B A B 45 (+18)

9.6K 227 12
                                    

Akhirnya, selepas sebulan dia berjaya keluar daripada sini, dia kembali juga. Air mata dikesat kasar.

Wajah Izhar dan yang lain bermain difikiran nya. Sedih dan sayu wajah-wajah itu memandang nya untuk kali terakhir sebelum dia dipaksa ikut pulang oleh Faliq.

Malissa ingin sahaja meraung agar Faliq tidak mengambil nya daripada keluarga itu. Dia ingin tetap tinggal di situ tetapi dia tidak mahu perkara yang lagi parah berlaku.

Cukup lah kebun Izhar hancur. Malissa meraup wajahnya.

Faliq memandang belakang tubuh Malissa. Nafas dihela. Tubuh itu dihampiri.

"Mandi dulu lepas tu makan." Arah Faliq lembut sambil memegang bahu Malissa.

Malissa menepis kasar tangan Faliq. Wajah lelaki itu direnung tajam.

"Puas hati sekarang?" Soal Malissa. Faliq hanya diam.

"Mesti awak rasa awak hebat kan? Rasa dah menang sebab buat orang sesuka hati macam tu!" Sambung Malissa lagi. Ada nada perlian dalam ayat itu.

Malissa ketawa sinis. Rambutnya diraup kebelakang. Ingin sahaja dia tampar wajah itu.

Malissa menghapuskan jarak antara mereka berdua. Dia mendongak memandang wajah Faliq memandangkan lelaki itu lebih tinggi berbanding dengannya.

"Aku lebih rela mati daripada hidup dengan lelaki bangsat macam kau ni" Bisik Malissa perlahan. Gelaran nya sudah ditukar. Kesabaran nya sudah makin tipis apabila berhadapan dengan lelaki ini.

Faliq tersenyum sinis. Dia mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Malissa. Malissa sedikit pun tidak beranjak.

Tch!

"Too bad. Kau tak boleh mati selagi aku masih hidup. At least not under my roof"

Malissa berdecit sinis lalu diludah wajah itu. Mengeras rahang Faliq. Terus dicengkam pipi Malissa. Tidak terlalu kuat tetapi membuatkan muka itu makin mendongak ke atas mengadap wajah nya.

"Kenapa kau marah sangat ni em? Ke kau sedih sebab terpaksa tinggalkan jantan kau tu?" Tuduh Faliq.

Malissa membalas renungan Faliq tajam. Tidak habis-habis lelaki ini menuduhnya yang bukan-bukan!

Faliq menarik nafas dalam, dia juga membalas renungan tajam Malissa. Mata itu jelas sekali menunjukkan rasa benci yang tinggi terhadap dirinya. Tapi, ada dia peduli?

"Kau pergi mandi sebelum si bangsat ni yang mandikan. Aku tak nak ada bau-bau jantan tu dekat badan kau" Arah Faliq.

Faliq menolak pipi Malissa lalu dia mula melangkah untuk keluar daripada bilik.

"Kau nak pergi mana tu?! Aku tak habis cakap lagi! Pengecut bangsat!!" Jerit Malissa mula menggila.

Jeritan Malissa diabaikan. Faliq cuba pekak kan telinga.

Belum sempat tangan itu membuka pintu, Malissa menarik baju Faliq kasar agar lelaki itu memandang semula ke arahnya.

PANG!

Satu tamparan keras melekat pada wajah Faliq. Terasa sakit pipi itu kerana tamparan Malissa terkena tempat sama pipinya ditumbuk tadi.

Faliq memegang pipinya kejap. Dipandang Malissa tajam.

Malissa sama sekali tidak berasa gentar. Malah tangan itu masih mahu menambah lagi tamparan pada wajah Faliq tetapi lelaki itu sudah menahan terlebih dahulu.

"Aku punya lah tak nak gaduh dengan kau sekarang ni tapi kau ni memang meminta- minta!" Bentak Faliq kuat. Lengan kecil Malissa dicengkam kuat sampai merintih kesakitan gadis itu.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now