ANAQI menyelitkan rambut isterinya kebelakang. Digenggam erat tangan isterinya. Kini mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah nenek.Sangat berpuas hati ye dapat berhoneymoon di air terjun tanpa gangguan. Muahahhha sudahlah free, bleh berduaan pula tu.
"Wehh Naqi!" Anaqi terus panggung kepala kearah suara itu. Anaqi senyum apabila melihat sepupunya menghampirinya.
"Wehh Mir!" Anaqi melepaskan genggaman tangan isterinya lalu memeluk kejap bahu Amir, sepupunya.
Amir terus menolak badan Anaqi. "Weh bodoh! Kau basah lah giler!" Anaqi gelak kuat. Dia memang selalu bergaduh dengan sepupunya ini.
Amir terus berpaling kearah Eireen. "Ehh. Awak?"
Eireen mengerdipkan mata lalu senyum manis. "Ehh tak sangka jumpa awak kat sini!" Ujar Eireen dengan gembira.
Anaqi berkerut. "Kenal ke?"
Eireen mengangguk laju. "Ha'ah.. Reen pernah terlanggar bahu dia dekat kolej haritu. Tak sangka pula terjumpa kat sini. Abang Amir kan?"
Berkerut dahi Anaqi. What the hell? Abang? Tahu la Amir tua 2 tahun tapi perlu ke abang?
Amir senyum. "Ha'ah.. abang la ni.." Anaqi berdecit. Tak guna betul berabang pula kat sini..
"Kau tua dua tahun je Mir. Perlu ke panggil abang?" Amir sengih. "Perlu lah.. sebab aku ingat lagi Insyirah ni junior aku.. Sebab tu aku suruh dia panggil abang."
Eireen senyum manis dan angguk. "Ha'ah.. kalau bie nk tahu, abang Amir ni la yang tolong Reen masa kat kolej haritu. Bleh dikatakan hari-hari kitaorang berehat bersama semata-mata untuk projek photography.."
Anaqi menolak isian pipi dengan lidah. Entah mengapa namun dia rasa tergugat dengan Amir. Sudahlah Amir itu tampan orangnya.
"Kalau cmtu jom la balik rumah nenek. Abang baru je hantar makanan tadi.. Alang-alang Insyirah ada kat sini juga, kita bleh bersembang skali.."
Eireen senyum dan angguk. Dia terus memeluk lengan Anaqi. "Jom jom.." Amir senyum dan melangkah kehadapan.
Eireen memandang suaminya yang diam tidak berkutik. "Jom bie.. Reen lapar.." Anaqi hanya mengangguk dan melangkah.
Eireen berkerut dengan reaksi suaminya namun dia mengikuti langkah Anaqi.
ANAQI menolak isian pipi dengan lidah apabila Eireen dan Amir sedang berada di bendang. Nak ambik gambar bendang katanya. Itu yang dia minta tolong Amir untuk dapatkan gambar yang lagi lawa.
Anaqi berdecit. "Ingat ke datang sini nk honeymoon.. Bleh pula dia bersembang dengan orang lain."
"Hhahahhha yeke abang? Reen tak tahu pun hal tu?" Anaqi mendengus apabila mndengar suara ketawa Eireen dihujung sana.
Ting!
Anaqi mengeluarkan telefon dari poketnya. Dia meraup wajah. "Malas betul aku nk hadir ke majlis-majlis mcm ni.. Apebende la nk smbut hari gym yang ke 10 tahun?"
Anaqi mengusutkan rambut. Dia sngat malas ingin menghadiri ke majlis seperti itu. Anaqi introvert. So faham-faham sahaja lah..
Eireen senyum ke arah Amir lalu panggung kepala kearah Anaqi yang sedang tegang. "Err abang. Reen pergi dekat suami Reen dlu eh?" Amir senyum dan angguk. "Alright. Jangan lupa apa yang abang ajar tadi tentang angle yang cntik."
Eireen sengih dan angguk. Dia terus melangkah kearah suaminya. Anaqi yang perasan akan isterinya hanya mengendahkan sahaja.
Eireen berjalan perlahan lalu memeluk erat leher suaminya dari belakang. "Bie! Buat apa kat sini?" Anaqi hanya diam membalas mesej dari Fariz.
Mesej yang 2 hari lepas. Harini bru ada mood nak balas muahahhaha.
Eireen berkerut apabila Anaqi hanya diam. Dia melepaskan pelukan lalu duduk diatas bangku di tepi Anaqi. "Bie? Reen tanya ni.."
Eireen ingin menyentuh Anaqi namun Anaqi menepis. Dia terus bangun dari bangku dan melangkah ke rumah nenek.
Eireen bingung namun dia mengikuti langkah Anaqi. Dia menarik perlahan tangan Anaqi. "Bie.. kenapa ni.. Kenapa tak jawab Reen?"
Kedengaran seperti merayu kerana Eireen akan berasa canggung apabila Anaqi mengendahkannya. Dia tidak kisah jika orang lain pulaukan dia tapi dia amat terkesan jika Anaqi mengendahkannya.
Anaqi melepaskan pegangan Eireen. Eireen tidak berputus asa. Dia melangkah kehadapan Anaqi lalu mendepakan tangan menghalang laluan Anaqi.
"Kenapa ni bie? Cuba ckap kat Reen.. Kenapa tak layan Reen?" Eireen ingin menyentuh tangan Anaqi namun Anaqi menepis sekali lagi.
"Datang kat aku buat apa? Pergi la dekat abang Amir kau tu. Tak perlu layan aku ni. Buang masa je layan aku kan?" Eireen berkerut dan menggeleng.
"Takk.. mana ada mcm tu.. Reen ckap sekejap je dengan abang Amir tadi.."
Anaqi memandang Eireen dengan panahan yang tajam. Dia gelak perlahan. "Abang? Dengan dia bleh pula berabang. Dengan aku? Bukan main geli kan?"
Eireen menggeleng lagi. Mukanya sudah tersebik apabila suaminya sangat dingin dengannya.
"Tak.. bukan mcm tu.. Reen panggil abang sebab dia lagi tua dari Reen.. Reen hormat dia bie.. Bie jangan la mcm ni.." Eireen ingin menyentuh Anaqi namun Anaqi menepis lagi.
"Pergilah lepak dengan dia smpai malam. Kau tak payah nak pujuk aku segala. Pergi lah dekat 'Abang' kesayangan kau tu." Anaqi menjeling lalu melangkah laju kerumah nenek.
Eireen menghela nafas perlahan dengan wajah tersebik. "Bie.. Bukan tu maksud Reen.." Gumamnya perlahan selari melihat langkah suaminya kerumah nenek mereka.
Eireen meraup wajahnya. Dulu dia tidak kisah jika Anaqi memarahi atau bersikap dingin dengannya.
Tapi sekarang dia agak terkesan. Dia terasa jika suaminya itu menjauh darinya. Dia tahu dia salah kerana tak menghiraukan suaminya padahal sekarang mereka sedang berhoneymoon.
"Apa aku kena buat.." Gumamnya lalu menggigit bibir kejap. Dia tersenyum apabila teringatkan sesuatu.
"Got it."
TBC🤍
Haip ape tu Reen.. nak buat ape tewwVOTE AND COMMENT❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...