Sebaik sahaja mencelik mata.Siling direnung. Kosong. Kepalanya sakit. Terasa berat. Air liur ditelan kesat.
Tubuhnya dipaksa bangun. Sambil berjalan turun tangga dia mengurut kepalanya yang sakit.
Air kosong di capai dan diteguk.
Adhyan merebahkan diri di sofa.
Dia cuba mengingati apa yang telah jadi malam tadi.
"Adhyan bangun lah! Apa kau buat ni!" Mikael menepuk pipi Adhyan.
"Adhayan berdosa tahu tak ! Ini alcohol kau tu beragama Islam! Kalau sedih cari Allah. Bukan benda ni" marah Mikael.
Adhyan separuh sedar.Tiba-tiba sahaja Adhyan menangis teresak-esak.Mikael terdiam melihat Adhyan menangis.
"Sakit.."
"Sakit sangat Mika.."
"Aku tak boleh kawal diri aku..aku minta maaf" Dia menangis sepanjang percakapannya.Mikael memeluk tubuh Adhyan sambil menepuk belakang badannya.
"Aku ingat dia datang nak jumpa aku Mika..tapi dia benci aku Mika.Dia benci aku.Kenapa Allah uji aku macam ni"
"Tak,dia tak benci kau.Kau je yang berfikiran lemah.Dia tunggu kau untuk cari dia.Sebab kau suami dia.Kau sepatutnya hero dia. Kau kena kuat
"Aku kuat bila dia ada dengan aku Mika" Mikael mengusap belakang badan Adhyan untuk memujuk Adhyan yang dalam esakkan.
"Kau lelaki Adhyan,kau sepatutnya lagi kuat dari dia. Come on Adhyan,you should do better than she. Wake up! Kau lelaki kau kena kuat.Aku harap esok kau ingat apa yang kau buat sekarang."
Tidak lama dari itu Adhyan tertidur.
.
.
.
" Subhanallah, apa aku buat ni." Laju dia bangun menuju ke biliknya semula. Tuala dicapai.
"Adhayan bersihkan diri,solat taubat"
Selesai sahaja urusannya,dia turun semula ke ruang tamu. Langkahnya terhenti apabila melihat Mikael duduk di sofa sambil melihat dirinya yang kejung.
Segan silu dia turun tangga dan mendekati Mikael.
"Kau ingat apa kau buat semalam?" Soal Mikael . Perlahan kepala di angguk.
"Pastu ?"
"Dah,baru siap solat taubat. Maaf kan aku Mika "Mikael mengeluh. Dia menjemput Adhyan duduk.
"Kau patut minta maaf pada-Nya bukan lah pada aku"
"Ada apa kau datang?" Adhyan bertanya. Sebelum Mikael menjawab Ilham tiba.Adhyan menjemput ilham masuk walaupun tahu dia akan masuk walau tidak di jemput.
" Bagus la ilham dah sampai , mari sini aku nak bagitahu pasal Adellya'' Ilham duduk dan menghulurkan sebuah gambar.
"What is this?" Soal Adhyan kerana bingung.Apasal beri gambar ni kat aku?
"Tempat dimana bini kau tinggal dengan jantan bingai tu" Adhayan sedikit terkejut.
"Ilham diam-diam pasang tracker di kereta Iqbal jadi ini gambar tempat tu."Mikael menjelaskan pada Adhyan.
Rumah usang ni yang isteri aku duduk selama ni? Tak guna punya jantan. Apa yang dia dah buat pada isteri aku .
"Kau..nak pergi?" Soal Ilham.
"Nanti dulu. Mesti dia ramai orang dia kat sana kan? Apa kata kau cuba cari mana Adellya duduk and dengar apa perbualan dia " cadang Adhyan.
Dia sudah tidak kesah lagi sama ada Adellya tak mahu tengok muka dia ke atau benci sekali pun.Yang penting isterinya selamat dan dia jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Selanjutnya bincang dengan cara baik.
YOU ARE READING
MUALAF
Romantizm[ SLOW UPDATE ] if mempunyai kesabaran yang cukup tinggi boleh baca. "ᴅᴀʜ sᴜᴋᴀ ᴛᴀᴋ ᴍᴇɴɢᴀᴋᴜ" "Iʏᴀ sᴀʏᴀɴɢ sᴀʏᴀ ᴍᴇᴍᴀɴɢ sᴜᴋᴀ ᴀᴡᴀᴋ,sᴀʏᴀ ᴄɪɴᴛᴀᴋᴀɴ ᴀᴡᴀᴋ" sᴇɪɴᴅᴀʜ ɪᴛᴜ ᴄɪɴᴛᴀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ?ɴᴀᴍᴜɴ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴊᴀᴅɪ ʙɪʟᴀ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇʀᴀᴍᴘᴀs ᴍᴇɴᴅᴇᴋᴀᴛɪ? "ᴅɪᴀ ᴅᴀʜ ʙᴇʀᴜʙᴀʜ,ᴀᴡᴀᴋ...
