ANAQI - BAB 63❣️

35.4K 1K 14
                                        


EIREEN tersengih dihadapan ibu mertuanya. Harini mereka berpindah pula kesini. Muahahah katanya kena adil. Padahal hari-hari pun mereka berjumpa dengan Puan Anita.

Maklumlah. Rumah dekat.

"Kenapa Reen tengok mcm tu?" Tanya Puan Anita yang sedang memotong buah mempelam. Nak dibuat belacan katanya. Fuhh sedap. Rasa pedas masam gitu..

Eireen meneguk liurnya. "Macam best je mempelam yang ibu potong tu. Reen nak makan sikit bleh?" Berkerut dahi Puan Anita.

Dipandang sekilas kearah buah yang dipotong. "Ni mempelam putik Reen. Masam. Tak bleh telan mcm tu. Kalau Reen nak, ibu bleh buatkan kicap belacan. Sedap makan mempelam cicah kicap belacan."

Eireen menjilat bibirnya. Dah keluar air liur dah ni! Kecur air liur weh!

"Nak ibuuuuu.." rengek Eireen lalu memeluk badan Puan Anita dari tepi. Puan Anita tergelak. Aih manja sungguh menantunya itu..

"Haa manja sngat menantu ayah tu.. ada apa-apa ke?" Eireen memusingkan badan kearah Encik Baihaqi yang berpakaian korporat.

Eireen melepaskan pelukan dan tersengih sahaja. "Hehe saje nk bermanja dengan ibu. Dah lama tak jumpa ibuuu."

Encik Baihaqi senyum dan menggeleng. Padahal baru semalam mereka berjumpa kerana Puan Anita ingin menghantarkan makanan kepada Puan Elena.

"Ayah dari tempat kerja ke? Awal pula ayah balik?" Encik Baihaqi angguk. "Ha'ah.. ayah tertinggal barang pula. Makin tua ni makin nyanyuk." Ujarnya lalu menaiki tangga.

Eireen tergelak sahaja. Sama je perangai dengan si Anaqi tu. Nyanyuk tahap maksimum.

Anaqi pernah meletakkan kinder bueno diatas almari. Dia ingin menyorokkan makanan itu dari Eireen kerana itulah dia meletakkan di tempat paling tinggi sebab Eireen pendek.

Tapi slepas dia lupa keberadaan makanannya itu, bukan main dia menuduh Eireen mengambilnya. Bergaduh sakan mereka pada hari itu.

Dan last kali baru dia teringat tempat yang diletaknya. Disebabkan ingin memujuk bini, dia pun kongsi la separuh-separuh.

Ahak! Bukan main sorok. Last kali kena kongsi jugak.

LYDIA menampar kuat pipi Lyana di belakang pejabatnya. Berdesis Lyana dibuatnya.

"Tak guna! Yang kau sebut nama aku kenapa?! Tak pasal-pasal aku jadi target dengan si tomboy tu!" Eireen ada menghantar pesanan kepada Lydia agar menjauhi suaminya.

Eireen ada berkata bahawa dia akan merosakkan alat mekap di meja Lydia jika Lydia mencari pasal dengannya.

Lyana mendengus lalu menjeling tajam kearah Lydia. "Kalau aku tak sebut pun, dia tetap tau yang kau adalah punca segalanya! Sebab kau seorang je yang cari pasal dengan dia. Dia baik Lydia! Dia marah dan garang mcm tu sebab dia nk pertahankan suami dia! Kau je yang suka cari pasal dengan orang skrg ni!"

Lydia mendengus lalu menarik kepala Lyana lalu diselamkan didalam sink yang dipenuhi air di tepi longkang. Lyana lemas didalam air tersebut. Dia memukul-mukul lengan Lydia yang menolak kepalanya.

"Kau jangan nak mengajar aku la perempuan! Sebab kau la semua hancur! Sebab kau la dia tahu sape diri aku! Kau elok mati jelah!"

Buk!!

Terlepas pegangan Lydia apabila dia disepak dari tepi. Hampir terjelumpuk dia apabila menerima tendangan itu.

Eireen terus menarik Lyana yang sudah sesak nafas untuk berdiri di belakangnya. Eireen mencerlung tajam kearah Lydia yang memandangnya.

"Ape kena dengan kau ni? Jadi penyondol dahla. Ni nak jadi pembunuh apahal?" Lisa menggosok lengan Lyana yang masih bernafas tercungap-cungap.

Dia juga benci akan perempuan itu namun dia ada perasaan kasihan melihat gadis itu diselam oleh sepupu sndiri.

"Kalau ye pun kau nk dia mati, suruh la dia minta maaf dengan aku dlu! Dia tak sempat lagi nk bertaubat tau?!"

Lisa menjeling kearah kawannya. Sempat lagi nak bergurau masa mcm ni. Member dah lemas dh pun.

Lydia berdecit. "Kau tak payah menyemak la kat sini. Dari dlu smpai sekarang kau selalu nk tunjuk hero. Selalu nk tnjuk yang kau hebat! Aku tak suka dengan perangai gah kau tu!"

Eireen tergelak perlahan. Dia berpeluk tubuh. "Ohh. Cemburu? Sebab kan tu je kau benci aku?" Lydia merenung Eireen dengan renungan tajam. Tangan dikepal kuat.

"Sampai bila-bila pun kau akan kalah kalau perangai kau pada orang sekeliling mcm ni Lydia. Kau takkan aman selagi kau tak puas hati dengan seseorang. Kau ada kelebihan kau. Aku ada kelebihan aku. Hidup ni dah cukup adil cuma kau je yang tak reti bersyukur."

Lydia senyum sinis. "Simpan la ayat kau tu untuk orang lain. Sebab aku takkan teracun dengan kata-kata munafik kau." Ujarnya lalu menjeling kearah mereka bertiga. Dia terus melangkah pergi dari situ.

Eireen menghela nafas perlahan. Dia memandang kearah Lyana. Muka Lyana sudah pucat kerana diselam tadi.

"I minta ma--"

"Dah. Kau pergi la rehat sana. Tak payah nk minta maaf lah. Bukannya raya sekarang ni."

Lisa menjeling. Bodo sungguh la kawan dia tu. "Jom aku bawak kau pergi klinik.." ujar Lisa lalu merangkul badan Lyana yang sudah lemah.

Eireen memejam mata dan menghembus nafas. Urusan Lyana sudah selesai. Lydia? Tch. Masih belum.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang