Tiga hari lagi aku dah kena gerak Malaysia.Tapi entah apa yang buat kan aku tak tenang sekarang ni.Fuhh..Relax Adellya..
Aku tak tahu nak kata apa,tapi aku risau Jimin kecewa kerana kata-kata aku tempoh hari.Jelas mat muka dia sedih.
Tapi sumpah tak ready!
Aku tak nak tunang dengan orang yang aku tak pernah kenal.Tapi sebab keluarga aku tewas.Mungkin Allah dah rancang yang semua ni memang yang terbaik untuk aku insyaallah.
"Adellya"
"Aerum?, ada apa"
"boss minta aku ambil alih kerja kau minggu depan,katanya kau nak ke Malaysia.Bertunang.chukkahae!"ujarnya.
eh?
"Kenapa dia tak handle sendiri?"soalku.Kalau dia ada kenapa perlu Aerum yang ganti?
"boss sekali lagi kembali ke luar negara,tapi jangan risau kerana ni bukan urusan pribadi tapi urusan kerja.Jadi aku kena uruskan mesyuarat dengan company lain."Aerum mengambil file kerja dan keluar.
Haih dia sorang sahaja tak ikut aku ke Malaysia.Bagus lah tu sekurang-kurangnya aku tak menambahkan kekecewaan dia.
Aku tahu dia suka aku,tapi aku terpaksa ikut apa yang diperintah ayah.Ayah taknak aku salah pilih pasangan hidup.
Adellya kini berada di Airport Incheon.Setelah beberapa minit tiba masanya mereka untuk menaiki kapal terbang yang dituju ke Malaysia.
Mereka memanggil Adellya untuk segera.Kecuali Jimin.Hanya dia tidak hadir.
"Adellya"
Adellya berhenti dan menoleh."Ikut kata hati,kalau hati kata terima maka terimalah dengan hati yang rela.I know you're thinking about me and you're also worried about me but remember that I will miss you.."
Sekuntum senyuman dihadiahkan pada Adellya.Dia berharap Adellya tidak terus membimbangkannya dan
dia juga harap Adellya terima pinangan itu tanpa berasa bersalah terhadapnya.Adellya membalas senyumannya.Dia menganggukan kepalanya dan terus mengikuti rakan nya dan juga member lain.
'Saya harap awak terima Adellya'
Sehari sahaja lagi dia akan menjadi tunang orang.Hati ni tak perlu ditanya betapa gelisah nya memikirkan hal ini.Baru sahaja ingin bertunang belum lagi menikah.
Siapa la tunang aku tu.Dah la dia tak datang.Pastu ayah bagi tahu nama je.Adhyan.
Ya allah siapa Adhyan!?
"Adellya?"
"Mama"
"Adellya okay?"Soal Ibunya.Ibunya seperti sudah tahu perasaan anak sulung nya itu.Dia duduk disebelah Adellya sambil mengusap perlahan tangan putih milik Adellya.
"Mama..Adellya takut,lagipun dell tak tahu pun siapa dia.Siapa Adhyan ma.Dell kenal ke dia ma?"Soal ku bertubi-tubi.
"Adellya..Dia baik orang nya.Kamu tahu kan ayah akan pilih calon suami yang terbaik buat anak sulung kesayangan dia kan?Jadi mama yakin dia akan jaga Adellya sebaik mungkin."Ujar ibunya.
Ya allah kenapa hati aku terlalu gelisah.
"mama mungkin kenal siapa Adhyan tapi dell?Dell tak tahu ma..dell tak kenal"Puan Farina mengeluh.
"Dell plis,tolong bahagiakan mama dengan ayah.Boleh?Adellya boleh sahaja kenal dengan dia selepas tunang.Dell pun boleh belajar mencintainya selepas nikah."Adellya rasa seperti ingin menangis.
Tiba-tiba sahaja tergiang kata-kata yang Jimin ucapkan semalam.'ikut kata hati,kalau hati kata terima maka terimalah dengan hati yang rela'.
Firasat hari aku kuat mengatakan aku harus terima kerana ini adalah yang terbaik.Tapi aku takut,takut salah pilih.
YOU ARE READING
MUALAF
Romance[ SLOW UPDATE ] if mempunyai kesabaran yang cukup tinggi boleh baca. "ᴅᴀʜ sᴜᴋᴀ ᴛᴀᴋ ᴍᴇɴɢᴀᴋᴜ" "Iʏᴀ sᴀʏᴀɴɢ sᴀʏᴀ ᴍᴇᴍᴀɴɢ sᴜᴋᴀ ᴀᴡᴀᴋ,sᴀʏᴀ ᴄɪɴᴛᴀᴋᴀɴ ᴀᴡᴀᴋ" sᴇɪɴᴅᴀʜ ɪᴛᴜ ᴄɪɴᴛᴀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ?ɴᴀᴍᴜɴ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴊᴀᴅɪ ʙɪʟᴀ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇʀᴀᴍᴘᴀs ᴍᴇɴᴅᴇᴋᴀᴛɪ? "ᴅɪᴀ ᴅᴀʜ ʙᴇʀᴜʙᴀʜ,ᴀᴡᴀᴋ...