B A B 39

4.7K 158 3
                                    


Hari-hari Faliq seperti biasa. Pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Sampai satu tahap dia sudah bosan dengan kitaran hidupnya.

Faliq berjalan longlai malas menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Tubuh sudah terasa lemah jadi dia perlu mandi.

Beberapa puluh minit kemudian. Faliq sudah siap memakai baju tshirt putih bersama seluar slack kelabu. Lelaki itu mula keluar dari biliknya dan menuju ke arah bilik Malissa.

Dia ingin melihat gadis itu. Setiap kali dia bersama Malissa, rasa letihnya kurang sedikit.

Faliq menolak pintu perlahan.

"Malissa?" Panggil Faliq apabila dia melihat gadis itu sedang terbaring mengiring membelakanginya.

Malissa tidak menjawab panggilan itu. Faliq mula naik ke atas katil, dia menarik perlahan tubuh Malissa tetapi Malissa mengeraskan tubuhnya.

Berkerut dahi Faliq.

"Kau kenapa ni?" Tanya Faliq.

Malissa mengatakan sesuatu tetapi Faliq tidak dapat mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Malissa kerana gadis itu mengecilkan tubuhnya seperti tenggiling.

Lagi sekali tubuh Malissa ditarik. Akhirnya tubuh itu sudah terlentang memandang Faliq.

Alangkah terkejutnya Faliq apabila melihat wajah Malissa yang sudah basah lencun kerana air mata.

Faliq mula kalut.

"Kenapa ni?! Kau sakit ke?"

Malissa mengangguk perlahan. Esakan Malissa makin kuat.

"Sakit dekat mana?!" Tanya Faliq kalut.

Malissa memegang perutnya perlahan.

"Kau sakit perut?" Lagi sekali Malissa mengangguk.

"K-au nak pergi klinik?"

Malissa menggeleng. Tangisan gadis itu makin kuat membuatkan Faliq bertambah risau.

Perut kempis Malissa dipegang lembut. Faliq memandang ke arah rak meja sebelum dia bangun dan membuka rak itu. Minyak angin diambil.

Faliq duduk kembali di atas katil lalu dengan selamba nya dia menyelak baju Malissa ke atas. Terpampang perut Malissa.

Malissa tidak berdaya untuk menghalang, jadi dia membiarkan sahaja. Perut dan pinggang nya terasa sungguh sakit. Kepalanya turut berdenyut.

Faliq menuang sedikit minyak pada telapak tangannya lalu dia mengurut lembut perut Malissa.

Berkerut dahi Malissa kerana terasa senak apabila tangan kasar Faliq menyentuh di situ.

Malissa memegang tangan Faliq agar berhenti mengurut nya di situ.

"Sakit sangat ke?" Soal Faliq kedengaran polos.

Malissa mengangguk. Faliq membiarkan tangan hangatnya di atas perut kempis Malissa. Kerutan pada dahi Malissa sudah mula hilang. Terasa selesa apabila tangan besar itu memegang perutnya lembut tanpa sebarang pergerakan.

"Better?"

Malissa mengangguk. Faliq mula tunduk dan mendekatkan wajahnya pada perut Malissa lalu dicium perut gadis itu lembut.

Naik bulu roma Malissa dengan ciuman tiba-tiba itu. Merah wajahnya.

"S-aya nak tidur" Kata Malissa perlahan. Seakan-akan berbisik.

Malissa mengiring semula membelakangi Faliq. Dia ingin lelap sebentar. Mana tahu rasa sakit itu akan hilang.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Faliq mengetap bibirnya memandang belakang tubuh Malissa. Baru sahaja dia ingin menarik naik comforter tebal itu, dia terpandang satu tompokan merah.

Terbuntang mata Faliq apabila dia melihat tompokan merah itu datangnya daripada seluar Malissa.

"Darah!!" Jerit Faliq.

"Malissa you bleeding!!"

"Ha?!" Terkejut Malissa apabila Faliq menjerit di belakangnya. Dia terus bangun untuk melihat cadar katil. Dan ye! Ada darah di situ!

