EIREEN berjalan keriangan. Harini dia dapat cuti MC. Alasannya senggugut padahal dia malas masuk kerja. Muahahha jangan bagitau Mr Chua please!Sekarang dia sudah smpai di gym suaminya. Dia membawa bekalan untuk suaminya kerana ingin berterima kasih menjaganya semalam. Dia ada belajar memasak dengan mamanya tdi, itu yang excited nk Anaqi rasakan masakan dia tu..
Eireen memasuki gym tersebut. Dia senyum kearah penjaga kaunter. "Hye.."
Lelaki itu tersenyum kearah Eireen. "Yes? Cik nak buat appointment untuk exercise ke?"
Eireen sengih. Exercise? Simpang 44 la kalau aku buat. Aku ni suka baring je. Last exercise zaman sekolah rasanya.. haha!
"Er tak.. Saya nk jumpa suami saya. Dia ada?" Lelaki itu berkerut. "Suami? Nama apa? Dia coach kat sini?"
Eireen senyum dan angguk. Penjaga kaunter atau namanya Rizki berkerut lagi. "Setahu saya coach kat sini tiada yg dah berkahwin. Semua bujang..kalau ada pun duda lah."
Memudar senyuman Eireen. Bujang? Anaqi tidak memberitahu mereka ke?
"Er ok.. Nama dia Anaqi.. dia suami saya." Rizki terlopong.
"Anaqi dah kahwin?" Eireen senyum kelat dan angguk.
"Dah.. ni cincin kami.." Ujar Eireen lalu menunjukkan cincin yg berada dijarinya. Rizki melihat dan mengangguk.
"Ooh.. Sebab sepanjang Anaqi bekerja disini, takde pula saya nmpak dia pakai cincin."
Dum! Terus mati senyuman Eireen. What? Tak pakai cincin? Nak mengaku bujang ke apa?
"Rizki. Harini aku ada jad-- Reen?" Eireen berpaling kearah suara itu. Anaqi senyum lebar kearah isterinya.
"Hey.. kenapa tak bagitau aku kau nak datang sini?" Tanyanya lalu menarik Eireen mendekatinya. Sempat Eireen mengintai jemari Anaqi.
Tiada. Tiada sebentuk cincin perkahwinan di jari lelaki itu.
"Dia bini kau ke Naqi?" Anaqi beralih mata kearah Rizki dan mengangguk.
"Wahh tahniah! Apahal kau tak bagitau aku?" Anaqi gelak perlahan. "Dah kau tak tanya.."
"Cis. Kedekut. Nampak sangat taknak aku tengok bini lawa kau kan?" Tanya Rizki dengan riak cemberut.
Anaqi senyum dan menjungkit kening berulang kali. Dia menunduk melihat Eireen yang hanya menunduk. Berkerut dahi Anaqi. Dia melihat Eireen membawa mangkuk tingkat. Tahulah dia Eireen ingin mengajaknya makan.
Tapi.. mangkuk tingkat? Wow.. Eireen masak? Konfirm rasa mcm makanan kucing..
Anaqi menarik tangan Eireen untuk masuk ke biliknya. Sempat dia melambai kearah Rizki. "Bye! Nak makan dengan bini dlu!"
Rizki berdecit. Ceh. Konon aku single kau bleh menganjing pulak eh?!
Anaqi membuka pintu dan menarik isterinya untuk masuk ke ruangan itu. Dia menutup pintu dan berdiri dihadapan Eireen yang setia menundukkan kepalanya.
Dah kenapa? Hensem sngat ke lantai tu smpai taknak tengok muka aku yg macho ala-ala Michele Morrone ni?
Eireen mengetap bibir. "Mana cincin?" Tanyanya perlahan. Anaqi berkerut. Dia melihat jemarinya. Tiada cincin perkahwinannya.
Eireen mengemam bibir apabila Anaqi hanya diam tak berkata-kata. Dia panggung kepala kearah Anaqi.
Terkejut Anaqi apabila mata bulat itu sudah berkaca. Air mata sudah hampir menitis.
"Hey.." Anaqi menekup pipi Eireen namun Eireen menepis perlahan.
"Mana cincin kahwin?" Anaqi menghela nafas.
"Aku kan bersenam.. Mestilah aku kena cabut cincin kejap.. Kenapa ni?" Anaqi menarik tangan isterinya untuk merapatkan badan mereka berdua lalu mengusap air mata Eireen yang sudah menitis.
Eireen hanya membiarkan tangan kasar itu mengusap pipinya.
"Kenapa orang kat sini tak tahu yg kau dah kahwin? Kenapa tak bagitau?" Anaqi berdehem kejap.
"Tak perlu la. Aku bukannya suka sangat orang tahu hal peribadi aku. Sebab tu aku tak bagitau diorang."
Eireen mengangguk. "Senang la kau nk mengaku bujang kan kalau takde orang tahu yang kau dah kahwin?"
Anaqi berkerut hebat. "Apebende kau ni.. mana adalah. Kau kenal aku mcm mana kan? Takdanya mcm tu.." Anaqi mengusap kepala isterinya.
Dia tidak tahu mengapa Eireen menangis seperti ini. Terasakah dia?
"Anaqi! Jom lunch?" Tanya Lyana yg sudah membuka pintu gym.
Eireen mengundur dari Anaqi dan memandang kearah gadis itu. Lyana simpan senyum. Wow. Masa yang tepat..
Eireen berkerut dan memandang kearah Anaqi. Anaqi hanya merenung mata Eireen.
Eireen mengelap airmatanya dan mengangguk. "Patutlah.. Faham." Kata Eireen lalu terus melepaskan pegangan Anaqi dan ingin berlalu dari situ.
"Reen!" Eireen berjalan laju dan melanggar bahu Lyana. Hampir terjelumpuk gadis itu dibuatnya.
Anaqi pula setia mengejar isterinya.
"Reen!" Anaqi mengejar dan memegang tangan isterinya. Eireen cuba merungkaikan pegangan itu.
Anaqi berdecit dan menarik tangan isterinya untuk mengikutinya. "Lepaslah Naqi! Pergilah keluar dengan perempuan tadi! Kenapa sibuk nk kejar aku?!"
Teriaknya lalu memukul-mukul tangan Anaqi. Anaqi buat tak endah. Ramai ahli gym yg melihat adegan mereka namun Anaqi hanya buat tak layan.
Yang penting sekarang dia ingin memujuk isterinya. Eireen salah faham terhadapnya kerana itulah dia ingin menjelaskan secara teliti.
Hanya berdua.
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romantik‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...