B A B 58

3.6K 164 29
                                    

"Tengok apa?" Faliq sedikit tersentak apabila ada satu tangan memegang bahunya. Dia terus mengalih kan pandangan dari dua orang remaja yang berada di sebarang jalan.

Faliq sekarang berada di sebuah cafe. Dia dan rakan-rakan nya sedang sibuk melakukan assignment berkumpulan. Mereka semua sudah berada di tahun akhir sebelum mereka semua menjadi alumni. Faliq diam memandang ke arah skrin laptop.

Selepas ibunya meninggal 4 tahun yang lepas, Faliq jarang sekali pulang ke rumah. Dia memilih untuk tinggal sendiri dengan menyewa apartment di tengah bandar. Dato Sean tidak peduli apa yang dilakukan oleh Faliq dan Faliq sudah tidak ambil tahu langsung tentang apa yang berlaku di rumah agamnya.

Matanya sempat melirik ke luar kaca lutsinar itu. Mata itu terpaku pada gadis yang sedang berjalan bersama budak lelaki yang dia cukup kenal.

Sebenarnya, tidak dia sangka dia dapat melihat budak lelaki itu lagi. Selepas sekian lama...

Kecil betul bandar ini.

Mata Faliq masih tajam memandang ke arah gadis yang tersenyum bahagia itu. Tidak tahu apa yang lucu sangat sehingga gadis itu tersenyum lebar begitu.

Entah mengapa dia tidak boleh mengalihkan pandangan nya, seakan-akan dia telah dipukau. Faliq memandang sehingga tubuh dua orang remaja itu sudah hilang masuk ke sebuah kedai.

Faliq menarik nafas dalam. Laptop tiba-tiba ditutup. Yang lain terus memandang ke arah Faliq. Lelaki itu sudah mula menyimpan barangnya.

"Eh kau nak pergi mana? Kerja tak siap lagi." Kata salah seorang daripada mereka.

"Aku rasa tak sihat." Balas Faliq selamba. Tangan itu laju memasukkan semua barang ke dalam beg.

Belum sempat yang lain menghalang, Faliq sudah mula bangun dan berlari keluar daripada situ. Lelaki itu kelihatan tergesa-gesa. Semua orang di meja memandang dengan wajah menjengkelkan! Dasar tak boleh nak pakai!

Faliq sudah keluar dari cafe. Dia memandang kiri dan kanan sebelum melintas. Pintu kedai tersebut ditolak perlahan. Dapat dia dengar bunyi loceng di atas pintu apabila pintu itu terkuak lebar.

Faliq memandang sekeliling. Bau aroma buku-buku lama masuk kuat ke dalam rongga hidungnya. Kaki itu perlahan-lahan berjalan di setiap rak buku. Dia sungguh bencikan buku! Dia tidak habis fikir kenapa ada orang yang mampu baca semua buku-buku ini!

Matanya terpandang ke arah sosok tubuh kecil yang kelihatan kesulitan untuk mengambil sebuah buku yang diletakkan tinggi di atas rak. Terlompat-lompat gadis itu cuba mencapai buku tersebut. Faliq memandang sekeliling. Tidak ramai yang ada di sini. Gadis itu masih tidak sedar yang Faliq sudah berdiri dibelakang nya.

Tanpa Faliq sedar, tangannya mula mencapai buku itu. Automatik, kepala gadis itu berpusing. Mata mereka bertembung.

Gulp. Tertahan nafas Faliq melihat mata bulat gadis itu memandang ke arahnya.

"T-erima kasih" Kata Malissa sambil mengambil buku pada tangan Faliq. Faliq diam tidak membalas. Matanya masih lama merenung wajah Malissa membuatkan gadis itu berasa tidak selesa.

"Malissa!!" Kedua pasang mata itu terus menoleh ke tepi. Mata Faliq dan Zafril bertembung.

Tetapi Zafril nampak seperti biasa sahaja. Lelaki itu mula mendekat.

"Kenapa ni?" Tanya Zafril hairan. Wajah Malissa dan lelaki tinggi yang berdiri di tepi Malissa dipandang. Siapa pula ini?

"Ouh. Abang ni tolong capai buku ni tadi. Aku tak sampai" Balas Malissa sambil menunjukkan buku pada tangannya.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now