Malissa berlari anak menuju ke arah pintu apabila dia mendengar bunyi enjin kereta. Senyuman lebar menghiasi bibirnya. Faliq sudah pulang!
Tangan itu laju membuka pintu. "Awalnya awa-.. " Senyuman Malissa serta-merta mati.
Baru sahaja tangan itu mahu menutup semula pintu, Nasyriq sudah menolak kuat pintu tersebut. Membuatkan Malissa mengundur kebelakang.
Malissa menelan ludah.
"Woah. Faliq tak pandai ajar isteri untuk hormat tetamu ke?" Kata Nasyriq. Dia mula melangkah masuk ke dalam manakala Malissa mula berundur ke belakang.
"K-enapa datang sini? Kan saya dah cakap haritu kalau nak jumpa Faliq cari dia dekat office!" Bergetar bibir Malissa berkata.
Nasyriq ketawa sinis.
"Jumpa Faliq? Aku datang bukan nak jumpa Faliq."
Nafas Malissa tertahan.
"Aku datang nak jumpa kakak ipar aku." Sambung Nasyriq dengan senyuman mengerikan.
"Saya tak nak jumpa awak. Jadi tolong keluar sebelum Faliq balik." Kata Malissa berbisik. Dia tidak mahu Faliq marah lagi kepadanya!
Nasyriq mencebik bibirnya mendengar rayuan itu.
"Aku datang saja je nak bincang sikit~" Meleret Nasyriq berakata.
Lelaki ini sungguh degil! Apa dia tak faham bahasa ke?!
"Saya tak nak cakap dengan awak!!" Bentak Malissa. Kuat suara itu menengking. Berombak dadanya menahan amarah.
Nasyriq mula duduk di atas sofa panjang. Dia memandang Malissa yang masih tegak berdiri sambil merenungnya tajam, menentang hebat keberadaan nya di sini.
Sekarang dia faham. Mengapa Faliq suka sangat akan gadis ini.
Nasyriq menyilang kakinya. Dia pura-pura memandang sekeliling ruangan rumah itu.
"Boleh kau stay sini dengan Faliq tanpa tahu sebabnya.. "
Berkerut dahi Malissa cuba memahami ayat itu.
"Maybe kau ni.... " Nasyriq diam seketika. Dia mengetuk tepi kepalanya menggunakan jari telunjuk.
"..... sakit otak" Sambung Nasyriq dengan senyuman sinisnya.
Berderau darah Malissa mendengar kutukan itu. Dia ingat dia siapa nak cakap orang sakit otak?!
"Tapi aku rasa orang macam kau tak kisah hidup dalam keadaan macam ni asalkan mewah.. " Kata Nasyriq lagi. Tangannya didepakan lalu dia ketawa sinis. Sengaja memprovok Malissa.
Malissa mengetap giginya kuat. Penumbuk nya digenggam erat.
"Kau ingat aku nak tinggal sini ke?! Kalau bukan sebab abang kau tak culik aku, aku tak ingin lah duduk dalam rumah ni!!" Balas Malissa kasar. Gelaran nya sudah ditukar. Malissa kelihatan sungguh marah apabila dia dihina begitu.
Makin lebar senyuman Nasyriq dengan balasan itu. Inilah yang dia mahu Malissa katakan.
Lelaki itu mula bangun. Dia bergerak mendekati Malissa yang memandang nya tajam seolah-olah gadis itu sedang memikirkan agenda pembunuhan.
Nasyriq mendekatkan wajah mereka.
"Kau tak nak tahu kenapa Faliq bawa kau ke sini?" Tanya Nasyriq separuh berbisik. Dapat Malissa rasa nafas lelaki itu menampar telinganya.
Nasyriq tersenyum sinis melihat ekspresi wajah Malissa. Pasti gadis itu mula tertanya. Itu yang dia mahu kan!
"Semua yang terjadi dalam hidup kau, Faliq dah lama rancang. Kau ni macam boneka je bagi dia. Cuba kau ingat betul-betul... Betul ke kau tak pernah jumpa dia selama ni?"
YOU ARE READING
We'll Meet Again
Chick-LitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...