B A B 57

3.5K 136 11
                                    

Kaki Faliq tidak berhenti-henti bergoyang. Hatinya rasa tidak tenang. Malissa hilang!!

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Kini Faliq berada di Balai polis. Dia sudah tidak tahu mahu meminta bantuan daripada siapa lagi. Khalis? Idham? Selepas apa yang berlaku, mereka semua sudah semestinya tidak mahu membantu nya. Lagipun, dia tidak perlukan bantuan Idham dan Khalis!

Dia boleh settle kan masalah ini sendiri!

Faliq sedang menunggu di ruangan menunggu. Anggota-anggota polis yang lain seakan-akan tidak peduli dengan aduan nya. Faliq mula rasa marah dengan layanan yang diberikan. Isterinya hilang!! Macam mana boleh semua orang tenang begini lepas menerima aduan seseorang telah hilang?!!!

Faliq mula bangun lalu kakinya laju menuju ke kaunter. Seorang gadis berpakaian seragam memandang ke arahnya. Berkerut dahi gadis itu.

"Sampai bila saya nak kena tunggu?" Tanya Faliq kedengaran sedikit biadap. Gadis itu memandang hairan. Dia memandang ke arah rakan sekerjanya. Memgeras rahang Faliq melihat reaksi gadis itu. Reaksi seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku!

Adakah mereka belum menerima aduan nya?!!

"Mana ketua kau?!! Aku nak cakap dengan dia!!" Meja kaunter dihentak kuat membuatkan yang lain turut memandang. Mata Faliq sudah mula memerah. Urat jelas timbul di batang leher dan dahinya.

Gadis berseragam itu kelihatan takut-takut ingin membalas renungan Faliq. Tiba-tiba ada pegawai lain yang datang dan berbisik sesuatu pada tepi telinga gadis tersebut sebelum kedua manusia itu memandang Faliq.

"Encik tak boleh buat report lagi kalau belum 24 jam" Makin berang wajah Faliq mendegar. Jadi dia menunggu di sini selama 4 jam hanya sia-sia?!!! Dia fikirkan, mereka semua sudah mula bergerak mencari Malissa!!

"Bullshit! Kau nak tunggu apa lagi?!! Isteri aku hilang! Kalau jadi apa-apa dekat dia, kau orang nak tanggung ke?!!" Bentak Faliq kuat. Terhinggut bahu pegawai polis itu.

"K-ami hanya i-kut arahan." Tergagap-gagap gadis itu membalas.

PAP! lagi sekali meja dihentak kuat. Kesabaran nya sudah habis! Polis dalam negara ini semua tak boleh harap! Dasar makan tahi!

"E-ncik. Ini balai. Tolong jaga tingkah laku" Kali ini pegawai lelaki itu pula bersuara. Faliq berdecit sinis. Nak suruh aku jaga tingkah laku dalam keadaan macam ni? Memang minta kena pijak orang-orang dekat sini!

"Kau yang tak pandai buat kerja, nak suruh aku jaga tingkah laku?! Korang ni semua useless!! Kau kerja sini, semua pakai 'cable' ke sial!!"

Kedua pegawai itu memandang wajah satu sama lain.

Faliq kelihatan benar-benar gila.

Tiba-tiba Faliq mengangguk kepala bagaikan burung belatuk.

"Okay. Takpe. Korang tak nak cari kan? Biar aku cari sendiri!" Kata Faliq sebelum kaki itu mula melangkah keluar. Sempat jari tengah ditunjuk pada dua orang pegawai itu. Sudah dia duga, dia tidak patut datang ke sini!

Faliq mengeluarkan kotak rokok. Hujung puntung rokok diletakkan di hujung bibir.

"Huhukk.. Hhukk.. " Faliq terbatuk apabila tersedak asap rokok. Rasa macam sudah lama dia tidak menghisap benda alah ini.

Faliq berdecit. Sebelum dia mula meloloskan diri ke dalam kereta dan memandu bagaikan orang gila.







**************

Malissa duduk sambil menyelimuti diri, cuba menghangatkan badan. Tubuhnya masih gementar. Rasa tidak tenang apabila meninggalkan Faliq begitu sahaja. Dia berasa tidak tenang apabila Idham juga terlibat dalam hal ini.

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now