"KAU cintakan aku tak?"Senyuman Anaqi mati. Anaqi hanya diam.
Jeda. Sunyi. Tiada jawapan untuk itu.
Eireen memerhati suaminya yg teragak-agak untuk menjawab.
"Kau cintakan aku tak Naqi?!" Teriaknya. Anaqi memejam mata kejap. Dia terus menarik kepala Eireen ke dadanya.
Eireen memukul-mukul dada itu. "Jawablah! Kau cintakan aku ke tak?!" Anaqi mengetap bibir menahan sakit.
Kuat juga tangan si cenonet ni..
"Shh Reen. Relax.. Jangan ikut emosi. Tenangkan diri dlu lepastu baru kita bincang.."
Eireen menangis lalu memeluk erat badan suaminya. "Aku terasa dengan perempuan tadi Naqi.. dia ckap aku tak layak untuk kau.. Betul ke Naqi?" Gogoinya didada suaminya.
Anaqi mengusap rambut Eireen lalu mencium lama pusar kepala itu. Eireen hanya memejam mata menikmati ciuman hangat suaminya yg melekap dikepalanya.
"Hanya aku yg bleh tentukan siapa yg layak untuk aku. Orang lain takde hak. Selepas sahaja aku bersetuju untuk kahwin dengan kau, itu bermaksud kau layak untuk jadi isteri aku. Kau terima aku jadi suami pun aku dah ckup bersyukur Reen.."
Eireen mendongakkan kepala melihat Anaqi. Wajahnya tersebik. "Betul ke? Aku layak berdiri disamping kau?" Anaqi senyum manis. Dia mencium kejap dahi licin isterinya.
"Yes wifey. Kau terlebih layak. Kau kenal aku mcm mana kan? Aku takkan menipu kau.. Percayakan aku." Eireen mengangguk dengan wajah yg sembab airmata.
"Kau.. cintakan.. aku tak?" Anaqi mengerdip lambat. Dia meneguk liur kesat. Dia bukanlah seperti lelaki-lelaki lain yang mengucapkan perkataan itu dengan mudah.
Dia meluahkan perasaannya melalui perbuatannya. Takkan lah.. Eireen tak nampak lagi kot?
Eireen mendongak. "Kau tak jawab pun Naqi.." Serak suara Eireen ketika ini.
Anaqi menunduk melihat isterinya yg menanti jawapannya. "Habistu kau cintakan aku tak?"
Eireen menggigit bibir. Kita tanya dia tapi dia tanya kita pulak..
Anaqi senyum dan mengusap kepala isterinya. Lalu dia memeluk kemas badan kecil itu.
"Kau kenal aku Reen. Aku tak pernah ungkapkan apa-apa dengan perkataan. Kau kena tengok cara aku jaga kau mcm mana. Dari situ kau akan tahu sama ada aku cintakan kau atau tak.."
Eireen menggigit bibir. Dia tergelak sedikit apabila Anaqi menggoyangkan badan mereka berdua.
Menyempattt.. Tapi rasa hangat pula apabila memeluk Anaqi di errr.. Lorong sunyi...
Kurang ajarlah Naqi ni. Suka sangat dating dekat tempat low budget!
Eireen senyum dan menyembamkan mukanya ke dada suaminya. Biar basah baju suaminya dengan air mata ahaks!
Anaqi hanya senyum menikmati badan gebu isterinya. Aummm makin rasa pula take take Eireen yg melekap di sixpack nya. Gebunya... Nak ngap tapi Eireen garang. Hmmm..
"WOOF! WOOF! WOOF!"
Terhenti goyangan badan mereka apabila mendengarkan seperti anjing menyalak. Anaqi memandang Eireen manakala mata Eireen berkedip-kedip kearah Anaqi.
Mereka perlahan-lahan memandang kearah kiri. Terbeliak mata mereka apabila ada sekumpulan anjing yg sudah bersiap sedia untuk mengejar mangsa.
Anaqi bernafas laju. "Ok Reen. Aku kira smpai tiga pastu kita lari ok?" Eireen sudah berpeluh. Dia mengangguk faham.

ANDA SEDANG MEMBACA
ANAQI'S [C]
Romansa‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...