"BIE.."Anaqi panggung kepala kearah suara yang bergetar itu. Terbeliak matanya apabila melihat wajah Eireen yang sudah penuh dengan linangan air mata.
Dia terus bangun dari menindih Lydia. Dia berdehem sekejap. Mata masih setia merenung isterinya yang sudah menangis.
"Sampai hati buat mcm ni pada Reen.." Anaqi menggeleng. "No Reen bukan mcm tu.."
"Tak ckup ke Reen untuk bie? Tak cukup lagi ke bie?! Kenapa perlu cari orang lain mcm ni?!" Anaqi menggeleng lalu mendekati Eireen yang sudah menangis teresak-esak
Eireen mengundur untuk mengelak daripada Anaqi. "Sayang.."
Lydia senyum sinis. "Kau ni kacau jelaa Eireen. Aku dengan Anaqi baru je nk bercinta tadi. Kau mengganggu tau?"
"DIAM LA BETINA! Kau berambus sekarang!!" Tersentak Lydia apabila dijerkah sebegitu. "BERAMBUS!!!"
Lydia cepat-cepat mengambil barangnya. Sempat dia tersenyum sinis kearah Eireen yang sedang menangis. Itu la yang dia mahu! Rancangannya adalah menggoda Anaqi je tadi. Tapi tak sangka pula Eireen datang tiba-tiba ke sini.
"Reen.." Anaqi melangkah kearah Eireen namun Eireen menggeleng laju. "Tak payah dekat dengan Reen. Bie minat perempuan mcm tu kan?"
Anaqi menggeleng laju. Lagi sayu hatinya melihat Eireen yang menangis tidak henti.
"Reen tahu Reen tak mcam perempuan lain yang lemah lembut dan seksi. Reen tahu bie mesti cepat bosan dengan Reen sebab perangai dan imej Reen kan?"
Anaqi meneguk liur. Dia setia menggeleng dengan persoalan Eireen. Air matanya hampir menitis apabila Eireen makin menangis tanpa henti.
"Bie tak pernah terfikir mcm tu Reen.. Bie sayang Reen sepenuh hati bie tanpa berfikir ke arah itu.." bergetar suara Anaqi ketika ini.
Eireen menunduk. Pedih hatinya apabila melihat Anaqi yang tidak berbaju serta Lydia yang memakai baju seksi berdua-duaan didalam ruangan gym. Sudahlah kedudukan mereka begitu intim.
Retak hati seorang isteri apabila melihat adegan suaminya seperti itu bersama perempuan lain yang jauh lebih seksi darinya.
"Takpelah. Pergi jelah kat dia. Anggap jelah Reen tak tahu apa-apa tentang ni." Eireen mengelap kasar air matanya lalu melangkah laju ke pintu gym.
Anaqi mengejar langkah isteri kecilnya itu lalu memegang lengan Eireen.
"Jangan mcam ni.. Reen salah faham ni.." Ujarnya lalu menunduk sedikit melihat wajah isterinya yang sudah memerah menahan air mata. Tersedu-sedan Eireen ketika ini.
Eireen menepis perlahan tangan kasar yang menyentuh pipinya. Dia panggung kepala dan menatap wajah Anaqi yang berkerut.
"Bie main-mainkan perasaan Reen kan?" Anaqi menggeleng.
"No bae. Bae salah faham. Tadi dia tarik bie sebab tu bie terjatuh atas dia."
"Dia? Bie? Dalam ruangan gym ketika waktu rehat? Waktu mcm ni bie sepatutnya rehat kan? Kenapa ada dlm ruangan tu? Kenapa perlu berduaan dengan Lydia? Kenapa tak halau je dia?! Kalau ada niat nak curang tu cakap jelah! Takperlu lah putar belit mcm ni!!"
"Reen! Kau tak perlu herdik aku mcm tu! Kau tak menyiasat apa-apa tapi terus marah aku mcm ni! Aku tak buat apa-apa la dengan dia! Kau ada nampak aku cium dia ke? Ada ke?!"
Tersentak Eireen apabila Anaqi menjerkah kepadanya. Air mata makin mengalir. Bibirnya makin sebik apabila suaminya menengkingnya. Sudahlah sekarang dia mengandung. Lagi lah mood dia tidak okay.
"Memang la tak cium lagi! Sebab Reen sempat datang kan?!"
"Apebende ni! Kau tak percaya laki kau ke?!" Eireen mengetap bibir. Dia takut apabila Anaqi memarahinya seperti ini.
Kerana Anaqi tidak pernah tengking dia walau marah mcam mana sekalipun.
"Bie marah Reen?"
"Memang patut aku marah kau! Perangai kau dari dulu smpai sekarang same je! Suka tuduh mcam-macam tanpa siasat dahulu. Aku tak suka perangai kau yg satu tu!"
Eireen tersebik. Tak dihiraukan air mata yang menitis laju. Eireen mengangguk faham. "Cakap awal-awal kan senang? Cakap jelah tak suka saya. Tak susah pun kan? Tak perlu la nk ungkit hal dlu. Cakap je tak suka diri saya. Kan senang!"
"Kau melampau Reen." Eireen meneguk liur kesat mendengarkan suara celah gigi suaminya.
"Awak lagi melampau."
Eireen dan Anaqi bertentang mata dengan panahan yang tajam. Mereka mempunyai satu sikap yang sama. Keras kepala.
"Kau jangan smpai aku marah kau mcm tadi Reen."
Eireen makin mengalirkan air mata. Eireen mengangguk. "Teruskan. Marah je saya sebanyak yang mungkin. Sebab kemungkinan lepasni saya dah takde depan mata awak."
Wajah Anaqi yang tegang tdi mula mengendur. Dia merapati Eireen lalu menekup pipi isterinya.
"Taknak la mcm ni sayang.. kau tahu kan aku sayang kau banyak mana? Jangan la tinggal aku mcm ni.." lembut sahaja suara Anaqi memujuk isterinya sekarang. Dia tahu dia sudah melampau kerana menengking isterinya tadi.
Sekasar-kasar Eireen, dia tahu bahawa Eireen mudah terasa jika ditengking.
Eireen menepis tangan kekar itu. Dia memandang Anaqi dengan panahan yang tajam manakala Anaqi memandangnya dengan pandangan yang redup.
Dia terus melangkah keluar dari gym itu. Anaqi mendengus dan menyebak rambutnya kebelakang.
"Reen! Kau jangan tinggal aku! Kalau kau tinggal jugak kau tahu lah nasib kau!" Jeritnya seumpama orang gila.
Dia mendengus. Dia mendongak kejap. Airmata mula mengalir. "Kenapa buat bie mcm ni.. Reen dah salah faham ni.." gumamnya bersama air mata yang menitis.
-TAMAT-
Ahaks gurau jah!
TBC🤍
Keras kepala vs keras kepala. Kebaboomm!VOTE AND COMMENT❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Roman d'amour‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...