‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️
Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka.
"Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...
ANAQI menjeling kearah isterinya yang sedang menangkap gambar di ruangan airport. Dia menjulingkan mata. Sedari tadi isterinya itu teruja shingga terlompat sakan. Pagi tadi dikejutnya Anaqi pukul 3 pagi semata-mata suruh bersiap.
Padahal penerbangan pukul 10 pagi. Nak bersiap apa sampai 7 jam bagai? Pening Anaqi dibuatnya. Anaqi mendengus lalu merapati isterinya. Sudahlah beg ni berat, Eireen bleh pula berjalan terkedek-kedek.
"Sudah. penat betul aku nak tunggu kau berjalan." Ujarnya lalu menarik lubang hidung isterinya supaya mengikutinya
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Terjerit Eireen dibuatnya. "Bie! Sakitlah hidung orang!" Jeritnya lalu menggenggam tangan suaminya yang menarik hidungnya. Pelancong yang berada di situ tergelak melihat adegan mereka berdua.
Anaqi senyum lalu membalas genggaman isterinya. "Dahtu lambat sangat.. Nanti-nanti la pula kau tangkap gambarnya.. Simpan memori kad kamera kau tu untuk tangkap gambar kat Korea nanti.." Eireen mencebik lalu menyandarkan kepala dibahu suaminya.
"Takpe.. Reen dah sediakan memori kad lain. Nanti kita tangkap gambar sampai 10K okay? Nak buat kenangan.. Gambar bie tidur pun Reen simpan juga nanti." Anaqi menjeling sahaja. Penat nak berlawan mulut.
Mereka sudah masuk ke dalam kapal terbang. Bukan main seronok la Eireen melihat ke luar tingkap. Dia sudah bagitahu kepada Anaqi bahawa dia nk duduk di tepi tingkap. Anaqi pun mengalah sahaja lah.
Biasalah. Kena bagi peluang pada budak yang tak pernah naik kapal terbang.. Anaqi mengeluarkan telefonnya lalu menangkap gambar isterinya yang sedang melihat ke arah luar tingkap.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anaqi senyum dan menggeleng sahaja. "Dah macam cicak melekat dekat tingkap pulak dia ni.."
"Hah? Apedia bie?" Eireen memusingkan badan dan senyum lebar kearah suaminya. Anaqi senyum dan menarik isterinya supaya duduk dengan selesa diatas kerusi.
Anaqi menarik tali pinggang lalu dipakaikan di pinggang Eireen. Sempat dia mencium sekilas bibir Eireen setelah memasangkan tali pinggang itu. Tersengih Eireen dibuatnya.
"Thanks bieee. Sayang sangatt kat diaaa.." Ujar Eireen lalu memeluk erat lengan sasa suaminya. Anaqi senyum lalu mengelus lembut kepala isterinya. Dia mencium sekilas kepala itu.
"Bau ikan kering rambut kau." Eireen berdecit. "Membohong je kerja.." Anaqi gelak kuat.
"Tidurlah. Lambat lagi nak sampai ni.." Eireen menggeleng. "Taknakk.. Reen nak tengok pemandangan luar.. Reen nak tengok awan masa kapal terbang bergerak..
Anaqi senyum dan mengangguk. Dicium lama kepala Eireen dengan mata terpejam. Begitu sayangnya dia akan perempuan ini. Tidak sangka dia amat menyayangi sampai tahap ini. Fikirnya sayang biasa-biasa sahaja.
Rupanya sayang setengah mati.
"Biee.. ambik gambar jom.." Eireen mengeluarkan telefon lalu membuka camera. Dia menyembamkan kepala di leher suaminya. Anaqi hanya melayan karenah isterinya itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Eeee omelnyaa bie.. Hensem nya halkum bie. Rasa nak geget.." Anaqi tergelak lalu mencium sekilas dahi isterinya.
Percayalah, kebelakangan ini Eireen suka menggigit. Habis memerah lengan dan dadanya apabila digigit Eireen. Anaqi pula hanya redha sahaja.
Anak baba suka menggeget eh.. Nakal.. Mesti ikut perangai nakal ibu ni..
"Bie.. ambik gambar mata jom?" Anaqi berkerut. "Perlu ke? Kau nak intai taik mata ke apa?" Eireen berdecit lalu menggigit sedikit leher suaminya. "Grrr.."
"Aww Reen! Janganlah sekarang.. Nanti ada lovebite mcm mana?" Eireen terkekeh ketawa. "Tak berbekas la bie.. Reen buat sikit je.." Anaqi hanya mengumam. Pedih! Bini aku dah tertukar dengan drakula ke apa?!
"Cepatla bieeee..." Anaqi berdehem. "Haa yelah. Cepat." Eireen sengih. Dia merapatkan pipinya ke pipi Anaqi. Anaqi senyum apabila pipi gebu itu melekat ke pipinya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Eireen tersengih gedik melihat hasil tangkapannya itu. Anaqi senyum dan mengelus perlahan rambut isterinya.
"Sudah sayang? Atau nak tangkap gambar bulu hidung pula?" Eireen hanya menjeling mendengar perlian Anaqi.
Anaqi pula senyum dan setia mengusap kepala isterinya. Mata Eireen makin layu apabila Anaqi mengusap kepalanya. Tambahan pula dengan mabuk menaiki kapal terbang.
"Biee.. Reen ngantuk.." Rengek Eireen lalu menyandarkan kepala didada suaminya. Anaqi senyum sahaja melihat sikap manja isterinya.
"Tidurlah.. Nanti dah sampai bie gerak Reen.." Eireen mengangguk.
"Bie tolong tengokkan awan untuk Reen okay?" Gumamnya dengan mata terpejam. Anaqi gelak perlahan. "Ok ok.. sleep baby.." Eireen senyum dan mula dijemput lena. Anaqi pula memejam mata dan makin mengeratkan pelukannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.