B A B 25

5.4K 128 1
                                    


Perlahan kaki Malissa ikut masuk ke dalam. Dia tidak berani mengangkat wajahnya.

Dari dalam kereta tadi lagi Faliq hanya diam. Malissa tahu yang Faliq marah kepadanya. Lihat sahaja tadi bagaimana lelaki itu membawa kereta. Nyaris kereta mereka tidak  berlaga dengan kenderaan lain.

Faliq tidak ada bertanya tentang siapa Syahril, dia pun tidak mahu membuka cerita.

Malissa perlahan menaiki tangga menuju ke arah bilik. Dia ingin cepat-cepat pergi dari situ.

Belum sempat Malissa menutup pintu, ada satu tangan yang menahan. Terkejut Malissa. Dia tidak sedar yang langkahnya diikuti oleh Faliq.

Garang wajah Faliq menyapa pada pandangannya.

Malissa menelan ludah.

"Siapa lelaki tadi?" Soal Faliq. Daripada tadi dia tahan untuk tidak bertanya. Risau lain pula jadi bila mereka masih berada di dalam kereta.

Faliq kenal semua lelaki yang pernah ada hubungan dengan Malissa sebelum ini kerana dia dan Idham pernah menyelidik tentang Malissa tetapi kenapa dia tidak pernah kenal lelaki tadi?

Bukan setakat tidak kenal malah wajah itu pun dia tidak pernah lihat!

Malissa memandang ke arah lain. Takut dia melihat Faliq begitu.

Faliq mencengkam kuat pipi Malissa membuatkan wajah itu menghadap ke arah wajahnya. Memaksa Malissa merenung matanya.

"Aku tanya jawab!"

"S-aya tak tahu... "

Makin kuat cengkaman pada pipi Malissa. Merintih kesakitan gadis itu.

"Kau jangan nak tipu aku. Dia tahu nama kau! Macam mana pula kau tak tahu! " Tersentak tubuh Malissa dengan jerkahan Faliq.

Matanya mula berair. Tangan Malissa naik cuba merungkaikan cengkaman Faliq tetapi tangan itu kuat mencengkam. Sakit.

Malissa masih diam tidak menjawab. Gadis itu berdegil tidak mahu membuka mulut.

Faliq menolak wajah itu kasar. Malissa memegang pipinya. Terasa panas dan perit.

Mengeras rahang Faliq menahan emosi.

"Okay takpe. Kau tak nak jawab?" Faliq menangguk kepalanya membuat kan Malissa terasa seram sejuk.

"Kau jangan keluar dari bilik! Malam ni kau tak payah makan!" Malissa menunduk, kelihatan sedikit pun tidak peduli dengan ugutan itu.

Dia lebih rela tidak keluar bilik daripada ditanya tentang Syahril.

Faliq sudah membuka langkah untuk keluar dari bilik. Dia berhenti dan memandang Malissa yang masih berdiri di tengah ruangan bilik itu.

"Dan aku tak akan bawak kau jumpa Zafril sampai kau mampos!"

Dengar saja nama Zafril, Malissa terus berlari ke arah pintu, cuba mencapai tangan Faliq. Tetapi lelaki itu lebih pantas menutup pintu itu.

"Faliq!!" Malissa mengetuk pintu itu berkali-kali. Tombol pintu tidak boleh dibuka sama sekali. Faliq sudah mengunci nya dari arah luar.

"Faliq!! Buka pintu ni!!"

Faliq di luar hanya memandang pintu itu kosong sebelum dia pergi membiarkan Malissa menjerit membabi buta sepanjang malam.

Tubuh Malissa melorot jatuh ke bawah. Tangisan mula pecah. Faliq sentiasa ugutnya dengan membawa nama Zafril.

Dia sudah tidak tahan. Dia nak Zafril. Dia perlukan satu-satunya kawannya itu.

Dia rindu Zafril.


********************

Faliq membuka pintu itu perlahan. Terasa sejuk aircond mencengkam kulitnya. Dia memandang ke arah katil. Malissa sedang nyenyak tidur di situ.

Faliq mendekati Malissa. Dia merenung wajah sayu Malissa. Habis basah lencun wajah itu akibat menangis tidak henti-henti.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Terpampang nama Idham pada skrin. Cepat-cepat dia menekan punat merah. Risau tidur lena Malissa terganggu akibat bunyi deringan itu.

Sepatutnya, Faliq sudah berada di pejabat tetapi dia masih di sini.

Faliq mengeluh. Wajahnya diraup kasar.  Tiba-tiba dia ketawa sendiri. Seperti orang gila.

Hari perkebumian ibu Faliq dihadiri ramai kenalan. Faliq memandang tanah merah itu kosong.

Hujan mula turun. Orang ramai beransur-ansur pergi. Dia tahu kebanyakan dari mereka datang hanya sekadar ingin tayang muka sahaja bukannya bersedih atas pemergian ibunya.

Faliq bangun. Terasa lemah lututnya. Terhuyung-hayang tubuh itu berjalan pergi keluar dari perkarangan kubur.

"T-uan nak pergi mana? Biar saya tolong hantar" Faliq mengabaikan suara itu. Yang lain hanya diam memerhati tubuh tidak bermaya itu. Pucat sahaja wajah Faliq.

Rasa kasihan dengan anak majikan nya itu.

Hujan mula turun dengan lebat. Seakan-akan tahu tentang rasa isi hatinya. Dia berjalan mengikut kemana kakinya membawa.

Orang ramai yang lalu lalang di situ memandangnya pelik. Kenapa lelaki itu tidak memakai payung? Sedangkan hujan turun begitu lebat?

Tetapi Faliq sama sekali tidak kisah. Tidak ada lagi rasa malu dipandang oleh orang lain. Hidupnya betul-betul hancur sekarang ini.

Faliq jatuh terduduk apabila kakinya tidak mampu berdiri lagi. Tidak ada kekuatan lagi di situ. Habis bajunya basah. Air mata yang ditahan sejak tadi jatuh jua. Dadanya ditumbuk berkali-kali, cuba menghilangkan rasa sakitnya di situ.

"Arghhhh!!" Faliq mula meraung. Orang ramai mula berbisik. Tidak ada seorang pun yang datang ke arahnya dan menenangkan nya. Malah mereka memberi pandangan jelek kepada Faliq.

Hujan yang turun tadi mula tidak terasa pada wajahnya. Faliq mengangkat sedikit kepala. Dia melihat seseorang berdiri di hadapannya, memegang payung di atas kepala.

Gadis itu mencangkung, cuba melihat wajah Faliq. Dipegang lembut pipi itu.

"Awak okay?" Tanya gadis itu. Berkerut wajahnya kerana risau melihat Faliq begitu.

Bergetar bibir Faliq menahan sejuk dan tangisan. Hari ini... Pertama kali ada yang menanyakan soalan itu.

Faliq tersedar dari lamunannya apabila dia terasa ada benda sejuk yang memegang pipinya.

Kali ini terasa nyata.

Terkejut Faliq lalu ditolak sedikit kasar tangan itu. Malissa sudah terbangun.

Gadis itu nampak keliru tetapi dalam masa yang sama wajah itu sayu memandang ke arahnya.

Faliq mengesat air matanya kasar. Dibuang wajah ketepi tidak mahu Malissa terus menerus memandang wajahnya.

Faliq bangun lalu terus keluar meninggalkan Malissa sendirian.

Malissa hanya membiarkan tubuh itu pergi. Pertama kali dia melihat Faliq menangis...

Entah nak rasa kesian atau sebaliknya.

Dia pun tidak tahu.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now