"KOMPANG dipaluuu pengantin baru~~ Haa aku dh agak dah diorang 2 ekor ni mmg bercinta! Naluri hati aku berkata bahawasanya diorang ni mmg mencintai antara stu sama lain!" Betapa bangganya seketul Fariz apabila tekaannya benar belaka.Lisa hanya menjeling. "Riz, kau boleh blah tak? Sekarang ni kau duk kat tempat prmpuan tau? Boleh tak kau pergi ke tmpat lelaki? Menyemak betul la dia ni.."
Tak faham betul dengan Fariz. Tahulah suka bergosip tapi bleh pula dia duduk di kawasan perempuan dlm masjid ni?
Puan Anita yang bru duduk terus mencubit lengan Fariz.
"Aw! Ibuuu kenapa cubit Riz?" Cemberut Fariz ketika ini. Puan Anita menjeling.
"Pergi la sana teman Anaqi tu. Dah pucat dh ibu tengok dia kat sana. Ade ke patut duduk dkat sini. Aih budak ni.." Tergeleng kepala Puan Anita ketika ini.
Berperangai sungguh dia ni..
Fariz berdecit. Dia bangun dan terus mendekati Anaqi yang masih menanti tok kadi. Pucat benaw mukanya tu. Ni yang nak sakat ni..
"Wehh Naqi! Kau pakai foundation ke kat muka ni smpaikan pucat nk mampus ni?" Anaqi berdecit apabila suara Fariz telah menarik perhatian tetamu lain. Terkekeh mereka ketawa.
Manakala Eireen mengemam bibir menahan senyuman. Kena tahan ketawa uals. Ayu la katakan ahak!
"Siot la kau. Tegur slow-slow dah lah. Malu aku!" Bisik Anaqi perlahan. Sempat dia mengerling kearah Eireen yang sedang menunduk namun bahu terhinjut-hinjut.
Wahh. Suka sngat la tu kalau time aku kan?
"Assalamualaikum."
Para tetamu menjawab salam dari tok kadi yang baru sahaja sampai.
"Saya minta maaf agak lambat smpai. Jem tanpa roti pula tadi." Terkekeh mereka ketawa apabila dengan selambanya tok kadi itu menjawab seperti itu. Anaqi berkedip-kedip. Betul ke tok kadi ni? Kalau tok kadi fake tak ke naya je?
"Bersyukur kita ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatNya, kita akan meraikan pernikahan diantara saudara Anaqi dan saudari Eireen."
"Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah, Pernikahan bukanlah sekadar memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia tetapi mempunyai tujuan yang lebih murni, iaitu untuk melahirkan keluarga yang mencintai dan menghayati Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup."
"Wehh lambat lagi ke nk nikah ni?" Bisik Eireen kepada Lisa. Lisa menjeling. "Tak menyabar kan kau? Haritu bukan main reject last skali kau yang tak sabar."
Eireen berdecit. "Masalahnya aku dah rimas dengan baju ni. Dengan mekapnya lagi. Aku tak suka la. Rasa mcm badut pulak ni." Lisa ketawa perlahan.
Eireen ketawa namun terhenti ketawanya apabila melihat panahan mata tajam daripada Puan Elina. Gulp. Terus dia fokus terhadap percakapan tok kadi.
"Perkahwinan akan membentuk sifat-sifat terpuji seperti sabar, penyayang, berjimat cermat, sentiasa merancang masa hadapan, menimbulkan semangat rajin berusaha, hidup berdisplin, mengeratkan hubungan silaturrahim, menghindari perbuatan zina dan pergaulan bebas, mampu menenangkan fikiran dan dapat beribadat secara berjemaah."
"Suami hendaklah memberikan nafkah dan perbelanjaan kepada isteri dan anak-anak, termasuk menyediakan tempat perlindungan. Suami juga hendaklah melayani isteri dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, samada dalam tuturkata atau perbuatan kerana isteri adalah manusia biasa, yang mempunyai, hak, perasaan dan harga diri."
