"I know. Aku tahu kau cintakan aku. Sebab hati aku memang milik kau. Dan hati kau semestinya milik aku dari dulu sehingga sekarang." Bisik suara itu.Anaqi memusingkan badan Eireen untuk mengadapnya. Eireen akur dan memandang Anaqi.
Anaqi senyum tipis dan mengelap air mata isterinya yang masih menitis. "Kenapa isteri aku nangis ni?" Perlahan sahaja Anaqi bisik di hadapan wajahnya.
Sudahlah amat rapat kedudukan mereka sekarang
Ottoke kalau Reen buat-buat pengsan takpe tak? Sebab Anaqi terlampau hensem dengan rambut berseleraknya.
Oksigen! Datang sekarang sebelum Eireen mampus..
Eireen menunduk. "Betul ke.. apa yg kau ckap tadi?" Eireen bertanya namun mata tertancap kearah dada Anaqi.
Bukan gatal ye tapi sesungguhnya dia amat malu sekarang untuk menatap mata Anaqi..
Anaqi senyum dan mendongakkan muka Eireen kearahnya. "Betul la sayang.. kenapa aku nk tipu kau pula?"
Eireen berkerut. Dia memandang sekeliling. Anaqi turut memandang sekeliling. Apahal? Ada jembalang ke. Weh jangan la..
"Kenapa?" Tanya Anaqi perlahan. Eireen kembali memandang suaminya. "Papa dan mama takde kat sini.. kenapa kau masuk mood berlakon ni?"
Anaqi menjulingkan mata. Ni yg aku malas ni. Aku sweet pun dia ingat aku main-main.
Susah weh berkahwin dengan kawan baik ni! Kita ungkap kata cinta dia kata main-main. Takpaham aku. Kau nk apa ni minah senget?
Anaqi mencubit kasar pipi Eireen.
"Aw Naqi! Sakitla.." Memuncung Eireen sambil mengusap pipi gebunya. Anaqi senyum tipis dan mengusap pipi itu.
"Itulah kau.. cakap bukan-bukan lagi.. aku sebut ayat tu bukan sebab mama dan papa. Tapi sebab kau. Aku ikhlas dari hati aku. Kau masih tak faham ke Reen?"
Eireen mengerdip mata. Blushing juga apabila Anaqi mengusap pipinya dan merenungnya tanpa lepas mcm ni. Sudahlah muka dia sembab sekarang.
Hmm mesti nampak mcm kena gigit lebah. Ghisau.
Eireen senyum. Sweetnya somi kita.. Tapi senyumannya memudar apabila teringatkan adegan Anaqi dan Liza di taman tadi.
Eireen menepis perlahan tangan suaminya di mukanya. Berkerut Anaqi dibuatnya.
"Kenapa ni.." Meleret suara Anaqi ketika ini. Eireen menggeleng.
"Aku taknak kau permainkan aku Naqi. Lagipun baru tadi kau jumpa crush kau kan? Aku taknak letak harapan. Kalau kau masih cintakan Liza, kau pergi la cari kebahagiaan dengan dia. Kalau nk kahwin dengan dia pun aku.. relakan je. Asalkan kau lepaskan aku. Sebab aku taknak hidup bermadu.."
Eireen rasa ingin memukul sahaja dirinya sekarang. Dia tidak rela! Langsung tidak rela apabila lelaki yg dicintai berkahwin dengan orang lain.
Anaqi bangun dari baring lalu menyandarkan kepala di kepala katil. Dia menarik isterinya untuk masuk ke dalam pelukannya.
Eireen hanya mengikut pergerakan suaminya. Anaqi menggosok perlahan lengan isterinya. Kepala Eireen diletakkan di dada kirinya.
"Dengar tak?" Eireen mengerdipkan mata. Dia fokus mendengarkan jantung Anaqi. Terbeliak matanya. Jantung Anaqi berdegup kencang!
"Macam tu la keadaan jantung aku bila duduk rapat dengan kau. Jantung aku akan berdegup mcm ni bila bersama dengan kau je. Aku tak pasti apakah perasaan aku tapi yg aku pasti, nama kau ada dalam hati aku. Kerana hanya kau yg mmpu membuatkan hati aku rasa mcm nk tercabut. Kau sihir aku ke Reen?"
