Splash!Pang!
Terteleng wajah itu apabila ditampar kuat. Habis sudah basah wajah dan bajunya kerana disimbah air.
Rambut yang melekat pada bibir ditiup kasar. Tangan rucing itu membetulkan kembali rambut yang sudah basah .
Sial melekit!
Malissa memandang tajam wanita yang duduk di hadapannya itu. Orang ramai mula berbisik.
Dia sudah agak perkara ini akan berlaku tetapi tidak dia sangka dia akan di simbah dengan air. Paling teruk pun mungkin rambutnya di tarik.
Malissa cuba berlagak tenang walhal ingin saja dia tampar semula wajah wanita itu. Malissa mengenggam penumbuknya yang diletakkan di bawah meja.
Pipinya terasa pijar tetapi dia mestilah berpura-pura tamparan berbisa tadi tidak mempu menyakitinya.
"Kau ni memang sial! Dalam banyak-banyak jantan laki aku jugak kau nak kacau!!" Bergema suara wanita itu. Makin bengang wanita itu apabila melihat Malissa hanya beriak biasa malah gadis itu dengan selamba menyilang tangan di dada.
"Nak buat macam mana laki datin kaya" Balas Malissa selamba dengan senyuman yang kelihatan menjengkelkan pada pandangan mata Datin Marziah.
Berasap Datin Marziah mendengar.
"Puan kalau puan semua nak bergaduh tolong jangan bergaduh di sini... Mengan.... "
"Diam!"
Tersentak waiters itu dengan jerkahan Datin Marziah.
Malissa ketawa kecil. Mulutnya ditutup cuba terlihat elegant.
"Betul cakap dia tu Datin. Kalau nak gaduh jangan lah dekat sini"
"Eh sundal kau mari sini" Belum sempat Datin Marziah bangun meluru ke arah Malissa waiters yang lain sudah menahan. Tidak mahu berlaku kekecohan.
"Lepas! Bagi aku cicang mulut si sundal ni!!" Bagaikan orang gila Datin Marziah meronta-ronta minta dilepaskan. Mana daya kudrat orang tua tu.
Malissa membuka camera telefonnya sebelum dia melihat penampilan nya di skrin telefon itu. Habis sudah make up nya.
Malissa bangun dan berjalan perlahan ke arah Datin Marziah yang masih dipegang.
"Jangan marah-marah okay. Orang tua tak elok buat perangai macam ni. Datin jangan risau saya dah tak nak suami datin dah sebab saya dah ada boyfriend baru hehe" Kata Malissa seraya menepuk-nepuk rambut kembang wanita itu lalu tubuh ramping itu berjalan keluar dari situ.
Suara makian wanita itu diabaikan. Pekak kan telinga sahaja. Puas hati.
Ini bukan pertama kalinya dia diserang. Malah dia pernah mengalami yang lebih teruk. Setakat simbah air. Pftt.
Rambutnya dikibas. Ada juga beberapa mata memandang ke arahnya. Entah kerana dia cantik atau penampilan yang hura-hara.
Malissa meloloskan tubuh ke dalam kereta bmw nya. Boleh agak dah kan kereta ini datang dari mana?
Begnya dicampak ke sebelah seat pemandu.
"Tak guna punya Marzuk. Kau kata dah ceraikan bini tua tu!" Katanya sendiri.
"Arghhh!!!" Stereng kereta dihentak berkali-kali. Rasa marahnya membuak-buak. Malissa meraup rambutnya kebelakang kasar.
Nafas ditarik dalam lalu dihembus.
"Is okay Malissa. Bukan kau ada dia sorang je" Kata Malissa perlahan. Cuba melegakan hati.
Terpaksa lah dia mencari mangsa baru. Tetapi Datuk Marzuk tu boleh tahan dia punya kaya. Sudah dekat 8 bulan dia menjalinkan hubungan dengan lelaki tua itu. Akhirnya terkandas juga.
Dia fikir Datuk Marzuk sudah siap ingin menceraikan isterinya! End up dia diserang!
