Sudah seminggu selepas kejadian itu, Faliq dan Malissa tidak bertegur. Mereka semua buat hal masing-masing sahaja. Boleh kira pakai jari berapa kali sahaja mereka bersua muka.Malissa terasa seperti haiwan yang dipelihara di dalam rumah ini kerana Faliq sentiasa membeli makanan untuknya lalu ditinggalkan begitu sahaja di meja.
Setiap hari begitu. Bila Malissa bangun sahaja, makanan yang di letak kan di dalam polisterin pasti sudah ada di atas meja.
Sudah muak dia makan makanan yang dibelikan oleh Faliq.
Faliq tidak lagi masuk ke dalam bilik mereka. Selalunya lelaki itu akan mengecas telefon atau mandi di situ tetapi tidak ada sama sekali.
Kadang-kadang Faliq tidak balik ke rumah. Pernah sekali, Malissa menunggu Faliq sampai pukul 2 pagi tetapi batang hidung lelaki itu pun tidak nampak.
Jelas lah di sini Faliq memang mengelak daripada bertembung dua mata dengannya.
Sebab apa? Sebab dia ternampak Faliq menangis? Sungguh tidak logik!
"Meow.." Malissa mencangkung untuk membelai anak kucing yang daripada tadi lagi bergesel pada kakinya.
Selama seminggu ini, anak kucing ini menjadi penemannya.
Manja kucing itu bergolek-golek minta dibelai. Tersenyum Malissa.
BAM!
Tersentak Malissa, refleks Malissa bangun apabila terdengar bunyi dentuman pintu. Malissa menoleh ke arah pintu.
Faliq sudah pun balik memandangkan hari pun sudah petang. Wajah Faliq kelihatan lesu dan letih.
Faliq sedikit terkejut melihat Malissa ada di ruang tamu kerana biasanya gadis itu tidak keluar bilik.
Tiba-tiba terasa kekok.
Malissa menyambung semula bermain dengan anak kucing. Diabaikan sahaja kehadiran Faliq.
Faliq bukan nak tegur dia pun! Malissa menggengam penumbuknya apabila dia mendegar pintu bilik ditutup.
See? Kan dia dah cakap Faliq tak nak tegur dia!
Faliq naik ke atas untuk mandi. Letih rasa badan harini. Bukan setakat badan letih, otak dia pun sakit. Kebelakangan ini memang dia sibuk dengan kerja-kerja di pejabat!
Faliq merebahkan tubuh di atas tilam cuba untuk melelapkan mata sebentar. Belum sempat mata itu tertutup, tubuh itu tegak bagun. Faliq menepuk dahinya.
"Macam mana pula boleh lupa beli makanan Malissa." Gumam Faliq perlahan.
Dia dah ingat nak singgah tadi, cumanya harini rasa letih tu lain macam sehingga dia terlupa membelikan Malissa nasi.
Pasti gadis itu lapar.
Faliq bangun. Laju kaki itu melangkah turun ke bawah. Dia melihat Malissa masih di situ. Bermain dengan anak kucing.
Faliq mendekati tubuh itu. Malissa sedikit terkedu melihat Faliq sudah berdiri di tepi nya. Tetapi dia hanya berlagak biasa.
Lagi sekali Malissa mengabaikan Faliq. Buat apa nak layan kalau Faliq sendiri pun tidak kisahkan nya selama seminggu.
"Kau dah makan?" Tanya Faliq.
Malissa tersenyum sinis mendengar soalan tiba-tiba itu.
Gila ke?
Malissa bangun untuk pergi ke dapur dia ingin membasuh tangannya. Tangannya sudah kotor dengan bulu kucing.
Belum sempat Malissa melepasi tubuh Faliq, lelaki itu menarik lengan Malissa. Malissa merentap kasar tangan itu. Terlepas pegangan Faliq.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
ChickLitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...