EIREEN memegang baju Anaqi dan menyorok dibelakang suaminya itu. Dia mengintai sedikit jejaka yang berdiri dihadapannya ketika ini. Dia mengintai lalu dia menyorok kembali belakang badan suaminya.Anaqi tergelak. "Bae.. inilah abang Lyana. Coach Khairi." Eireen mengintai kembali dan tersengih. Coach Khairi hanya berpeluk tubuh dan senyum tipis.
"Err bie.. taknaklah pukul dia.. takutlah. Nanti Reen pula yang sakit.." Adunya perlahan ditepi telinga Anaqi. Anaqi tergelak. Dia menarik isterinya untuk berdiri di tepinya.
Eireen hanya menunduk. Tangan setia menggenggam baju suaminya. Dia panggung kepala kearah lelaki itu lalu tersengih. "Hye coach.. Saya isteri Anaqi. Saya datang sini untuk teman Anaqi je.."
Coach Khairi hanya tersenyum. "Ooh ea? Bukan sebab nk pukul saya ke?" Terbeliak mata Eireen. Dia menggeleng laju.
"Bukan-bukan. Coach dh silap informasi tu. Takkan la saya nk pukul tanpa sebab kan kan?" Gila ke? Besar gila babun kot badan Coach Khairi ni.. Lagi besar dari badan Anaqi.
Kalau ajak bertumbuk mahunya Eireen tersungkur dlu..
Coach Khairi tergelak. "Bukan ke awak nk pukul sebab adik saya goda suami awak?" Eireen tersengih sahaja. Anaqi hanya senyum memerhati wajah isterinya. Tangannya mengusap perlahan kepala isterinya.
"Err memang la. Tapi Coach ni.. ketua suami saya. Jadi saya cancel balik lah niat saya tu.. Tak baik pukul boss suami heehhe.."Eireen mengeluarkan jari lalu menunjukkan peace kearah Coach Khairi.
Coach Khairi hanya tersenyum. "Baiklah kalau mcm tu, saya nak suami awak pukul saya sebagai ganti. Boleh?" Eireen terus panggung kepala kearah Anaqi.
Dia menggeleng laju. "No.." bisiknya perlahan kearah suaminya.
Anaqi senyum kearah isterinya lalu angguk kearah Coach Khairi. "Boleh."
Eireen menggeleng laju. "Noooo!! Nanti bie mati mcm mana? Huwaaa Reen taknak jadi janda hot and spicyyyyy!!" Jerit Eireen di tepi telinga Anaqi.
Anaqi hanya menjeling. Tak guna punya bini..
"PUKUL dia lagi! Biar dia mampus! Cepat pukul lagi bie!" Terjerit terlolong Eireen ditepi gelanggang. Bukan main bersemangat lagi dia menyokong suaminya.
Ceh. Tadi bukan main halang. Kali ni lain pula jadinya.
Eireen mengangguk laju dengan tangan yang dikepal. "Lagi bie! Lagi! Rasakan tmbukan padu dari suami Eireen! Rasakan!"
Anaqi hanya mengendahkan sahaja. Pedih telinganya sekarang. Sudahlah dia harus fokus dengan tumbukannya sekarang.
Coach Khairi sudah berpeluh. Habis pedih badannya apabila ditumbuk oleh Anaqi. Bukan main dua kerbau ini bertumbuk sakan seakan-akan perlawanan sebenar.
Dan Anaqi la paling beruntung kerana ada penyokong yang membingitkan telinga.
"Lagi! Muahahahah! Puas hati aku! Tadi adik dia dah kena habuan. Sekarang abang dia pula!"
Anaqi terus panggung kepala kearah isterinya dengan wajah berkerut dan ia membuatnya hilang fokus.
Bukk!
Terjatuh Anaqi apabila mukanya ditumbuk oleh Coach Khairi.
"Bie!! Heyy!! Kenapa buat laki Reen mcm tu!!" Eireen terus melompat memasuki gelanggang dan menolak kasar badan Coach Khairi lalu dia merangkul badan suaminya yang terjatuh.
Coach Khairi hanya menggaru kepala. "Sorry. Suami awak hilang fokus.. kalau dia fokus tadi konfirm dia takkan kena pukul.."
Eireen mencerlung tajam. "Kalau dia luka, saya bunuh awak dan rendam dalam loji taik!" Coach Khairi hanya tersengih tak bersalah.
"Bie.. bie okay?" Tersebik bibir Eireen apabila melihat suaminya yang sudah tersungkur. Nasib baik tak mampus.
Anaqi mengangkat kepalanya sedikit dan merenung wajah Eireen. "Apa maksud Reen, adik dia kena habuan? Reen ada buat apa-apa ke belakang bie?"
Eireen tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Jawab Reen. Bie tanya ni." Serius sahaja suara Anaqi sekarang.
Eireen senyum dan angguk. "Reen serang dia tadi. Reen pergi rumah dia dan tampar dia..Reen tarik rambut dia skali.. Hehe.."
Anaqi berkerut. "What?!" terkejut Eireen apabila mendengarkan jerkahan suaminya.
Anaqi berpaling kearah Coach Khairi. "Sorry Keri. Bini aku tak sengaja pukul adik kau.." Coach Khairi hanya senyum dan mengangguk.
"Takpa. Kalau aku jadi Reen pun aku akan pukul juga adik aku tu.. Semua perempuan taknak sesiapa sentuh suami dia. Termasuk isteri kau."
Eireen hanya sengih. Nasib baik Coach Khairi memahami. Coach dah kahwin belum? Kalau belum, jadi laki nmbor 2 Reen jom?
Eh. Taknak!
Anaqi mendengus lalu menarik isterinya. "Sorry Keri. Aku kena balik sekarang."
Coach Khairi hanya mengangguk dan membenarkan.
Eireen mengikut langkah laju suaminya. Dia berkerut sakit apabila Anaqi memegangnya dengan begitu kemas.
"Bie.. Sa..sakitlah.."
"Diam."
Eireen tersebik. "Bie marah Reen?"
Anaqi hanya mengendahkan sahaja pertanyaan itu. Eireen menggigit bibir.
"Reen minta maaf.. Tapi Reen cuma nk bagi pengajaran pada dia je.. Reen tak--"
"Diam aku kata kan?"
Eireen menunduk. Kaki masih mengikuti langkah suaminya yang sedang menahan amarah.
Eireen mula menitiskan air mata.. orang nak pertahankan dia je..
TBC🤍
Haa gaduh!VOTE AND COMMENT❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...