Faliq mula membuka matanya perlahan. Tidurnya terasa diganggu disebabkan oleh cahaya matahari yang mula masuk di celah langsir tingkap.
Faliq menarik nafas dalam. Dia mengeliat untuk merenggangkan segala sendi otot. Terasa lenguh badan kerana tidur dalam posisi yang sama.
Mata itu mula berkelip-kelip. Pandangannya mula menjadi jelas. Faliq memandang ke sebelah.
Malissa sudah tidak ada di sisi!
Terus segar biji mata Faliq. Tubuh itu terus tegak. Dipandang ke segenap ruangan bilik.
"Malissa?" Panggil Faliq. Cuba memanggil, jikalau gadis itu berada di dalam bilik air.
Hening.
Faliq mula bangun.
"Malissa?! " Panggil Faliq lagi. Kali ini dapat didengar nadanya mula meninggi.
Pintu bilik dibuka kasar. Kaki panjang nya mula berlari menuruni anak tangga.
"Malissa!!" Jerit Faliq. Dipandang seluruh ruang tamu. Kelibat gadis itu tidak kelihatan! Jantung mula berdegup kencang. Tidak tahu mengapa dia rasa tidak sedap hati jika tidak melihat wajah Malissa di sisi sebentar tadi.
Dada Faliq mula berombak. Tangan terasa sejuk.
Malissa sudah lar... Tidak! Faliq menggeleng kepala, cuba membuang hal-hal buruk dikepala.
"Faliq?" Terus Faliq menoleh ke arah suara yang memanggil.
Malissa sedang berdiri di tengah dapur sambil memandang Faliq dengan wajah kehairanan. Berkerut wajah Malissa apabila melihat wajah Faliq yang seakan-akan disampuk hantu.
Pernafasan Faliq mula kembali normal apabila melihat wajah Malissa. Dia menghela nafas lega sebelum kaki itu laju bergerak mendekati Malissa.
Air mata yang tidak sempat jatuh tadi dikesat cepat.
"Kau pergi mana?" Tanya Faliq.
"Saya ada dekat belakang rumah. Kenapa?" Balas Malissa bingung.
Faliq merenung wajah Malissa lama sebelum dia menundukkan kepalanya.
"Aku ingat kau lari lagi.. " Balas Faliq perlahan. Bergetar suara itu.
Malissa terdiam. Tiba-tiba Malissa teringat perbualan mereka semalam. Dia tidak tahu mengapa Faliq berperangai aneh seperti ini.
Bila ditanya, lelaki itu hanya diam sahaja sehingga akhirnya mereka terlelap.
Malissa mengeluh panjang. Dia mula bergerak ke arah singki.
"Awak pergi naik mandi dulu. Lepas tu, turun makan" Kata Malissa sambil mencuci tangan di singki.
Faliq mengangkat kepala, memandang belakang badan Malissa yang sibuk melakukan sesuatu di singki.
Faliq seperti orang bodoh yang masih berdiri tegak di tepi meja makan. Mata itu setia memandang pergerakan Malissa. Malissa nak masak? Wow...
Ini pertama kali dia melihat Malissa memasak. Sebelum ini hanya dia sorang sahaja yang menggunakan dapur. Tetapi dia tidak kisah akan hal itu.
Malissa mengerling sekilas, dia mengetap giginya geram. Dia memusing memandang ke arah Faliq. Pinggang di cekak
"Sampai bila nak berdiri macam tu?"
"Huh?"
Malissa mengulingkan matanya ke atas. Dengan tak pakai bajunya, rambut serabai, pakai boxer, lepas tu ada hati nak pandang orang macam tu?!
"Kalau awak tak mandi, saya tak nak bagi awak makan" Ugut Malissa.
Cemberut terus muka Faliq. "Apa salahnya aku makan dulu baru mandi!"
YOU ARE READING
We'll Meet Again
ChickLitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...