‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️
Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka.
"Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...
HARINI adalah hujung minggu. Jadi, Puan Elena, Encik Ilham, Anaqi dan Eireen berpakat untuk pergi berkelah.
Eireen terlampau seronok. Semua tempat dia ambil gambar. Anaqi menjeling kearah isterinya yang berjalan terhuyung-hayang. Apa da. Excited sngat nk rekod pemandangan.
Eireen tidak sedar bahawa kakinya sudah memijak jalan raya.
Pin! Pin!
Anaqi terus menarik pinggang Eireen kearahnya. Terkejut Eireen dibuatnya. Dia mendongak melihat Anaqi yang memandang tajam kearahnya.
"Kau ni.. cuba la jalan elok-elok. Dah mcm mabuk je aku tengok." Eireen hanya senyum tak bersalah.
"Kau hensem la harini Anaqi." Kata Eireen lalu mengerdipkan matanya. Anaqi menjulingkan mata.
Eireen sudah pandai. Jika Anaqi ingin memarahinya, pasti dia akan memuji lelaki itu. Automatik Anaqi terblushing tanpa sengaja.
Ahaks!
"Dahlah cepat jalan.. mama papa dah tinggalkan kita dh tu." Ujar Anaqi lalu menunjukkan kearah Puan Elena dan Encik Ilham yg sudah jauh meninggalkan mereka.
Eireen tersengih. "Er bila kau nk lepas pinggang aku Anaqi?" Anaqi berdehem dan melepaskan pinggang isterinya.
Tak perasan pula.
Eireen hanya senyum. Lalu dia memandang kearah kiri. Dia mencuit bahu Anaqi. "Naqi jom ambik gambar sini.. dekat cermin kedai ni.."
Anaqi menjulingkan mata. "Malas ah aku. Banyak keping dah kau ambil gambar dekat kereta tadi kan?"
Geram! Dari dlm kereta sehingga sudah smpai ke taman Eireen asyik ajak bergambar.
Aku tahu la aku artis..
Eireen berdecit. "Cepatlaa. Sekeping lagi. Jom jom somi.." Eireen menarik tangan Anaqi. Anaqi hanya redha sahaja mengikuti langkah kecil isterinya.
"Kau bongkok sikit. Aku nk nampak tinggi.." Anaqi mendengus. Namun dia hanya ikutkan saje.
Dan Klik!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Eireen senyum lebar. "Aku nampak tinggi la Naqi.. Siap ada tulisan together weh. Siot ah. Memang daebakkk."
Anaqi hanya menjeling. Mereka sama-sama memakai baju putih harini. Katanya nk nampak mcm couple. Kerana kebanyakan orang fikir mereka adik-beradik.
Choi. Muka aku yg hensem dikatakan abang kepada minah pendek yang comot ni?
Mereka perlu memakai mask kerana zaman covid berleluasa sekarang. Itu yg Eireen acah-acah korea tu. Daebak la aneyong jual sayur la apa la. Pening Anaqi dibuatnya.
Anaqi berdiri tegak. "Dah-dah jom. Aku dh lapar ni. Kang aku terkam kau kat sini kenyang 9 bulan kau." Anaqi mengheret Eireen untuk ke tempat tujuan. Kalau tak heret kau berkhemah lah kat situ smpai reput melayan si Eireen ni!
Eireen memuncung. Cis. Anaqi tak sporting.
EIREEN senyum lebar. Cantiknya taman ni. Indah sahaja di retina matanya.
Pakk!
"Aw!" Eireen berpaling kebelakang dan menggosok lengannya. Cemberut sahaja wajahnya ketika ini.
"Mama! Kenapa pukul Reen?" Puan Elena menjeling.
"Tolong la kami hampar tikar ni.. Pastu susun makanan-makanan tu.. Tak habis-habis nak berangan."
Eireen memuncung lalu berlari-lari anak kearah Anaqi yang sedang menghampar tikar. Dia terus memeluk Anaqi dari belakang. Nak mengadu.
Terkejut Anaqi. Fuhh. Ingat ke makhluk mana tadi. Baru saje nk berkarate. Nasib baik bini cenonet dia..
"Abanggg. Tengok la mama marah Reen tadi.." Adunya terhadap Anaqi. Anaqi tercengang.
Ohh lupa. Ada mama papa. And action!
Anaqi memusingkan tubuhnya dan merangkul bahu isterinya. "Iya? Mana sakit? Meh abang jilat. Air liur abang ni ubat tau.." Eireen menjeling. Benci! Suka sngat kotor-kotor!
Puan Elena dan Encik Ilham terkekeh ketawa melihat adegan itu.
"Ni Reen, Naqi duduk la sini dlu. Papa dan mama nak beli barang kejap." Eireen senyum dan angguk.
"Ok.. hati-hati Encik Ilham.. Kalau jumpa awek cun kenyit mata tau.." Puan Elina langsung menarik telinga Eireen.
"Mamaaaaaaa." Memuncung bibir Eireen. Tangan mengusap telinganya. Akit ahh. Kasar naw orang tua ni..
"Cakap merepek lagi. Dahlah mama nk dating dengan papa. Jangan kacau!" Eireen mencebik.