Malissa dan Idham hanya duduk diam di meja. Lelaki itu daripada tadi lagi memandang telefonnya.Selepas kejadian tadi, Faliq dan Khalis keluar berdua entah pergi kemana. Ditinggalkan Malissa sendirian di dalam pejabat. Lama pula tu!
Sampai lah Idham datang mengajaknya untuk lunch. Tetapi melihat air muka lelaki itu jelas lagi bersuluh yang Idham tidak rela makan berdua dengannya.
Apabila makanan sudah tiba Idham masih tidak cakap apa-apa. Makanannya tidak di sentuh malah dia masih sibuk dengan telefon.
Malissa mengeluh.
Baru sahaja Malissa ingin menyuap nasi goreng ke dalam mulut ada seorang manusia yang berdiri tegak di tepi meja mereka.
"Idham!" Bergema suara wanita itu.
Malissa memandang ke arah gerangan pemilik suara itu sebelum dia memandang ke arah Idham. Siapa pula ni?
"Oo. Patut I ajak you lunch you tak nak! Rupanya pergi makan dengan perempuan lain!"
Ludah Malissa ditelan. Terasa dejavu.
Orang disekeliling mula memandang.
"Excuse me miss. For your information, this is my boyfriend. Kalau you tak nak senasib dengan I lebih baik you tinggal kan dia ni. Dasar kaki curang!" Kata gadis itu sambil berpeluk tubuh. Dijeling tajam wajah Idham.
"Err.. Saya rasa awak dah salah faham ni"
Gadis itu tergelak sinis. Salah faham apanya! Dah sah-sah makan berdua di sini. Nak salah faham apa lagi!
"Mawar.." Panggil Idham perlahan. Ditarik lengan gadis itu untuk turut duduk bersama. Gadis itu perlu ditenangkan sebelum perangai 'bimbo' nya mula keluar. Idham cukup kenal sangat dengan sifat baran Mawar.
Dia tidak mahu siapa-siapa ada dalam masalah sekarang ini. Orang ramai pun sudah sepenuhnya memandang ke arah meja mereka.
Mawar menepis kasar tangan itu tetapi dia tetap duduk di sebelah Idham.
Idham mengeluh.
"Ni Malissa. Dia sama tempat kerja dengan saya" Jelas Idham. Mawar masih diam tidak membalas.
Mawar berpeluk tubuh sambil memandang ke arah lain. Tidak betah dia ingin memandang wajah lelaki itu. Sakit hati!
Malissa pula hanya diam memerhati pasangan itu. Dia tidak tahu pula Idham sudah mempunyai kekasih. Jangan salah faham, dia tidak kecewa cumanya err.. Idham ada girlfriend?
Pftt macam mana lah agaknya lelaki itu mengorat.
"PA Faliq" Sambung Idham lagi. Terus tertoleh wajah Mawar.
"Sejak bila pula Faliq tu ada PA? Tak cukup ke dia menyusahkan you. Sekarang ni nak menyusahkan orang lain pula?" Ugh dia memang tidak suka lelaki yang bernama Faliq itu!
Malissa di tepi sudah menahan tawa. Suka betul dia dengar apabila ada yang mengutuk Faliq.
Idham menjeling Malissa tajam. Terus mati tawa Malissa.
Mawar memandang ke arah Malissa simpati.
"Mesti you rasa nak berhenti kan tapi tak boleh sebab Faliq suka paksa-paksa" Kata Mawar sayu. Tiba-tiba sahaja nada bicara gadis itu berubah. Tidak ada lagi wajah bengis.
Malissa hanya mengangguk sedih. Layan kan aje lah. Malissa tersenyum kecil konon dia sekarang memang teraniaya.
Tiba-tiba Mawar memukul bahu Idham kuat membuat kan Idham mengaduh kesakitan.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
Chick-LitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...