"Kau tak ingat aku Malissa... "Hening.
Berombak dada Malissa memandang wajah Faliq. Wajah itu sudah bertukar sayu. Tidak ada lagi wajah bengis dan menggerunkan.
Faliq menahan kedua tangannya di tepi kepala Malissa, cuba melihat reaksi gadis itu.
Malissa membuang wajah ketepi.
"Tch.. "
Faliq terkedu. Malissa ketawa?
Perlahan-lahan tubuh Faliq bangun. Malissa ketawakan nya. Senyuman sinis Malissa seakan-akan mengejeknya.
"Kau rasa aku akan ingat manusia bangsat macam kau ni?" Kata Malissa perlahan. Panggilan nya sudah bertukar kasar.
Tubuh itu sudah duduk mengadap Faliq yang sedang berdiri kaku.
"Dalam mimpi kau je lah.. " Sambung Malissa lagi.
Bergetar anak mata Faliq mendengar. Dadanya terasa sakit. Faliq memandang ke tepi apabila dia merasakan air matanya akan jatuh. Terus laju baju di lantai dikutip lalu kaki itu terus berlari keluar dari bilik.
BAM!
Malissa memejam mata erat apabila pintu bilik sudah ditutup rapat. Dia memandang kosong ke arah pintu.
Wajah sayu Faliq masih terlihat di matanya. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati berkata begitu.
Walaupun kalau nak dibandingkan apa yang Faliq cakap tentangnya lagi teruk daripada apa yang dia cakap... Haih. Malissa mengeluh.
Dia tidak tahu mahu rasa apa sekarang ini....
************************
Faliq bangun dari duduknya apabila dia perasan akan kehadiran Malissa. Terus di angkat pinggannya lalu diletakkan ke dalam singki. Padahal baru dua suap nasi masuk ke dalam mulutnya.
Sudah tiga hari kejadian itu berlaku. Kali ini Faliq betul-betul mengabaikan nya kerana lelaki itu tidak lagi kisah tentang makan dan minum Malissa.
Malissa hanya makan maggie yang dibeli minggu lepas.
"Faliq.. " Panggil Malissa perlahan. Tetapi lelaki itu hanya endah tidak endah sahaja. Kaki Faliq berjalan menuju ke arah tangga, dibiarkan Malissa berdiri di situ.
Malissa menunduk. Dia cuba untuk bercakap dengan Faliq tetapi lelaki itu sikit pun tidak mahu memandang wajahnya.
Dia mengangkat kembali kepalanya apabila dia mendengar derapan kaki.
Faliq sedang berjalan menuju ke arah pintu utama. Laju kaki Malissa mengejar.
"F-aliq awak nak pergi mana?" Tangan Faliq ditahan. Laju Faliq menepis membuatkan Malissa sedikit terkedu.
Malissa tersenyum hambar. Mengapa lelaki ini berkelakuan seolah-olah dia yang mangsa? Aku yang teraniaya sekarang ini. Gumam Malissa di dalam hati.
Dia tidak boleh hidup dalam keadaan begini. Kalau Faliq betul-betul ingin mengabaikan nya. Berilah dia sedikit kebebasan! Jangan kurung nya begini!
"Ada benda yang saya nak cakap"
"Cakap lain kali. Aku sibuk"
Lagi sekali Malissa menahan langkah Faliq. Faliq mengetap giginya kuat.
"Sampai bila awak nak macam ni!"
Faliq mengeluh malas. Dia sudah muak dengan semua benda ini. Faliq mula melangkah kembali sebelum bahunya ditarik kasar oleh Malissa. Terundur sedikit tubuh itu.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
ChickLitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...