Eireen mendongakkan wajahnya kearah Anaqi. Diselesakan dagu diatas dada bogel suaminya.
Anaqi senyum melihat mata itu bulat berkedip-kedip melihatnya. Anaqi mengusap bibir Eireen.
"Kau sihir aku dengan cinta kau ke?" Bisiknya perlahan dihadapan muka Eireen. Muka Eireen mula berona merah.
Anaqi terlalu fokus melihatnya sekarang. Anaqi berdehem
"Dengar apa yg aku nk ckap. Aku hanya cakap sekali sahaja. Sebab aku susah untuk mengungkapkan perkara mcm ni. Fokus okay?"
Eireen mengangguk laju. Mata setia melihat mata Anaqi yg merenungnya tidak lepas. Telinga fokus ingin mendengar kata-kata Anaqi.
"I love you Eireen Insyirah. Anaqi sayang Eireen dari dlu sehingga sekarang."
Terbeliak mata Eireen. Ternganga mulutnya sekarang. Baru sahaja dia ingin mengungkapkan kata, Anaqi langsung meletakkan jarinya ke bibir Eireen.
"Bagi aku cakap dlu. Aku jaga kau dari kecil sehingga ke hari ini. Tipulah kalau aku kata aku takde perasaan pada kau. Dulu mungkin aku hiraukan hal ini. Tapi selepas sahaja aku berkahwin dengan kau, cinta aku makin membuak-buak. Jantung aku akan berdegup kencang walaupun hanya dengar suara kau. Aku tak faham dengan hati aku kerana aku tak pernah bercinta."
"Sehinggalah satu hari tu aku nampak kau mengambil gambar pelajar lelaki aku. Yes. Aku akui aku cemburu sehingga aku cari pasal dengan kau."
Anaqi senyum. Teringat pula sewaktu Eireen mengambil gambar pelajarnya yang berlari tanpa baju. Fuhh panas mat hati ni. Rasa membara sahaja apabila mata Eireen tertumpu kearah mereka.
Eireen senyum. Panjang lebar Anaqi mengucapkan segalanya hari ini. Eireen terus mengusap muka Anaqi.
"Betul kau sayang aku?" Anaqi memeluk erat badan Eireen dan mengangguk tanpa teragak-agak.
"Betul kau cintakan aku?" Anaqi mengangguk lagi.
"Betul hanya Eireen Insyirah yang ada dalam fikiran dan hati Anaqi Bakhtiar?"
Anaqi mengangguk. "Forever. Dari dulu sehingga sekarang hanya Eireen yang berada dlm fikiran serta hati Anaqi.." Jawabnya perlahan.
Eireen senyum lebar dan memeluk Anaqi erat. Anaqi senyum dan makin memeluk badan gebu itu.
"Eireen pun sayang Anaqi.. Eireen pun cintakan Anaqi. Eireen dah lama anggap Anaqi suami Eireen.. Tapi Reen hanya buat tak endah kerana Reen takut Anaqi anggap Reen sebagai kawan.."
Anaqi menyembamkan mukanya ke ceruk leher Eireen. Dia mencium lama leher jinjang itu.
"Dulu mungkin kawan. Tapi sekarang lain Reen. Hati manusia bleh berubah. Sebab itulah perempuan dan lelaki tak boleh berkawan terlalu rapat.. Tengok la keadaan kita sekarang.." Gumamnya yg masih berada di ceruk leher Eireen.
Eireen gelak. Betul la tu. Tiber sahaja perasaan itu muncul ahak!
Namun tidak lama kemudian, Eireen berkerut. Dia melepaskan pelukan hangat mereka. Eireen memandang Anaqi dengan wajah tertanya-tanya.
"Habistu Liza? Siapa Liza di hati Anaqi?"
Anaqi menatap wajah Eireen. Eireen berkerut manakala Anaqi hanya senyum.
"She's My's wife."
Terbeliak mata Eireen. What? My wife? Anaqi kahwin lagi?
Jilake.
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...