B A B 22

5.4K 130 1
                                    


Gaun labuh putih itu digenggam lembut. Malissa duduk di bangku menunggu gilirannya untuk mengambil gambar kad perkahwinan.

Kini Malissa dan Faliq sudah pun bergelar suami isteri. Perkahwinan mereka sudah pun didaftarkan dan sah di si sisi undang-undang.

Wajah Malissa pucat. Mata pula sembab. Orang lain yang lalu-lalang menoleh dua kali ke arahnya. Kerana jelas wajah Malissa seperti dipaksa untuk berada di sini.

Tidak ada majlis, tidak ada tetamu, tidak ada makan-makan. Impian Malissa habis musnah begitu sahaja.

Dia juga seorang wanita normal yang inginkan perkahwinan romantik seperti orang lain yang sering dia lihat di sosial media.

Air mata dikesat buat sekian kalinya. Faliq sudah memberi amaran untuk tidak menangis sebelum mereka sampai ke sini.

"Faliq Irham. Malissa sofea." Nama dipanggil. Kini giliran mereka untuk mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti bahawa mereka telah berkahwin.

Faliq hanya berjalan menonong ke depan. Tidak peduli sikit pun Malissa ditepi. Dengan lemah Malissa juga ikut bangun dan bergerak masuk ke dalam bilik itu.

Beberapa puluh minit kemudian, akhirnya semua urusan mereka telah selesai.

Apa yang patut dia rasa sekarang ini?

Belakang tubuh Faliq dipandang. Faliq berjalan santai menuju ke arah kereta. Idham sudah menuggu. Melissa hanya mengikut perlahan langkah lelaki itu.

Faliq membuka pintu belakang kereta lalu dia meloloskan tubuh ke dalam. Diikuti Malissa.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi.
Tingkap dibuka. Terasa sayup-sayup angin menampar lembut pipi Malissa.

Malissa mengerling sekilas ke arah Faliq. Lelaki itu mengeluarkan sebatang rokok dan diletakkan dihujung bibir. Lalu disedut asap rokok itu dalam dan dihembus.

Tiba-tiba Faliq mencampak keluar kad perkahwinan dan gambar-gambar kahwin mereka ke luar tingkap. Malissa sedikit terkejut melihat semua gambar itu habis terbang ke belakang di bawa angin.

Malissa memandang wajah sisi Faliq. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Menggeleng Malissa dengan sikap Faliq. Dia sudah kehabisan kata-kata. Malissa sudah tidak mampu lagi bertikam lidah dengan lelaki ini kerana sudah tidak ada apa lagi yang perlu dia cakapkan.

Cakap lah macam mana pun Faliq memang tak akan sentap dan faham.

"Gila" Perlahan suara itu kedengaran membuatkan Faliq menoleh.

Malissa terus membuang wajah ke luar tingkap apabila dia sedar dia terlanjur berkata begitu.

Faliq hanya berdecit. Dia pun malas nak bergaduh sekarang ini. Kerana nanti dia juga tahu bahawa mereka akan sentiasa memaki hamun sesama sendiri.

Selamat kau kalini Malissa.

Lama mereka diam, akhirnya Malissa memberanikan diri bersuara. "Saya nak ambik barang dekat apartment" Katanya kepada Idham.

Idham memandang cermin kereta untuk melihat wajah Faliq di belakang.

"Tak boleh" Ringkas jawapan Faliq. Malissa agak bengang dengan jawapan itu.

"Habis tu saya nak pakai apa? Saya mana ada baju dekat rumah awak!"

"Bukan masalah aku"

Malissa mengetap bibirnya kuat. Dia membuang wajah semula ke luar tingkap. Hatinya makin sakit diperlakukan begini.

Beberapa minit kemudian mereka telah sampai ke pekarangan rumah Faliq. Laju sahaja Malissa membuka pintu kereta dan berlari masuk ke dalam.

Faliq hanya membiarkan saja. Merajuk? Dia sikit pun tidak heran.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now