"Siapa yang buat?" Untuk kesekian kalinya Malissa menyoal. Dua beranak itu hanya diam. Kepala menunduk. Masing-masing tidak mahu mengaku.
Malissa merenung tajam wajah Faliq dan Myra. Gadis kecil itu juga turut menutup mulutnya."Myra?!" Terkejut beruk Myra apabila namanya di seru. Gadis kecil berumur 2 tahun itu memandang wajah bengis Malissa.
"Myra yang buat?" Berkelip-kelip mata gadis kecil itu tidak faham apa yang diucapkan tetapi dia tahu yang ibunya itu sedang marah.
"Siapa yang buat?!" Tahap kesabaran Malissa sudah habis. Dia dah lah letih!
Malissa baru sahaja mengemas rumah siang tadi dan dia masuk berehat ke dalam bilik sekejap dan akhirnya terlelap.
Apabila dia tersedar, alangkah terkejutnya dia melihat ruang tamu sudah habis bersepah dengan bulu-bulu halus. Tidak sah lagi bulu-bulu itu semua datang dari bantal yang melepet di atas lantai.
Berasap terus kepala Malissa melihat keadaan rumah mereka!
Faliq di tepi masih diam. Baik diam daripada menjawab. Sebab dia tahu kalau dia buka mulut keadaan menjadi lagi teruk huhuhu.
"Faliq!"
"Ha?!" Kali ini giliran Faliq pula terkejut.
"Eh mana aku tahu." Jawab Faliq cuba berdalih. Belakang leher digosok. Seram dia melihat wajah garang Malissa.
Faliq sempat mengerling sekilas ke arah anaknya itu. Myra sudah memandang nya tajam. Pasti gadis kecil itu marah kepadanya kerana punca ini semua berlaku adalah disebabkan Faliq.
Maafkan ayah mu ni nak...
Faliq membuang wajah ke tepi.
"Habis tu. Siapa yang buat!! Tak akan lah jiran sebelah pulak?!" Bergema suara Malissa.
"Ha memang Danish ada datang tadi. Maybe dia main dengan Myra." Tiba-tiba nama Danish disebut.
"Halah biasalah budak-budak.. " Sambung Faliq lagi. Kepala Myra diusap lembut.
Padahal Faliq yang mengajak Myra untuk bermain perang bantal. Sampai habis segala bulu bantal terkeluar. Dah macam salji!
Malissa diam.
Myra mula menguap. Faliq terus mendukung tubuh kecil itu.
"Myra dah mengantuk. Jom kita ti.. " Ayat Faliq terhenti apabila Malissa mula membuka langkah meninggalkannya dengan Myra.
BANG!
KLIK!
Malissa sudah meloloskan diri ke dalam bilik dan pintu dikunci dari dalam. Faliq sedikit terkejut dengan sikap Malissa.
Kaki Faliq dibawa ke dalam bilik Myra lalu diletakkan perlahan-lahan tubuh itu di atas katil. Dikucup lembut dahi gadis kecil itu sebelum Faliq menutup rapat pintu bilik.
Faliq mengeluh.
Faliq perasan kebelakangan ini, Malissa kelihatan sedikit emosi. Perkara kecil pun boleh diperbesarkan sehingga boleh jadi pergaduhan dan end up Faliq sendiri yang akan meminta maaf.
Tidak mahu memanjangkan cerita.
Faliq cuba faham Malissa. Mungkin gadis itu letih menjaga Myra dan mengemas rumah seorang diri memandangkan Faliq sudah mendapatkan semula hotelnya. Jadi dia agak sibuk kebelakangan ini kerana banyak perkara yang dia perlu uruskan.
Faliq mula rasa serba bersalah. Dipandang ruang tamu yang sudah bersepah itu. Kaki mula melangkah. Penyapu di ambil lalu semua bulu-bulu itu disapu rapi.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
ChickLitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...