Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
Huh!
Seperti disentak dalam tidur, Qaseh terjaga di kelam malam. Hampir setiap minggu pasti dia akan mengalami mimpi yang sama.
" Allahuakhbar," Qaseh meraup wajah sebelum memandang ke arah sisi katil yang kosong.
Ke mana Qarl pergi?
Memang dia akan ditemani oleh anak teruna yang seorang itu memandangkan bilik ini tersangatlah luas untuk diduduki seorang diri.
Macam mana lah Jason boleh tidur keseorangan waktu kesunyian malam menjelma?
Qaseh lantas menggeleng. Kenapa Jason masih kukuh dalam ingatan? Sepatutnya dia perlu berusaha menghapuskan Jason sedikit demi sedikit.
Tarikh untuk mereka taaruf itu hampir dekat. Ada dalam lagi beberapa hari sahaja. Dan perkara ini masih belum diberitahu pada Qarl Al-Haq.
Qaseh mengigit bibir. Apa lah penerimaan Qarl Al-Haq kalau dia cakap dia nak berkahwin dan hidup bersama dengan lelaki yang baru kenal untuk jangka masa yang lama?
Perlahan dia bangun lalu berjalan keluar bilik untuk mencari anaknya.
Seakan tahu ke mana arah tuju anaknya, dia tersenyum saat sampai di muka pintu dapur.
" Kenapa Qarl lapar tak bagitahu mummy?"
Qarl Al-Haq dengan mulut penuh dengan biskut coklat dan susu krim penuh menoleh pada Qaseh. Lantas, senyuman tersipu malu terukir.
" Kalau tak mummy boleh masakkan Qarl masakan sedap,"
" Qarl tak nak susahkan mummy. Qarl pun dah habiskan baki muffin yang mummy buat. Sedap sangat,"
Hm baik sangat anak aku ni.
Qaseh menapak mendekati seraya duduk di sebelah kerusi meja makan Qarl Al-Haq.
" Mummy pula kenapa terjaga? Mummy mimpi daddy lagi ya?"
Qaseh tersenyum hambar. Tekaan Qarl itu sememangnya tepat. Sudah faham anaknya itu jika dia terjaga dikala malam.
" Daddy tinggalkan mummy lagi? Lepastu siapa lelaki yang berjubah putih tu?"
Qaseh menggeleng perlahan. " Mummy tak nampak muka dia sebab mummy asyik sangat tengok daddy pergi jauh daripada kita,"
Qarl terus menepuk belakang tangan Qaseh dengan sangat lembut. " Qarl takkan pernah tinggalkan mummy,"
" Aww... Terima kasih, sayang," Qaseh mencubit pipi Qarl dengan perasaan terharu.
" Alang-alang Qarl bangun ni, mummy ada nak tanya pendapat Qarl. Mummy nak cakap ni sebab mummy tahu Qarl dah besar. Dah faham situasi jadi mummy tak nak sebab keputusan mummy secara melulu nanti akan membuatkan Qarl tak suka," Berhati-hati Qaseh berbicara lembut sambil tepat memandang mata Qarl Al-Haq.
" Apa dia tu, mummy?" Qarl Al-Haq mula mengubah tempat menghadap Qaseh. Perbicaraan hati ke hati antara anak dan ibu telah bermula buat pertama kali.

YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romance𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...