PANG!!Bunyi kaca pecah kedengaran dari tingkat atas. Faliq yang baru sahaja memijak lantai simen itu terus meluru ke arah tangga.
PANG!! Lagi sekali bunyi pecahan kaca kedengaran.
"Kau tak faham bahasa ke?! Aku cakap aku tak nak makan, tak nak makan lah!!"
"P-uan jangan lah macam ni... " Kata salah seorang pembantu yang Faliq bayar khas untuk menjaga Malissa.
Faliq terpaksa mengupah beberapa pembantu untuk tolong jaga kan Malissa ketika dia tiada di rumah.
Malissa sekarang tidak berada dalam akal sihatnya kerana setiap hari gadis itu akan mengamuk dan membaling barang-barang yang ada di sekitarnya.
Wajah Malissa pucat. Bibirnya juga kering. Kenapa semua orang suka memaksanya?! Dia sudah cakap banyak kali yang dia tak nak makan! Itu pun tidak faham ke?!
"T-api Tuan Faliq suruh Puan jamah sikit bubur tu.. " Kata pembantu perempuan itu lagi.
Tch. Malissa berdecit sinis. Faliq, Faliq, Faliq, Faliq! Sikit-sikit Faliq!! Dia sudah muak mendengar nama lelaki itu!!
"Biar kan dia"
Semua mata memandang ke arah suara yang tiba-tiba muncul. Tertunduk terus dua orang pembantu perempuan itu. Ludah ditelan. Naik bulu roma mereka mendengar bunyi derapan kaki lelaki itu yang makin menghampiri.
Faliq dengan selamba masuk ke dalam bilik sambil kedua tangannya berada dalam poket seluar. Apabila Malissa memandang wajah lelaki itu, dia terus membuang wajah ke tepi. Tidak betah dia memandang wajah angkuh Faliq.
Faliq memberi arahan dengan ekor mata agar dua orang pembantu itu keluar meninggalkan dia dan Malissa berduaan.
Pintu sudah ditutup rapat.
Faliq melihat sekeliling bilik. Lantai bersepah dengan serpihan kaca dan buku-buku berselerak jatuh daripada kedudukan nya.
Faliq memandang segi empat tepat yang ada di bawah kakinya lalu dia menunduk dan mengutip benda tersebut.
Skrin Ipad nya sudah pecah. Faliq memandang Malissa. Gadis itu masih berdiri sambil berpaling wajah ke arah lain.
Faliq meletakkan ipad itu di atas meja kecil lalu dia melabuhkan punggung di atas katil. Dia memeluk tubuh sambil memandang Malissa.
"Sampai bila nak buat perangai macam ni?" Tanya Faliq.
Malissa diam.
"Lebih-lebih takde orang nak layan" Sambung Faliq.
"Sebab tu saya nak cerai!" Laju mulut Malissa membalas. Direnung tajam wajah Faliq.
Faliq mendengus kasar.
"Kalau kita cerai kau nak duduk mana? Balik semula rumah jantan tu?"
Malissa berpaling ke arah lain. Dia tidak terfikir untuk pulang semula ke rumah Izhar. Cukup lah dia menyusahkan lelaki itu.
"Apartment tu aku dah jual"
"What!!"
Faliq bangun. Dia mula bergerak mendekati Malissa. Gadis itu mula berundur kebelakang tetapi pergerakan nya terhenti apabila Faliq menarik lengannya agar dekat dengan tubuh lelaki itu. Melekat tubuh mereka. Dapat dia rasakan degupan jantung Faliq.
Faliq mengusap pipi Malissa lembut. Ditenung lama wajah Malissa. Dia sama sekali tidak bosan melihat wajah ini. Kalau boleh dia nak tatap wajah Malissa setiap jam setiap minit setiap saat.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
Chick-LitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...