Lagi sekali nafasnya ditarik dalam.
Wajah itu memandang ke tepi apabila telefonnya mula berdering. Dicapai beg lalu dikeluarkan benda segi empat tepat itu.
"Panjang umur"
Belum sempat dia menyahut panggilan itu, tiba-tiba pintu keretanya dibuka dari luar lalu rambutnya di tarik kasar membuatkan tubuh itu terkeluar daripada perut kereta.
"Argggghh" Kuat jeritan Malissa apabila terasa sakit kulit kepala nya. Tidak cukup dengan itu pipinya mula ditampar-tampar. Orang ramai yang lalu lalang di situ sudah berhenti untuk melihat kejadian itu.
Terjatuh Malissa di buat nya. Dia tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang berani menyerangnya itu.
"Kau betul-betul celaka Malissa!!"
Terus terangkat wajahnya. Rambut sudah serabai, tidak serupa seperti orang dah.
Ludah ditelan apabila melihat wajah bengis itu.
"Syu.." Lagi sekali wajahnya ditampar.
"Jangan sebut nama aku dengan mulut jijik kau tu!"
Malissa memegang pipinya. Mata mula menghasilkan cecair jernih. Dia cuba bangun tetapi lututnya terasa lemah.
Malissa mula perasan dia sudah dikerumuni orang ramai. Ada sesetengah daripada mereka mula merakam.
Dengan rasa sakit dan malu, digah juga diri untuk bangun. Air mata yang belum sempat jatuh di kesat laju. Tidak mahu menangis kerana itu akan membuat nya lagi malu.
"Dalam banyak-banyak lelaki bapak aku jugak kau nak menyundal!"
Bahu Malissa ditolak kasar. Bengang melihat gadis itu hanya menunduk.
Bila dibelakang nya bukan main lagi mengelentis dengan papa.
Syuhaila tahu papa curang di belakang mama tetapi dia tidak tahu siapa gerangan wanita itu. Dia fikir wanita yang menjalinkan hubungan dengan papa ialah seorang janda atau baya umur dengan mama.
Tetapi dia silap.
Alangkah terkejutnya bila dia tahu kekasih gelap papa adalah kawannya sendiri. Dia tahu pun kerana dia terjumpa satu gambar di dalam laci meja kerja papanya.
Gambar mereka bercuti di Bali. Tetapi papa kata dia ada urusan di sana. Rupanya ini lah urusan lelaki tua itu?
"Sampai hati kau buat aku macam ni" Suara nyaring tadi berubah menjadi sayu. Air mata mula laju turun membasahi pipi. Tidak ada lagi jerkahan.
Dalam ramai-ramai kenapa Malissa? Tidak dia sangka gadis yang baik pada nya, yang ingin berkawan dengannya mempunyai niat lain.
Menyesal dia menerima gadis ini di dalam hidupnya. Menyesal juga dia memperkenalkan Malissa kepada papa dan mama sehinggakan dia kerap membawa pulang Malissa kerumah.
Dia sungguh menyesal..
"Syu.. " Malissa cuba menyentuh bahu Syuhaila tetapi di tepis kasar.
"Jangan contact aku dah. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kalau aku nampak kau muncul depan aku, aku tak teragak-agak tikam kau dekat situ juga" Kata Syuhaila sebelum pergi meninggalkan Malissa.
Malissa sedikit tergamam. Dia tidak sempat berkata apa-apa. Malissa memandang belakang tubuh gadis itu yang makin jauh melangkah.
Orang ramai mula beransur pergi dan mula melakukan hal masing-masing.
Malissa masih berdiri tegak di situ. Tubuhnya seakan-akan tidak boleh bergerak, terpaku di situ.
Entah kenapa baru sekarang dia nak rasa menyesal. Syuhaila satu-satunya kawan baik yang dia ada. Tetapi gadis itu sudah membencinya. Mustahil Syuhaila akan memaafkannya.
Bodoh.
Malissa mengeluh panjang.
"Kau memang bodoh Malissa" gumam nya sendiri.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
ChickLitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...