EIREEN berpeluk tubuh dan memincingkan mata kearah suaminya yang sedang berenang di air terjun di hujung kampung ini.Amboi dia tu? Suka sngat la tu? Sudahlah badan berketak-ketak. Nasib baik tiada siapa waktu mcm ni.
Pukul 12 tengahhari diajaknya Eireen mandi di air terjun. Nk mandi fresh katanya. Ceh.
Anaqi menguak rambutnya kebelakang lalu memandang kearah isterinya yang masih duduk diatas batu.
"Jomlah bae! Segar gila babun kot mndi sini! Kau memang puashati la nnti!" Jeritnya kearah isterinya.
Eireen mengelap peluh di dahinya. Fuhh. Sudahlah cuaca panas, suaminya pula menayangkan badan ketak-ketak padanya.
Rawr sangat kenapa ni?
"Bie mandi lah! Reen tak pndai berenang la.." Anaqi gelak kuat.
"Ape kau ingat ni tasik kenyir? Kedalaman air dia smpai bleh lemas? Ni air terjun je Reen.. Budak kecik pun bleh mndi sini.." Eireen hanya memuncung.
"Air panas tak?" Anaqi menggeleng. "Air sejuk. Meh la masuk. Aku nk mndi dengan kau ni.."
Eireen senyum. Ehek. Ajak mandi pula dia. Sudahlah tempat awam. Kalau kena tangkap basah lagi mcm mana?
Hmm takpalah. Memang dah basah dengan air terjun dah pun ni.
Eireen melangkah perlahan kedalam air. Anaqi terus melangkah kearah Eireen lalu mengangkat Eireen masuk ke dalam air.
Eireen mula terketar. "Grrr sejukk nya bie.." Anaqi senyum. Dia membawa Eireen ke ruang tengah.
"Bie dh ckap tadi kan? Air sini sejuk.." Ujar Anaqi lalu mengelus perlahan kepala Eireen. Anaqi senyum. Eireen juga senyum kearahnya.
Anaqi mula menekan kepala Eireen ke dalam air. Menggelupur member takut lemas.
Eireen memukul-mukul tangan Anaqi. Anaqi sengih lalu menarik kembali kepala Eireen. Eireen bernafas tercungap-cungap dan menyapu kasar mukanya.
"Bie ni kenape?! Kalau Reen lemas tadi mcm mana?!" Anaqi mengelap muka isterinya.
"Rambut kau kering. Tak syok la mndi tapi air tak kena rambut.." Eireen menepis tangan Anaqi.
"Cakap la awal-awal.. Tak perlu la nk lemaskan Reen mcm tu.." Gumam Eireen perlahan dengan wajah sebiknya. Pedih hidung tau.. Anaqi ni gurau kasar.
Anaqi mendekati isterinya lalu menekup pipi isterinya. "Sorry ok? Silap aku." Bisik Anaqi perlahan dihadapan wajah Eireen.
Eireen senyum lalu menolak kepala Anaqi kedalam air. Eireen senyum kemenangan.
Muahahhahah. Balasan!
Anaqi mengeluarkan kepala dari air lalu batuk perlahan. Eireen hanya gelak melihat reaksi suaminya.
"Best ke somi?" Anaqi menjeling. "Yeah. Best sngat bini. Rasa fresh smpai nk mati."
Eireen gelak lalu mencium skilas bibir suaminya. Anaqi senyum sahaja. Sempat dia mencuit hidung Eireen.
YOU ARE READING
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...