ANAQI menggeliat sedikit didalam ruangan gym itu. Penat melayan Eireen sebelum pergi kerja tadi.Eireen mengganggu ketenteraman dia untuk berak tadi. Bukan main dia main kejar-mengejar dengan Eireen dlm rumah. Penat. Lagi penat dari berjoging.
"Naqi!" Anaqi berpaling kearah suara itu. Fariz melambai kearahnya. Berkerut skejap dahi Anaqi apabila ada seorang perempuan muda dibelakang Fariz.
Anaqi senyum tipis apabila gadis itu tersenyum kearahnya.
"Sape?" Tanya Anaqi kepada Fariz. Fariz senyum dan memanggil gadis itu untuk mndekatinya.
"Ni Lyana. Team baru gym kita." Anaqi berkerut. Perempuan? Dalam gym? Wow. Selama ini mereka hanya merekrut lelaki sahaja. Tak sangka pula hrini dalam sejarah ada perempuan bekerja disini.
"Hye. I Lyana." Katanya dengan menghulurkan tangan kearah Anaqi. Anaqi hanya memandang sepi tangan yg dihulur.
Anaqi senyum tipis dan menunduk sikit. "Aku Anaqi. Sorry aku tak salam dengan perempuan.."
Lyana senyum buat-buat dan hanya angguk sahaja. Dia menarik balik tangannya.
Krik. Krik. Kekwat.
Fariz berdehem. "Aaa ni. Kau ajar la dia cara urus gym dan jadual untuk jadi pelatih."
Anaqi mengeluh dlm diam. Dia menggeleng. "Tak boleh la. Aku kena keluar japgi. Kena pergi sekolah depan bandar tu. Ada aktiviti sukan kat situ."
Fariz menjulingkan matanya. "Alahh kejap je pun. Aku pun ada hal japgi ni. Kau tolong la aku Naqi.."
"Err sorry kalau i susahkan you berdua.." Anaqi dan Fariz berpaling kearah Lyana yang hanya memerhati pergaduhan mulut mereka.
Anaqi menggaru kepala. Rasa bersalah la pula..
"Takpa. Aku ajar kau selok-belok nanti." Lyana senyum manis dan mengangguk. "Thanks Anaqi.."
Anaqi angguk sahaja. Dia introvert kerana itulah dia agak canggung bila bercakap dengan sesiapa.
KRINGG KRINGG KRINGG!
Telefon Anaqi berbunyi ketika dia sedang menjelaskan perkara kepada Lyana. Dia menyeluk sekejap telefon.
~Wife Ngokngek🧟♀️is calling~
Dia mengerling sekilas lalu menutup telefonnya. Tak boleh jawab masa mcm ni. Tengah kejar masa ni.
Ting! Ting! Ting!
Anaqi memejam mata kejap. Lyana hanya memerhati.
"You balas la dlu.. Dari tadi telefon you berbunyi. Mungkin urgent?"
Anaqi senyum dan mengangguk. "Sekejap." Anaqi melangkah kearah lain. Lyana hanya senyum melihat Anaqi. Entah mengapa tapi hatinya berdegup laju apabila melihat senyuman Anaqi.
From : Wife Ngokngek🧟♀️
-Encik suami😍
-Kenapa tak jawab call?🥹🥹
-Lunch same tak?🤤To : Wife Ngokngek🧟♀️
-Busy.Anaqi menutup telefonnya lalu melangkah kearah Lyana yg sedang menunggunya. "Jom aku tunjuk tempat yang kau perlu fokus untuk menyimpan. Kena simpan elok-elok takut nnti orang tersepak pula."
Lyana angguk dan hanya mengikuti Anaqi. Tersenyum dia harini apabila ditemani oleh seseorang yang gah dan hensem. Difikirkan coach gym ini orang yg berumur 30 keatas. Rupanya masih muda. Rawr pula tu.
Habislah ko Lyana. Tempah batu nisan awal-awal sebelum diserang oleh singa betina..
EIREEN memuncung. Dia melempar telefon keatas meja setelah membaca mesej dari Anaqi.
Eireen berdecit. "Macam tu je jawab? Tahu la busy tapi atleast tunjuk la sikit excited nk msej dengan aku.. ni langsung tak. Emoji pun takda. Kemain aku beria dengan dia. Dia buat tak endah je.."
Geram! Dah takde selera makan dah lepas Anaqi palau dia. Dia mengambil telefon dan menaip. Nak attention dari laki hekhek.