Anaqi mengangguk faham akan itu.
"Isteri adalah amanah Allah swt dan suami dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang. Suami juga hendaklah memberikan bimbingan dan dorongan kepada isteri supaya sentiasa mentaati Allah swt dan Rasulullah saw, kerana kebahagiaan dan keberkatan rumahtangga bukanlah kerana harta, tetapi juga bergantung kepada penghayatan agama."
Anaqi mengerling sekilas kearah Eireen. Eireen menggoyangkan jari kearahnya sebagai tanda 'dengar tu'. Anaqi menjulingkan mata. Ceh. Takpa nnti aku bagi nasihat apa yang isteri perlu lakukan untuk suami.
Antaranya layan suami dimalam hari. Haa Anaqi pakar dalam hal ni. Tengok la nanti.
"Dengan lafaz bismilahhirohmanirohim, saya teruskan ya akad kita pada hari ini?" Para tetamu mengangguk bersetuju. Eireen mengangguk laju. Kalau bleh dia nk settle kan cepat nikah ni. Dia tengah panas ni!
Anaqi menyalam tangan tok kadi.
"Anaqi Bakhtiar bin Baihaqi."
"Ya saya."
"Aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau dengan Eireen Insyirah binti Ilham dengan seperangkat alat solat tunai."
Eireen sudah berpeluh. Weh berdebar weh! Walaweh! Aku nk nikah ni weh! Sikirinshott sikirinshotttt!!
"Aku terima nikahnya Eireen Insyirah binti Ilham dengan seperangkat alat solat tunai."
"Sah?"
"Sah.."
"Sah?"
"Sah..""Alhamdulillah .."
Mereka menadah tangan untuk mengaminkan doa. Anaqi menghela nafas lega dan mnunduk seketika.
"Ya Allah.. Aku mempunyai satu lagi amanah.. Bantu aku untuk terus menjadi orang yang bertanggungjawab atas amanah yang diberikan.." Doanya didalam hati.
Anaqi menyalami semua lelaki disitu manakala Eireeen menyalami pihak perempuan. Dilap sedikit air matanya. Sebak pula. Tiba-tiba sahaja menjadi isteri orang.
Puan Anita memeluk erat menantunya. Dia mengelus lembut kepala Eireen yang dibaluti tudung.
"Terima kasih Reen terima ibu jadi mertua Reen. Ibu harap perkahwinan ini smpai ke syurga. Ibu harap Reen bleh bersabar dengan anak ibu.. Anaqi sedikit keras kepala tapi ibu yakin menantu ibu ni boleh menasihatinya ya?"
Eireen senyum. Aku? Nasihat budak bakhil tu? Alamatnya bergaduh la dua ekor ni..
"InsyaAllah ibu.." Tu je yang Eireen bleh ckap. Tak boleh janji kerana Eireen dan Anaqi kedua-duanya degil dan keras kepala ahak!
Anaqi bangun dan melakukan solat sunat nikah. Eireen perhatikan dari belakang. Dia menyenggol bahu Lisa.
"Psstt. Kau pegang telefon aku kan? Bak sini jap.. aku nk amik gambar laki aku tengah solat. Nampak hensem weh."
Lisa menjeling namun tangan menyeluk kedalam poket. Ceh. Gedik betul pengantin baru ni..
Eireen tersengih dan mengambil gambar serta video Anaqi.. Bermacam-macam angle dia ambil.
Percayalah, dalam telefonnya hanya dipenuhi gambar Anaqi sahaja. Kenapa? Entah. Hobi dia memang mnyimpan gmbar Anaqi.
Tapi kebanyakan gambar buruk lah. Senang nk membahan katanya.
Dasar bini derhaka.
TBC🤍
Hee kahwin dah youVote and comment❤️
YOU ARE READING
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...