B A B 60

3.9K 162 16
                                    

Malissa kaku. Matanya masih memandang wajah lelaki berjambang itu. Lelaki itu kelihatan tidak terurus. Rambut depan nya menutup separuh mata dan rambut belakang nya sudah mula menyentuh bahu.

Nampak sungguh menyedihkan.

Malissa terus membuang wajah ke tepi.

"Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Soal Malissa dingin.

Faliq diam. Dia masih tidak percaya dia berdiri di hadapan Malissa.

Setelah sekian lama..

Malissa berdecit sinis.

"Of course lah awak tahu sebab awak memang akan cari saya sampai lubang kubur!" Bentak Malissa. Rasa marahnya tiba-tiba membuak-buak apabila melihat wajah Faliq.

Mata Faliq berkaca. Dia tidak berani untuk membuka mulutnya. Dia risau dia tersilap cakap dan Malissa akan lagi marah dengannya.

Mata Faliq perlahan-lahan melirik ke bawah. Ke arah perut Malissa yang makin membulat. Bergetar bibir Faliq.

Tetapi dia masih tidak ada keberanian untuk bertanya.

Dia takut dia kecewa.

Mata itu naik semula ke wajah Malissa.

Kalau ikutkan, ingin sahaja dia peluk tubuh itu. Dia ingin mencium setiap inci wajah gadis itu tetapi ditahan niat itu kerana dia tidak mahu Malissa menolaknya lagi.

Faliq menelan ludahnya. "B-oleh kita cakap sekejap?" Sungguh perlahan suara Faliq menampar gegendang telinga Malissa.

Malissa menggengam tapi bajunya kuat, cuba memberi semangat kepada diri. Dia tidak boleh termakan dengan wajah menyedihkan Faliq.

Pasti lelaki ini hanya berlakon sahaja!

"Saya kerja " Ringkas Malissa membalas.

Faliq memandang ke dalam cafe sebelum dia memandang semula ke wajah Malissa.

"Sekejap pun tak boleh?" Tanya Faliq lagi. Mata Faliq kabur kerana air mata. Dia sungguh ingin meraung kerana Malissa tidak ingin memberi peluang untuk dirinya mengatakan sesuatu.

Malissa mendengus kasar.

"Tak." Malissa mula jalan melepasi tubuh Faliq.

Faliq memejamkan matanya. Dia turut mengikut langkah Malissa. Tangan Malissa ditarik lembut. Sungguh lembut tetapi mampu membuatkan Malissa memberhentikan langkahnya.

"Please Malissa.... Aku janji tak lama. 10 minit. No! I mean 5 minit.. "

Malissa mengeluh panjang. Dia memusing badan nya.

"Saya kerja. Kalau awak nak cakap, tunggu sampai shift saya habis" Laju Faliq menangguk.

"Tapi lama sebab saya habis pukul 3" Sambung Malissa lagi. Dingin. Tangannya di rentap perlahan.

Faliq tersenyum hambar.

"6 years, 6 months.." Berkerut dahi Malissa.

"I waited 6 years, 6 months for you. Setakat beberapa jam lagi, aku masih boleh tunggu." Bergetar suara Faliq.

Bergetar anak mata Malissa memandang ke dalam anak mata hitam Faliq. Malissa menelan ludah. Jantung nya mula memainkan peranan. Tak! Dia perlu kuat! Tidak boleh termakan dengan kata-kata Faliq.

Malissa berdehem sedikit sebelum dia masuk semula ke dalam cafe meninggalkan Faliq begitu sahaja. Sempat dia menjeling wajah Faliq.

8 jam sudah berlalu, masa kerja Malissa sudah tamat.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now