B A B 62

4.2K 189 22
                                    

Malissa menarik nafas dalam sebelum dia membuka pintu bilik. Jantung mula memainkan peranan. Dup, dap, dup, dap daripada tadi lagi, mungkin kerana dia tahu yang Faliq ada di ruang tamu?!

Kaki itu perlahan melangkah ke arah sofa, mengintai sedikit ke sana. Malissa mengetap bibirnya apabila dia tidak melihat sosok tubuh lelaki itu. Sedikit sebanyak, dia merasa hampa.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Sudah semestinya Faliq akan pergi. Tapi, tak boleh nak cakap dulu ke kalau nak balik sekali pun?! Suka hati datang lepas itu suka hati nak berambus!

Dari dulu sampai sekarang, sama je perangai tu! Ugh!!

Sedang khusyuk Malissa membebel di dalam hati, tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pintu. Serta-merta, Malissa bergerak menuju ke arah pintu.

Malissa terkejut melihat gerangan yang berdiri di hadapan nya. Wajah kesalnya tadi, serta-merta berubah.

Faliq berdiri kekok sambil memegang plastik makanan.

"Dekat sini susah betul nak cari breakfast." Kata Faliq selamba, lalu kaki itu dengan tidak tahu malunya masuk ke dalam.

Berkelip-kelip mata Malissa melihat tubuh itu sudah selamat masuk ke dalam apartment nya.

Malissa menutup pintu rapat sebelum dia mengikut langkah Faliq menuju ke dapur. Faliq meletakkan bungkusan polisterin yang berisi mee goreng lalu dia mengambil gelas dan menuang air ke dalam gelas tersebut.

Malissa hanya berdiri sambil memerhati tingkah laku Faliq. Faliq kelihatan seolah-olah sudah biasa berada di sini. Betul-betul buat macam rumah sendiri!

Apabila semua sudah siap dihidang, kaki itu melangkah mendekati Malissa lalu lengan Malissa ditarik perlahan untuk duduk di kerusi. Bagaikan dipukau, Malissa hanya membiarkan sahaja.

"Aku keluar pukul 8 tadi, ingatkan ada lah kedai makan dekat sini, tapi semua tutup. So aku drive sejam semata-mata nak cari kedai." Malissa hanya diam mendengar luahan Faliq. Lelaki itu berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa yang jadi semalam. Faliq selalu begitu!

Dan Malissa tidak suka akan hal itu!

Faliq mula menyuap mee ke dalam mulut nya sedangkan Malissa masih kaku memandang bekas polisterin itu kosong.

Strett!! Bunyi kaki kerusi bergesel di lantai. Automatik kepala Faliq terangkat.

"Kalau dah habis makan, balik." Kata Malissa sepatah. Kedengaran seperti arahan.

Kaki itu mula melangkah menjauhi meja makan. Faliq turut bangun bersama. Dia mengikut langkah Malissa. Bibirnya di ketap geram.

"Tak nak!" Kaki Malissa terhenti mendengar balasan itu. Tubuh gadis itu mula berpaling semula.

Faliq sudah berdiri tegak di belakang nya. Mata itu memandang dalam wajah Malissa.

Mengeras rahang Malissa.

"Saya tak bagi awak apa-apa pilihan pun. Balik!" Lagi sekali Malissa memberi arahan yang sama. Berombak dada Malissa melihat Faliq masih tidak bergerak. Lelaki ini sungguh keras kepala!

Baru bagi tidur di sini semalam, lelaki ini sudah berani berperangai begini dengan nya! Apa lelaki ini fikir, Malissa sudah memaafkan nya?!!

"Kejap lagi Zafril datang. Dia tak akan suka kalau nampak awak dekat sini"

Mengendur wajah Faliq apabila mendengar sebutir nama itu. Malissa terus berpaling semula apabila melihat wajah Faliq bertukar sedih semula. Tidak daya dah dia nak melayan Faliq. Cukup lah semalam lelaki ini menangis seolah-olah tiada hari esok..

We'll Meet AgainWhere stories live. Discover now