Gadis berambut pendek paras bahu itu mengeluh untuk sekian kalinya."Kau lama lagi ke~" Soal Malissa sambil menongkat dagu. Sisa air dalam cawan disedut. Ini sudah masuk cawan ke lima dia minum.
Zafril menghempas kain di tangan.
"Ha memang aku ada 10 tangan pun!" Balas Zafril geram. Daripada tadi lagi gadis itu merungut suruh dia cepat.
Apa kau ingat aku ada superpower nak kemas semua benda ni cepat-cepat?!
"Kau ni lap meja macam nenek. Nenek aku lagi laju daripada kau!"
"Kalau kau nak cepat sangat apa kata kau tolong! Cepat sikit aku tutup kedai. Ni kau tahu bunyi je tolong tak nak!" Zafril mengambil mop lalu diperah. Dilap lantai itu ke kiri dan ke kanan.
Malissa yang sedang duduk di meja hanya memerhati. Daripada tadi lagi mulut gadis itu terkumat-kamit menyumpah seranah Zafril.
Mereka sudah berjanji untuk pergi menonton wayang. Zafril yang nak belanja kononnya nak bagi Malissa rasa first gaji. Tapi lihat pada masa sudah 30 minit cerita itu berjalan. Kalau diaorang on the way ke sana sudah makan masa 20 minit dari sini.
Melepas banyak scene!
"Halah kau, kalau aku tolong bukan dapat upah pun!" Balas Malissa. Dijeling tajam wajah Zafril.
Zafril melepaskan mop itu, dilap tangan basah pada kain. Kaki melangkah mendekati Malissa.
"Eh aku nak belanja pun kira baik!! Orang dah bagi betis nak dada!"
"Bila masa pula aku nak dada kau!"
Berkerut dahi Zafril. "Itu peribahasa lah! Kau tak sekolah ke dulu?"
Berombak dada Malissa mendegar balasan Zafril. Terus ditolak tubuh lelaki itu.
"Pergi kemas lah! Bising je"
"Pirgi kimis lih, Bising jee.. " Ajuk zafril. Tercebik-cebik bibir itu menganjing Malissa.
Malissa mengetap giginya kuat. Baru sahaja tangan itu diangkat untuk menghayunkan ke arah Zafril, lelaki itu terlebih dahulu lari ke belakang.
"Siap kau kejap lagi!! "
Terkekeh-kekeh Zafril ketawa.
Malissa mendengus. Diraup kasar rambutnya ke belakang.
Ting~
Bunyi loceng pintu yang disangkut kedengaran.
Lelaki berkemeja putih sedang berdiri di hadapan pintu cafe.
"Maaf cik. Kami dah tutup." Malissa bergerak ke arah lelaki yang berdiri di muka pintu itu.
Lelaki di hadapan Malissa kelihatan sedikit serabai. Teragak-agak Malissa untuk menyuruh lelaki itu keluar.
Lelaki itu hanya diam sambil merenung lama wajah Malissa. Mata itu merah seperti baru saja lepas nangis...
Malissa mengosok belakang leher.
"Err.. Eso-k kita buka pukul 8" Entah mengapa Malissa berkata begitu.
"Siapa?" Zafril tiba-tiba mencelah dari arah belakang.
Zafril dan lelaki itu memandang antara satu sama lain.
BAM!
Terhinggut bahu Malissa kerana terkejut. Terus tercelik mata itu.
YOU ARE READING
We'll Meet Again
Genç Kız EdebiyatıFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...