Faliq meneguk air putih sambil memerhati dua manusia yang duduk di meja tidak jauh dengannya itu. Sudah lebih 30 minit Zafril dan Malissa duduk di sana. Tidak tahu apa yang dibincangkan.
Zafril dan Malissa bersetuju untuk berjumpa di restoran dekat dengan apartment Malissa.
Pada mulanya Faliq ingin turut duduk di meja sana tetapi Malissa terlebih dahulu menghalang. Nak tak nak Faliq terpaksa akur.
Wajah Faliq cemberut sedari tadi lagi. Dia cuba membaca kata-kata yang keluar dari bibir Malissa tetapi satu apa pun dia tidak faham.
Reaksi Malissa kelihatan tenang sedangkan wajah Zafril berkerut-kerut sesekali lelaki itu meraup wajahnya.
Ini membuatkan Faliq berasa semakin frust! Apa yang dibincangkan oleh dua manusia itu!!
Faliq mendengus kasar.
Wajah Faliq berubah lembut apabila Malissa sempat memandang ke arahnya. Malissa sempat menunjuk jarinya ke arah kiri sebelum gadis itu mula bangun. Berkelip-kelip mata Faliq melihat Malissa berjalan ke arah bertentangan dengannya menuju ke arah toilet.
Wajah Faliq terus berubah dingin apabila Zafril sudah mula bangun dan menuju ke arah meja Faliq.
Reaksi tidak bersahabat mula terpancar pada wajah dua lelaki itu. Faliq mula bangun dari duduknya. Dia ingin pergi mengejar langkah Malissa tetapi Zafril tegak berdiri menghalangi laluannya. Mata itu tajam merenung ke arah Faliq.
"Bertahun-tahun aku kawan dengan dia tapi ini pertama kali aku nampak dia bodoh." Tiba-tiba Zafril memulakan perbualan. Tahu lah 'dia' yang dimaksudkan Zafril itu ialah Malissa.
Faliq diam cuba mencerna di mana arah perbualan ini.
"Kau buatkan lelaki lain yang pernah ada hubungan dengan Malissa nampak lebih better " Sambung Zafril lagi. Sengaja memprovok lelaki di hadapan nya itu. Kalau bukan sebab mereka di tempat umum sudah lama dia menumbuk wajah Faliq dengan keras!
Faliq mencebik. Sedikit pun tidak terkesan dengan ayat itu. Zafril kelihatan benggang melihat reaksi acuh tidak acuh Faliq
"Kalau negara ni takde undang-undang, dah lama aku cincang kau hidup-hidup!"
Faliq terdiam sebelum tawanya terhambur kuat. Orang-orang di situ mula memandang ke arah mereka.
Faliq ketawa sehingga matanya mula berair. Lucu dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Nak cincang dia hidup-hidup?
Oh tuhan, jangan buat dia tertawan.
Wajah Zafril sudah mula merah. Merah bukan kerana malu tetapi menahan marah. Faliq sangat acuh tidak acuh dengan ugutan tadi membuatkan dia ingin betul-betul mencincang lelaki itu!
Faliq mula merapatkan tubuh mereka.
"Aku tak tahu kenapa kau sibuk sangat hal rumah tangga aku. Kau patut duduk diam dan bersyukur sebab aku decide untuk hentikan dendam aku dekat mak kau." Kata Faliq. Gigi itu diketap kuat, menahan suara di celah gigi.
Zafril memandang tidak percaya ke arah Faliq. Mengapa Malissa masih lagi ingin memberi peluang kepada lelaki bangsat begini?
Faliq hanya berpura-pura di hadapan Malissa! Padahal sifat sebenar Faliq seperti iblis!!
"Aku tak tahu kenapa Malissa masih boleh terima lelaki sial macam kau ni..." Kata Zafril perlahan. Faliq tersenyum sinis.
"Kau pernah dengar orang cakap yang perempuan ni boleh maafkan semua kesalahan asalkan kesalahan tu tak melibatkan perempuan lain... " Faliq mencebik apabila melihat wajah kekeliruan Zafril.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
Genç Kız EdebiyatıFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...