ANAQI - BAB 51❣️

44.1K 1.2K 59
                                        


ANAQI dan Eireen menuruni tangga rumah neneknya. Kelihatan Amir dan nenek berada di dapur. Awal pula lelaki itu datang?

Atau.. Anaqi dan Eireen keluar lambat? Muehehhe ada projek sikit dlm bilik air tadi.. Anaqi ni la nk bermanja. Disuruhnya gosok disitu disini. Nakal dia ni..

Sudahlah pagi tadi Eireen tidak bleh berdiri. Anaqi hanya gelak dan mendukung isterinya itu ke bilik air. Nasib baik nenek tak nampak.. Emm Anaqi ganas sngat semalam..

Amir panggung kepala kearah pasangan itu dan senyum. "Morning Naqi, Insyirah.." Dia sedikit tergelak apabila melihat Eireen yang jalan tersangat perlahan pada pagi ini. Buat apa smalam tu?

Eireen senyum lalu merangkul lengan Anaqi. Tersentak Anaqi dibuatnya. "Morning.." Ujar Eireen lalu memeluk erat lengan suaminya.

Dia tahu pasti suaminya akan cemburu apabila Amir senyum lebar kearahnya. Kerana itulah dia memeluk kemas tangan Anaqi. Dia ingin memberitahu bahawa dia selamanya milik Anaqi.

Anaqi senyum apabila tangan lembut itu mula menggenggam tangan kasarnya. Anaqi mengangkat tangan itu lalu mencium sekilas. Eireen senyum makin lebar.

Manakala Amir senyum kelat. Entah mengapa hatinya sedikit terusik apabila melihat Eireen amat bahagia bersama Anaqi.

Mungkin ada sedikit cemburu kerana dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Eireen.

"Bie duduk jap. Reen nak letak mee goreng.." Anaqi duduk diatas kerusi dan mengangguk. Sempat Eireen mencium skilas pipi Anaqi sebelum berlalu kearah dapur. Terkulat-kulat Anaqi dibuatnya.

Apakah? Comelnya perangai budak tu pagi ni? Anaqi senyum dan menggeleng sahaja.

Amir senyum kelat. "Macam mana kau bleh kenal Insyirah?" Anaqi panggung kepala dan senyum sahaja kearah sepupunya. Dia bukanlah sejenis yang kurang ajar.

Jika dia tidak suka, dia tidak akan tunjuk terang-terangan. Dia tahu adab.

"Aku kenal dia dari kecil lagi Mir. Dari lepas beranak lagi. Aku berkawan baik dengan dia tapi tak sangka pula terjatuh cinta tanpa sengaja." Ujar Anaqi lalu tergelak perlahan.

Amir mengerdipkan mata. "Jadi kau lah lelaki tu?" Anaqi menjungkit kening tidak faham.

"Insyirah selalu cerita pada aku yang dia rapat dengan sorang laki ni. Dia ckap lelaki tu je yang dia rapat. Dia langsung tak layan lelaki lain.."

Anaqi senyum tipis. Yeah. Aku la tu hakhak!

"Dia ckap lelaki tu annoying gila tapi dlm masa yang sama, dia selesa dengan lelaki tu. Setiap kali dia down, dia akan mengadu pada lelaki tu.. Dia ckap dia sayang lelaki tu tapi tak tahu dari segi apa. Sama ada kawan atau kekasih.."

Anaqi berdehem sekejap. Pandai eh budak tecik ni bagitau orang..

Amir senyum tipis sahaja. "Tak sangka pula lelaki tu kau.. Kau beruntung tau.. Setiap kali aku jumpa dengan Insyirah, setiap kali tu juga la dia selalu sebut pasal kau. Sampai aku pun naik cemburu tau?" Ujarnya lalu ketawa kecil.

Anaqi senyum sahaja. Entah mengapa tapi dia merasakan bahawa Eireen terlampau obses terhadapnya. Kerana Eireen selalu menyebut namanya.

Tapi tak kurang juga dengannya. Dia juga selalu berfikir tentang Eireen. Obses juga lah kan?

"Nenek ada buat air kopi. Bie mnum kan? Atau bie nk Reen bancuh air teh?" Tanya Eireen yang melangkah kearah suaminya bersama pinggan yang berisi mee goreng.

Eireen meletakkan pinggan itu keatas meja lalu memandang suaminya. Terjungkit keningnya apabila Anaqi hanya senyum kearahnya.

Eireen senyum dan mencuit dagu Anaqi. "Dengar tak Reen tanya ni? Nak air apa?"

Anaqi senyum menggoda. "Nak air Reen.." Terbeliak mata Eireen. Manakala Amir pula berdehem.

"Ehem.. rasa loya tekak pula pagi ni.." Ujar Amir yang sedang menyentuh lehernya. Eireen mengetap bibir dan menepuk bahu suaminya.

