B A B 37 (18+)

9.2K 207 3
                                    

Pintu dibuka. Ruang tamu gelap gelita. Pasti Malissa sudah tidur memandangkan hari pun sudah lewat.

Faliq perlahan-lahan menaiki tangga. Bilik Malissa dituju lalu pintu dibuka perlahan. Tidak mahu Malissa tersedar dari lenanya.

Wajah Faliq sungguh kelihatan letih. Perjumpaan kembali dengan ayahnya bukanlah satu pilihan yang tepat.

Benda yang paling dia takut sekali sudah tiba. Ayahnya sudah tahu tentang Malissa.

Faliq menarik comforter tebal itu lalu dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Tubuh kecil Malissa ditarik masuk ke dalam pelukannya. Merengek Malissa apabila tidurnya diganggu.

"Shhh... " Faliq menepuk-nepuk belakang badan Malissa agar gadis itu terlena semula.

"Faliq.. "

Faliq terkejut lalu dia menolak sedikit badan Malissa untuk melihat wajah gadis itu.

Mata itu tercelik sedikit memandang ke arahnya, terus Faliq melepaskan pelukan. Malissa mengosok mata untuk menghilangkan rasa mamainya.

Malissa bangun sedikit untuk melihat wajah Faliq dengan lebih jelas.

"Awak baru balik?" Tanya Malissa lemah.

"Yelah. Tak akan lah aku baru nak pergi pula. Soalan tu tak boleh nak cerdik lagi." Jawab Faliq bengang.

Malissa mencebik bibirnya mendengar balasan pedas daripada Faliq. Masa macam gini pun masih lagi nak bertekak.

"Kenapa balik lambat? Penat saya tunggu." Kata Malissa lagi. Dia menunggu kepulangan Faliq sampai tertidur!

Faliq diam. Dia menyelit helaian rambut Malissa kebelakang telinga. Malissa masih menanti jawapan.

"Aku ada hal tadi." Jawab Faliq ringkas. Tidak pernah-pernah gadis ini bertanya, hari ini tiba-tiba pula nak tahu kenapa dia pulang lewat?

"Kalau aku lambat kau jangan tunggu. Kau tidur je."

Malissa mengeluh panjang.

"Susah lah saya takde telefon. Tak boleh tahu awak balik lambat ke tak."

Faliq berdecit sinis.

"Susah nak tahu aku balik lambat ke atau kau memang nak semula telefon kau tu?"

Malissa terkedu. Dia mengekek perlahan. Faliq menggeleng kepalanya. Panjang betul akal si budak Malissa ni.

"Saya bosan lah duduk rumah ni sorang-sorang."

"Kucing kau kan ada."

"Ish. Dia bukan boleh cakap pun! Awak tahu hari ni dia buat pasu belakang rumah tu pecah! Penat saya nak angkat. Dah lah pasu tu besar. Sakit pinggang saya!" Bebel Malissa panjang lebar. Faliq menongkat kepalanya mendengar segala bebelan Malissa. Tersenyum kecil Faliq melihat bibir kecil itu terkumat-kamit bercerita.

Tanpa Faliq sedar, rasa letih itu mula hilang. Masalah tadi pun sudah dia lupakan sebentar.

"Lepas tu, awak ni tak reti nak tarik balik ke cadar katil dalam bilik tu? Hari-hari saya yang nak kena kemaskan balik! Dah lah katil tu besar. Berpeluh saya nak kena pasang balik!"

Faliq mengetap bibirnya. Aik dia pula yang kena marah?!

"Aku takde suruh kau kemas pun bilik tu"

Malissa mendengus mendengar balasan Faliq.

"Habis tu, siapa yang nak kemas? Awak? Nugget?" Soal Malissa bengang. Berombak dadanya kerana bercakap dalam satu nafas sahaja. Fuh sudah lama dia tidak membebel begini.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now