To : Encik Suami👩🏻❤️💋👨🏼
-Busy lagi ke?
-Habistu sempat lunch bersama tak? Kau tak jawab lagi soalan tu👉🏻👈🏻Send! Eireen tersengih. Entah kenapa dia akan jadi terlebih teruja apabila bermesej dengan Anaqi sekarang. Mungkin sebab Anaqi.. husband dia kut hikhik.
From : Encik Suami👩🏻❤️💋👨🏼
-Tak sempat. Aku ada hal harini.Eireen tercengang. Tu je? Taknak ckap ke hal apa? Taknak bagitau secara teliti ke?
Sekali lagi Eireen melempar telefonnya diatas meja. Bukan mengada cuma geram! Suaminya tu takde emotion kalau bermsej dengan dia. Aish! Menci!
"Bgi aku jela fone kau tu. Asyik lempar je dari tadi. Tahu la dah kaya tapi jangan la lempar telefon buruk kau tu.." Ujar Lisa yg sedang makan keropok.
Eireen menjulingkan mata. "Jangan ckap dengan aku. Aku tengah lapar ni. Laki pulak busy. Rasa nak mengamuk ish!"
Lisa tergelak kuat. "Kau ni.. mengada. Kesian Anaqi nk melayan perangai tak semenggah kau ni kan?"
Eireen mencebik. "Dia tak pernah mengeluh okay? Kau je yg selalu mengeluh layan aku. Nyampah."
Lisa gelak makin kuat. Kelakar pula melihat wajah kwannya yg cemberut.
ANAQI melangkah kearah motornya namun terbantut perjalanannya apabila Lyana memanggil namanya.
"Anaqi!" Sempat Anaqi mengeluh perlahan sebelum berpaling kearah suara itu. Dia senyum buat-buat. "Yes?"
Lyana sengih malu-malu. "Err kalau i nak nmbor you bleh? Senang kalau i nak tanya apa-apa tentang kerja kita tu.."
Anaqi tercengang. The hell? 'Kerja kita'? Macam lain mcm pula ayat tu.
Anaqi berdehem. "Kalau tentang kerja, kau bleh tanya Fariz. Kau ada nmbor dia kan? So kau bleh msej dia untuk tanya apa-apa soalan."
Lyana senyum kelat. Sedari tadi dia ingin merapat dengan Anaqi namun lelaki itu selalu menjauh.
"Err i ingat nk tambah kenalan you jugak. Sebab nnti bleh la i tahu contacts kawan sekerja i.."
Anaqi menggaru kening sekejap. "Lyana, tak perlu pun smua tu. Kita rakan sekerja. Kalau bleh, aku taknak rapat dgan mana-mana rakan sekerja aku sbb zaman sekarang rakan sekerja lagi banyak toksik berbanding rakan sekolah. Aku taknak itu berlaku. Kalau ada benda penting, kau mesej saja pihak atasan atau Fariz. Diorang akan selesaikan masalah kau. And one more thing..."
Anaqi merapat kearah Lyana. Lyana senyum apabila Anaqi mendekatinya.
Anaqi mengangkat tangan kanannya. "Aku dah kahwin. Nampak tak cincin kat jari aku ni? It's mean i'm someone's husband. Jangan dekati aku sebab isteri aku tu singa betina. Takut dia terkam kau nanti. Tak pasal-pasal kau trauma pula. Gotta to go, teamwork."
Anaqi senyum sekejap kemudian dia terus menaiki motornya dan terus berlalu dari situ.
Lyana mendengus. Nampak sngat kena reject! "Ni smua rancangan Lydia la ni.. Buat malu aku je kena reject mcm ni.."
Lyana adalah sepupu Lydia. Lydia mnyuruh sepupunya itu mendekati Anaqi supaya Anaqi jatuh cinta kepada Lyana. Mudahlah Lydia ingin mengejek Eireen nanti.
Tapi satu hal yg Lydia tidak tahu tentang Anaqi..
Anaqi susah didekati mana-mana perempuan. Anaqi susah untuk memberi reaksi apabila bercakap dengan perempuan lain. Dia cuma beriak apabila bercakap dengan Eireen sahaja.
Dan dia hanya rapat dengan Eireen. Perempuan lain? No chance.. Kerana dalam fikiran Anaqi hanya ada Eireen.
TBC🤍
Hikhik sawit lah Anaqi ni..Vote and comment❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...