ANAQI menantikan Eireen diluar hotel. Dia ada memberitahu bahawa dia ingin membatalkan wuduk dalam bilik. Namun tak sempat la pula nk berjumpa dengan Eireen tadi kerana mereka perlu ke hotel dengan terburu-buru.Dan sekarang disinilah pihak lelaki menunggu kedatangan pihak perempuan.
"Panas la siot! Reen mekap ape lama-lama ni weh? Berasapp badan aku." Keluh Fariz lalu mengibaskan bajunya. Anaqi menjeling. Wadee? Aku lagi panas tau?
"Sabar la jap. Biasalah orang perempuan bermekap. Kalau boleh seharian nk bermekap. Nak lawa lah katakan. Padahal muka tetap sama je." Fariz tergelak.
"Choii kau kutuk bini kau tau? Ape kau ingat mekap tu mcm pembedahan plastik ke nk nmpak muka yg berbeza? Dah muka dia mcm tu terima jela."
Anaqi menjulingkan mata. Lantak lah. Baginya Eireen hanya biasa-biasa. Tak lawa dan tak hodoh.
Cis. Tada guna punya laki.
Kedengaran beberapa kereta smpai di hadapan hotel. Anaqi membetulkan bajunya sedikit. Kenalah hensem kerana photographer pun ada smpai skali..
Nanti gambar aku buruk mcm mana?
Eireen keluar dari kereta ditemani Lisa. Bukan main Lisa pakaikan payung padahal jalan 2 langkah je. Biasalah. Terover dia tu.
"Kau dah kenapa pakai payung segala? Jalan 2 langkah terus smpai lah. Sibuk aje nk pakai payung. Kan Naqi kan?" Fariz menyenggol bahu Anaqi.
Krik krik. Lah. Pahal pula diam ni?
Fariz berpaling kearah Anaqi. Dia menjulingkan mata apabila Anaqi ternganga melihat Eireen yang anggun dengan baju pengantinnya.
Sangat berseri. Rasa mcm orang lain pula.
"Siot. Tadi mengutuk sngat bini dia. Ni bleh pula ternganga sampai keluar airliur.." Gumam Fariz perlahan.
Eireen senyum malu apabila ditenung sebegitu. Ehek! Itew malu la..
Eireen berjalan beberapa langkah kearah Anaqi dan
Bukk.
Weh nk terjelumpuk! Nasib baik Anaqi memegang lengannya.
"Kau ni! Suka sngat buat aku risau. Jalan elok-elok tak boleh ke?" Bisik Anaqi ditepi Eireen. Tangan masih setia memegang tangan Eireen dan pinggang gadis itu.
Eireen tersengih. "Alaa sorry la. Aku tak biasa la pakai kasut tumit tinggi.."
Anaqi menjeling. "Dah kalau tak selesa, apahal kau pakai?" Eireen berdecit.
"Habistu takkan aku nk pakai sneakers? Boleh tahan bodo juga ya encik suami aku ni?"
Anaqi menjulingkan mata. "Pakaila sandal. Bukannya orang nampak pun sbb kau pakai gaun."
"Pale otak kau. Kau ingat aku nk masuk jamban ke ape?" Anaqi membuat riak menganjing kearah Eireen.
Haa nak start dah bergaduhnya tu.
"Ehh? Kenapa tak masuk lagi ni? Mesti ramai yang tggu tu.." Ujar nenek kepada cucu menantunya.
Eireen terkejut dan langsung merangkul tangan Anaqi. Dia tersenyum janggal.
"Betul tu nek. Abang Naqi ni laa nk bermanja dengan Reen tak kena tempat. Ish abang ni.. malu la orang tengok.." Ujar Eireen lalu menepuk perlahan dada Anaqi.
Anaqi mengerdipkan mata dengan dahi berkerut.
Dehek? Abang? Aku salah dengar ke? Tapi dah korek telinga smalam. Serius ah abang? Geli la siot..
Nenek memerhati Anaqi untuk menunggu jawapan daripada cucunya. Eireen yang perasan akan itu terus mencubit sedikit lengan Anaqi.
Anaqi berdesis. Eireen menggerakkan biji matanya kearah nenek.

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...