Malissa menyuapkan kek ke dalam mulutnya. Ini sudah masuk 4 potong kek dia makan malam ni. Tetapi rasa puas itu masih tidak terasa. Tidak sia-sia dia datang malam ini kerana kesemua kek di sini tersangat lah sedap.
Malissa duduk di tepi kolam di belakang halaman rumah Mawar. Faliq pula ada di dalam. Lelaki itu sedang asyik bersembang dengan Idham. Idham baru sahaja datang kerana lelaki itu ada hal yang perlu diselesaikan.
Tetamu mula beransur pergi.
Malissa mengangkat tinggi dress nya lalu kaki direndam di dalam kolam. Terasa geli badan Malissa kerana sejuk air kolam itu.
Tiba-tiba ada satu tubuh turut duduk di sebelah nya.
"Hai"
Malissa tersenyum.
"Tak sejuk ke rendam kaki tu ?" Soal Deric. Lelaki itu hanya duduk bersila.
"Tak pun hehe"
Deric memandang ke belakang. Cuba mencari kelibat Faliq.
"Mana lelaki tadi?" Soal Deric.
keliru Malissa mendengar soalan itu.
"Siapa? Faliq?"
Deric diam.
"Ouh dia ada dekat dalam. Tengah borak dengan Idham" Sambung Malissa. Dia menyambung menyuap kek ke dalam mulut.
Malissa memerhati sekeliling. Baru dia perasan sudah tidak ada orang di halaman ini. Kelibat Mawar pun tidak ada. Tadi ada lah sekejap Mawar duduk makan dengannya. Selepas itu gadis itu hilang semula.
"Faliq tu siapa? Kawan kau ke?" Tanya Deric ingin tahu.
Terhenti suapan Malissa. Ludah ditelan.
"Err.. Suami" Balas Malissa perlahan. Tersentak Deric mendengar jawapan itu.
"S-uami? "
Malissa mengangguk.
"Kenapa tanya?"
"Takde lah. Aku ingatkan korang kawan"
Hening. Tidak ada sebarang suara daripada mereka berdua. Tiba-tiba terasa kekok. Menyesal Deric tanya soalan itu.
Dia fikir Malissa masih single. Tengok muka gadis itu pun orang tak akan percaya yang dia tu isteri orang.
Babyface sangat!
"Err.. Rasanya macam dah lewat." Tiba-tiba Malissa memecahkan kesunyian.
Deric mengerling jam pada tangan.
"Baru pukul 10:20"
"Ha dah pukul 10:20?!" Soal Malissa terkejut.
Deric angguk.
Malissa menepuk dahinya. Dia bangun dengan tergopoh-gapah. Oleh kerana kakinya licin, dia hampir terjatuh apabila cuba berjalan di atas simen mozek itu.
Belum sempat tubuh itu jatuh, ada tangan yang menyambut tubuh kecil Malissa.
Belakang badan Malissa sudah menghempap dada Deric. Mengaduh kesakitan lelaki itu.
Malissa sungguh terkejut. Dia bangun lalu dia menolong Deric untuk bangun sekali. Belum sempat tangan Malissa memegang tubuh Deric sudah ada tangan lain yang menarik lengannya.
Terkedu dia melihat wajah bengis Faliq betul-betul di belakangnya.
Tidak sempat Malissa membuka mulut, Faliq sudah menarik tangan Malissa kasar agar ikut melangkah dengannya menuju ke arah pintu utama.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
Literatura FemininaFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...