"K-ita kena pergi hospital! Kau duduk diam sini! Jangan bergerak! Aku pergi ambik kunci kereta dalam bilik aku kejap!!" Kata Faliq kalut. Wajah itu ketakutan. Mana tidak takut apabila dia melihat Malissa berdarah seperti itu!!

"Faliq!" Pergerakan Faliq terhenti apabila Malissa menjerit memanggil namanya. Tercungap-cungap Faliq.

Malissa mengeluh.

"Ni darah period"

"Darah what?!"

****************

Beberapa puluh minit kemudian Faliq muncul semula dengan bag plastik di tangan. Dia mengeluarkan semua jenis tuala wanita yang baru sahaja di beli di kedai berhampiran dengan rumahnya.

Malissa melihat kesemua jenis pad sudah diletakkan di atas katil.

"Saya suruh beli satu je yang awak beli sampai sepuluh ni kenapa?"

Faliq menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Malissa menggeleng kepala sebelum dia mengambil satu bungkus pad dan mula bangun.

Terasa senak perut apabila kaki mula menyentuh lantai.

"Nak aku tolong?" Belum sempat Faliq memaut lengan Malissa, gadis itu sudah menahan terlebih dahulu.

"It's okay." Kata Malissa perlahan. Kaki itu mula melangkah masuk ke dalam bilik air meninggalkan Faliq terpinga pinga di situ.

Faliq memandang ke arah cadar katil. Dia mula mencabut cadar dari penjuru katil satu persatu lalu Faliq memasukkan ke dalam bakul.

Faliq membawa turun bakul tersebut ke dapur. Dia ingin menyental cadar itu di bilik air bawah kerana bilik air dapur agak besar sedikit. Jadi lebih mudah dia mencuci cadar itu.

Langkah Faliq terhenti apabila loceng rumah berbunyi. Berkerut dahi Faliq. Tanpa teragak-agak, laju kaki itu menuju ke arah pintu utama.

Wajah Faliq mencuka apabila melihat gerangan yang datang.

"Kenapa tak angkat call?"

"Busy" Balas Faliq selamba. Dia melangkah semula ke arah dapur. Idham turut mengikut langkah Faliq. Ditutup pintu itu terlebih dahulu.

Idham hanya memerhati Faliq meletakkan bakul yang berisi cadar itu di lantai bilik air.

"Kau buat apa tu?"

"Kau buta ke?"

Idham mencebik mendengar balasan kasar Faliq.

"Kau apa hal datang sampai sini? Tak cukup 11 jam tadi pandang muka aku?"

Idham berdecit.

"Kalau kau angkat call aku tadi, takde maknanya aku nak singgah sini"

Faliq mencekak pinggang melihat Idham yang sedang bersandar pada dinding itu sambil memeluk tubuh.

"Kalau kau nak cakap pasal fly kita esok, aku tak nak pergi." Kata Faliq.

Terus Idham berdiri tegak.

"Eh mana boleh! Kau gila ke?!"

"Boleh. Sebab aku boss." Balas Faliq selamba.

Idham terdiam. Memang lah Faliq itu atasannya tetapi ini melibatkan banyak pihak! Kalau dia tangguh untuk pergi ke Amerika esok, bagaimana dia ingin memberi tahu staff lain?!

Idham mengeluh panjang. Dia menarik nafas dalam lalu hembus.

"Kenapa kau tak nak pergi?" Tanya Idham lembut.

Hening.

"Malissa sakit" Jawab Faliq. Berkerut dahi Idham.

"Sakit?" Laju Faliq menangguk.

"Dia sakit perut"

Berkelip-kelip mata Idham mendengar alasan itu. Sakit perut?!

Faliq tidak mahu selesaikan perkerjaan nya di Amerika kerana Malissa sakit perut?!!

Oh Tuhan!

"Seriously?!"

Faliq buat endah tidak endah sahaja. Dia mula mencuci cadar tersebut mengunakan tangan. Idham seakan tidak percaya melihat Faliq sudah berubah seperti itu.

"Lantak kau lah" Kata Idham lalu dia mula keluar daripada rumah agam itu.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now