan isterinya. Sudah 4 hari tidak bertemu. Rinduuuuuu.

Eireen mencelikkan mata apabila dia merasakan ada sesuatu lembut melekap di dahinya. Anaqi yang perasan akan hal itu terus menjauhkan sedikit wajahnya.

"Bae.." Eireen terus berkerut lalu bangun dari baringnya. Masam mencuka wajahnya sekarang.

"Buat apa datang sini?" Tanyanya sambil berpeluk tubuh.

Anaqi senyum. "Bie dat--"

"Dari mana awak masuk?"

"Bie mas--"

"Kenapa datang kat saya ni?"

"Bie kan su-"

"Pergi la dekat Lydia sana! Sibuk nak menempel dengan orang."

"Bae.. bie cu-"

"Pergi la sana! Takna--"

"Cuba diam sekejap bleh tak?" Tersebik Eireen apabila dimarahi suaminya.

Anaqi menghela nafas perlahan. "Cuba lah dengar apa yang bie nk ckap dlu.. mcm mana nk tahu jawapan kalau Reen asyik mencelah?"

Eireen hanya menunduk sambil bermain jemarinya. Anaqi merapatkan wajah mereka lalu menekup muka isterinya. "Dengar okay?"

Eireen mendengus lalu menepis tangan kasar itu. Eleh. Sibuk nk pujuk kita. Pergilah sana!

"Mase tu bie dah nk keluar pergi lunch.. tapi si Lydi-"

"Tak perlu la sebut nama dia! Nampak sangat suka dia kan?! Sebab tu sebut nama dia kat sini kan?!"

Anaqi memejam mata kejap. Sabar Naqi sabar..

"Ok-ok.. masa tu bie nk keluar lunch. Tapi bie kena simpan peralatan dlu. Tapi si L--"

Eireen mencerlungnya tajam. Anaqi meneguk liur kesat. Dia mengangguk faham.

"Tapi si plastik tu datang pada bie.."

Eireen mengangguk bersetuju. Memang plastik pun. Perangai pun plastik.

Anaqi menggenggam tangan Eireen namun Eireen menepis. "Cerita pakai mulut dahla. Duk sentuh orang dh kenapa?"

"Hey.. kenapa garang sangat ni?" Tanya Anaqi dengan nada yang lembut. Eireen menjulingkan mata. Memang la garang! Mood perempuan mengandung berubah setiap saat tau?

Oh. Lupa pula Anaqi tidak tahu lagi hal ni.

"Pergi la balik. Reen taknak dengar apa-apa dah. Kalau suka dia pergi la kat dia. Tinggalkan je Reen ni seorang diri."

Anaqi hanya senyum tipis. Dia tahu Eireen tidak bermaksud untuk berkata begitu kerana air muka Eireen berubah mendung apabila menyebut perkataan itu.

Anaqi menggosok perlahan kepala isterinya. "Bini dengar laki nak ckap dulu bleh? Kita suami isteri. Kena bincang perlahan-lahan.. tak boleh la buat keputusan terbiri-biri.."

Eireen kemam bibir menahan senyuman. Jangan ketawa! Ohmy! Kenapa la si Anaqi ni perangai mcm ni? Menyempat buat lawak malam-malam buta ni..

Anaqi sembunyi senyum. Dia tahu pasti Eireen sudah tergugat dengan lawak hambar dia muahahah. Hanya Eireen sahaja yang selalu ketawa dengan lawak bodoh dia. Kerana Eireen mudah terhibur.

Dia mengusap perlahan rambut isterinya. Dia menghela nafas lega apabila Eireen tidak menepis.

"Bie tak tahu mcm mana plastik tu bleh masuk ke gym padahal pintu dah tutup. Bie tak pakai baju sbb baru habis bersenam. Waktu tu sepatutnya tiada sesiapa pun bleh masuk termasuklah orang luar. Tapi bie tak pasti mcm mana si plastik tu bleh masuk."

Eireen hanya diam. Penat laa nk bergaduh..

"Lepastu bie tak perasan pula dia masuk. Lepas dia masuk, dia merapat dengan bie. Bie tolak la dia. Tapi dlm masa yang sama dia tarik leher bie. Sebab tu bie tertindih dia.."

Anaqi mengusap perlahan tangan isterinya. Eireen memandang tajam kearahnya.

Anaqi meneguk liur kesat lalu dia mengangkat tangannya separas kepala. "Sumpah bie tak hingin pun sentuh dia. Take take bae lagi besar dari dia. Yang dia mcm papan je."

Eireen kemam bibir. Dia sedang menahan tawa yang bakal terletus. Sebenarnya dia agak marah namun selepas suaminya menjelaskan semuanya, dia sudah makin berlembut hati.

Lagipun dia kenal sangat suami dia. Anaqi tak pernah bergaul atau rapat dengan mana-mana perempuan kecuali dia.

Anaqi menunduk melihat Eireen. "Marah lagi?" Bisiknya perlahan. Eireen makin berkerut. Terasa seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari tekaknya.

Anaqi merapati isterinya lalu memeluk kemas. "Sorry okay? Hanya Reen je yang ada dal-"

Eireen terus menolak kasar badan Anaqi lalu memasuki bilik air nya. Tercengang Anaqi dibuatnya. Dia mengejar langkah isterinya lalu mengetuk pintu bertalu-talu.

"Bae! Bie dah jelaskan tadi kan? Masih marah lagi ke?"

"Wekkkk.. wekkk."

Anaqi tercengang. Dia berdecit. "Jangan over ea Reen. Takkan la aku mendekat sikit kau dah muntah? Benci sngat ke kat aku?"

Dan Eireen makin mengeluarkan isian perutnya. Muka Anaqi pula masam mencuka apabila isterinya mengelak darinya.

Muahahahh rasakan!

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANAQI'S [C]Where stories live. Discover now