P R O L O G

17.9K 269 1
                                    


Malissa memandang diam ke arah lelaki yang berdiri di hadapan pintu apartment nya. Keadaan lelaki itu boleh di kata sungguh tidak terurus.

Hujan makin lebat turun membasahi tanah. Dapat dia bau air hujan yang datang daripada lelaki ini.

Lelaki itu masih menunduk. Entah sampai bila dia ingin begini. Rasa kasihan mula timbul.

"Masuk dulu. Keringkan badan." Ringkas Malissa mengarahkan.

Tidak cakap banyak, lelaki itu dengan cepat meloloskan tubuhnya ke dalam. Tubuhnya sudah kesejukan.

Lelaki itu hanya berdiri melihat Malissa mengambil tuala lalu di serahkan kepadanya. Tapi huluran itu tidak di sambut.

Malissa mengeluh lemah.

"Duduk"

Perlahan punggung lelaki itu menyentuh sofa. Boleh dirasakan sofa itu sudah basah kerana air mula menitik daripada bajunya. Tetapi gadis itu kelihatan tidak kisah.

Malissa mula mengesat rambut lebat itu dengan tuala kecil yang berada di tangannya. Tidak ada sebarang suara daripada meraka.

Daripada rambut turun ke dahi lalu ke pipi dan perlahan-lahan turun ke leher. Tangan Malissa di letakkan pada bahu bidang lelaki itu. Mata mereka mula bertemu. Perasaan berdebar yang sering dia rasakan sedang berlaku ketika ini.

Malissa memandang lembut wajah lelaki itu. Rasa menyesal nya mula hadir.

Malissa memegang lembut pipi kiri lelaki itu membuatkan dia sedikit tersentak.

"Faliq"

Melihat lelaki ini seakan-akan hancur dan rapuh membuat dia berasa sakit. Lelaki yang malang.

Faliq memejam mata cuba merasakan hangat tapak tangan gadis itu.

Kenapa?

Kenapa dia rasa selesa dengan Malissa sedang kan gadis ini telah menghancurkan hidupnya.

"I'm sorry"

Faliq membuka mata apabila dia mendengar sebutir ayat itu. Matanya mula menghasilkan air jernih.

Melihat lelaki itu mula menangis, Malissa terus mendakap tubuh sasa itu. Tubuhnya sedikit tenggelam dalam pelukan Faliq memandangkan lelaki itu lebih besar daripadanya. Terhinggut bahu itu menangis.

Apabila dia merasakan tangisan Faliq mula mereda, Malissa menolak perlahan tubuh itu. Kedua-dua belah pipi Faliq dipegang, air mata di sapu.

"This is my fault. I'm really sorry."

Tidak henti-henti mulut itu mengatakan kata maaf. Membuatkan Faliq makin menangis.

Dalam tangisan lelaki itu masih membalas "Tak. Sampai mati aku tak akan maafkan kau"

Malissa hanya mengangguk.

"Then don't. Awak tak perlu maafkan saya."

Malissa masih memegang pipi Faliq, lelaki itu tidak menepis bahkan hanya membiarkan sahaja gadis itu menyentuh nya sesuka hati.

Mereka merenung ke arah anak mata masing-masing. Menyalurkan sesuatu di situ.

Merah sudah hidung dan mata Faliq akibat tidak berhenti menangis.

Kalau dulu dia akan menganjing jika lelaki ini menangis tetapi sekarang dia ingin tetap berada di sisi Faliq sehingga lelaki itu berasa lega.

"You said I will get my karma. Saya tak akan bahagia. Saya tak akan bersama dengan orang yang saya cinta.... "

Malissa memejam mata terasa nyeri dadanya. Sakit.

"It's happening Faliq."

Faliq memandang Malissa dalam. Cuba mencerna ayat gadis itu.

"I love you"

Tersentak lelaki itu dengan pengakuan Malissa. Sungguh dia tidak sangka.

Malissa memberi senyuman manis kepada Faliq. Lagi sekali lelaki itu terpana.

Perempuan yang selama ini angkuh dan sombong memberikan senyuman kepadanya.

Senyuman ikhlas.

Tangan kecil itu mula mengenggam tangan Faliq.

"It's not your fault. Awak boleh blame saya sepenuhnya. Kalau masa boleh putar semula, saya tak akan buat semua tu."

Nonsense!

"I wish you always happy. Angel like you can't never be with someone like me... "

"So Faliq Irham... "

Nafasnya ditarik dalam.

"Let's not meet again in future. If kita terserempak let's not say any word. And one day if you don't recognize me, I'll still love you"

Malissa tersenyum.

"I love you Faliq and I let you go"

Air matanya jatuh.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now