"Ape la bie ni? Malu la Amir dengar.." Bisiknya perlahan. Anaqi senyum tak bersalah. Dia berdehem kejap

"Maksud bie, bie nak air yang Reen bancuh.. Faham? Kenapa? Dah fikir kemana tu?" Eireen kulum senyum dan menutup bibir Anaqi dengan tapak tangannya.

Anaqi ketawa dan memegang tangan lembut itu. Sempat dia mencium sekilas.

"Apalah nasib aku jadi penonton korang.." Eireen panggung kepala ke arah Amir dan terkekeh ketawa.

"Sorry ab.. err maksud saya, sorry Amir.." Amir senyum dan mengangguk sahaja. Dia kenal sepupunya. Sepupunya kuat cemburu apabila melibatkan orang yang dia sayang.

Dulu nenek lebihkan Amir dari Anaqi pun Anaqi dah cemburu sampai ugut nak terjun dalam telaga belakang rumah nenek.

Aku pukk jugak si Naqi ni karang..

"Meh duduk.." Ujar Anaqi selari menarik tangan isterinya untuk duduk disebelahnya. Eireen akur dan duduk di tepi suaminya.

"Suapkan.. Aaaaa." Kata Anaqi yang sudah mengangakan mulut kearah Eireen. Eireen mengerling sekilas kearah Amir yang buat-buat melihat ke arah lain.

"Hah apa dia nek?! Nenek panggil Amir ye? Kejap!" Ujar Amir lalu bangun dari duduknya dan melangkah kearah dapur.

Eireen mengerdipkan mata melihat Amir kearah neneknya. Eireen memusingkan tubuh kearah Anaqi. "Nenek ada panggil Amir ke tadi bie?"

Eireen berkerut melihat Anaqi yang merenung dengan senyuman yang lebar. Eireen gelak perlahan dan menutup mata Anaqi.

"Jangan laa bie. Kenapa tengok Reen mcm tu.." Anaqi gelak dan mengambil tangan isterinya. Dicium bertalu-talu jemari itu.

"Obses dengan bie ye?" Eireen berkerut. "Hah?"

"Amir yang cerita dekat bie tadi yang Reen selalu bagitau Amir pasal bie. Am i right?" Terbeliak mata Eireen. Dia buat-buat batuk.

Mcm mana bleh kantoi ni?!

"Er makan la bie.. Nanti sejuk tak sedap pula.." Anaqi senyum apabila melihat pipi Eireen mula kemerahan.

"Tak jawab pun bie tanya tadi?" Eireen menggigit bibir. Dia menarik nafas dan lepas.

"Ha'ah.. Reen obses dengan bie.. Reen selalu intai bie kalau bie exercise luar rumah ibu. Gallery dalam telefon Reen 90% gambar bie je.." Jawabnya dengan kepala yang menunduk.

Betullah tu. Dri dlu sehingga sekarang Eireen obses dengan Anaqi. Tapi dia tidak pasti sama ada obses kerana imej Anaqi atau disebabkan cinta.

Namun sekarang dia sudah dpat jawapannya.

Anaqi gelak perlahan lalu memeluk erat tubuh Eireen. "Ermmm ada orang obses dengan kita lah.." Eireen gelak dan membalas pelukan Anaqi.

"Sayang dia.." Anaqi mencium kepala Eireen bertalu-talu. Terkekeh Eireen ketawa.

"Dah kenapa kayu katil patah?! Cadar basah pula tu! Reen!! Anaqi!! Korang memang nak kena!"

Terbeliak mata Anaqi dan Eireen. Mereka melepaskan pelukan dan panggung kepala kearah nenek yang sedang memegang penyapu.

Eireen dan Anaqi bangun mendadak. "Er nenek.." Anaqi memegang tangan Eireen dan menggeleng ke arah nenek.

Nenek mencerlung tajam. "Ish cucu dan cucu menantu gelojoh! Habis hancur katil aku! Mari sini! Aku nak piak punggung masing-masing!!"

Nenek menyising lengan dan melangkah laju kearah mereka berdua.

Anaqi pula menarik tangan Eireen dan terus keluar dari rumah itu.

"Mari sini!! Nak kena ni!"

"Nek!! Jangan la kejar! Anaqi tengah buat cicit untuk nenek lah!!"

"Kurang asam! Ganas punya cucu! Kesian Reen nk layan nafsu ko!"

Eireen dan Anaqi ketawa sambil berlari dikejar oleh nenek. Bukan main bahagia lagi mereka apabila dikejar.

Hmm suka sungguh kena kejar dua ekor ni..

Amir yang memerhati dari jauh hanya gelak dan menggeleng. "Baru aku tahu sebab apa kau taknak jatuh cinta pada orang lain Naqi.. Rupanya hati kau dah ada penghuni dari dlu sehingga sekarang.."

TBC🤍
Amir couple jom

VOTE AND COMMENT❤️

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang