B A B 21

5.1K 133 4
                                    


Pang!

Terteleng ke tepi wajah Faliq akibat tamparan berbisa Malissa. Terasa pijar pipinya.

Berombak dada Malissa. Kakinya juga terasa lemah berdiri di hadapan Faliq tetapi dia berpura-pura kuat dan berani untuk menghadapi lelaki ini!

Faliq menolak dinding pipi menggunakan hujung lidah. Boleh tahan.

Faliq memandang ke arah Idham, memberi signal supaya lelaki itu meninggalkannya bersama Malissa.

Idham mengangguk faham lalu dia mula melangkah keluar dari bilik itu. Ditutup rapat pintu bilik.

Kini tinggal lah mereka berdua.

"Z-afril mana?" Soalan pertama yang terpacul dari mulut Malissa.

Faliq kelihatan tenang berdiri di hadapan gadis itu. Malissa kelihatan pucat dan tak terurus

Faliq berdecit. Khalis ni memang tak boleh harap. Suruh tolong jaga kan Malissa sekejap pun tak boleh nak buat!

Malissa memandang Faliq yang berjalan melepasinya. Faliq membuka dua butang bajunya dan ditanggalkan jam tangan lalu diletakkan di atas meja.

Lelaki itu memandang ke arah bubur yang langsung tidak di sentuh itu sebelum dia memusing memandang ke arah Malissa.

"Kau tak makan?" Soal Faliq.

"Ke nak tunggu aku suap dulu baru nak makan?" Perli Faliq

Malissa mengigit bibir bawahnya kuat, terasa sakit hati mendengar ayat itu.

Malissa meluru perlahan ke arah Faliq. Mendongak sedikit kepala itu memandang wajah Faliq.

"Awak nak apa daripada saya sebenarnya?" Soal Malissa perlahan. Dia tidak mahu basa basi di sini.

Faliq ketawa sinis. Mengerut dahi Malissa.

"Kau betul nak tahu apa yang aku nak?" Soal Faliq dengan senyuman sinisnya

Melihat Malissa diam, Faliq mendekatkan wajah mereka. Malissa mengundur beberapa langkah tetapi tangannya ditarik oleh Faliq membuatkan dia tidak boleh bergerak.

Faliq menundukkan sedikit badannya untuk menyamai tinggi mereka. Berdegup laju jantung Malissa apabila wajah lelaki itu betul-betul rapat dengan mukanya.

"Kau tak ingat aku?" Soal Faliq tiba-tiba. Jari telunjuk diarah ke dirinya.

Bergetar anak mata Malissa merenung ke dalam anak mata hitam milik Faliq. Naik bulu roma Malissa dengan soalan itu, ditambah kan lagi wajah Faliq yang sungguh menggerunkan.

Tiba-tiba Faliq ketawa. Makin berkerut dahi Malissa. Lelaki itu seperti sudah hilang akal sihatnya.

Perlahan-lahan tawa itu mati. Faliq membuka laci meja lalu dikeluarkan sehelai kertas. Dihulurkan kepada Malissa.

Malissa memandang wajah Faliq dan kertas itu silih berganti. Teragak-agak tangan mengambil kertas itu daripada Faliq.

"A-pa ni... " Bergetar suara itu bertanya.

Faliq mengeluh malas. "Kau ni tak pandai baca ke"

Malissa mengetap giginya kuat. Dia pandai baca tapi apa semua ni?!

"Kalau dah habis baca. Sign dekat bawah tu" Sambung Faliq.

Belum sempat kaki itu membuka langkah, Malissa telah menarik tangan itu terlebih dahulu. Terhenti langkah Faliq.

"S-aya.. tak f-aham. Apa semua ni?" Tanya Malissa. Dia sungguh keliru sekarang ini. Mengapa dia perlu sign surat ini?!

"Sebab aku yang suruh" Tenang Faliq membalas.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now