Faliq 11 tahun.... Berdiri di ambang pintu biliknya memerhati tiga kelibat manusia yang baru sahaja masuk ke dalam. Salah satu daripada tiga orang itu adalah ayahnya, manakala dua orang lagi cukup asing pada pandangan nya.Manusia-manusia itu kelihatan sungguh gembira, bergelak tawa. Faliq tidak pernah lihat ayahnya tersenyum begitu sebelum ini.
Mata Faliq bertembung dengan mata budak lelaki yang berdiri di sebelah wanita berambut tocang itu. Mungkin itu adalah ibunya.
Budak lelaki itu masih menatap lama pandangan tajam Faliq membuatkan yang lain juga turut memandang ke arah bilik Faliq yang terletak dekat dengan tangga.
Terus berubah wajah Dato Sean. Dia berdehem. Sikit pun tidak peduli dengan Faliq yang masih memerhati.
"Siapa tu ayah?" Soal budak lelaki itu.
Ayah? Faliq mengenggam penumbuk nya erat.
Dato Sean tersenyum manis ke arah anak tirinya. Dia mencangkung untuk memudahkan dia melihat wajah anaknya itu dengan jelas.
"Zafril, itu lah Faliq. Abang baru kamu" Balas Dato Sean sambil mengusap lembut kepala budak lelaki itu. Budak berumur 6 tahun itu memandang kembali ke arah Faliq. Lelaki itu jelas sekali tidak suka dengan kehadiran nya. Faliq terus masuk kembali ke dalam bilik. Dihempas pintu kuat. Terhinggut bahu budak lelaki itu.
Mungkin abangnya itu tidak ada mood atau sakit. Itulah yang dia rasakan kerana ibunya selalu melayani nya begitu jika wanita itu sakit.
Esok dia akan cuba berbual dengan Abang Faliq...
Seminggu sudah berlalu tetapi Faliq dan budak lelaki itu tidak bersua muka sama sekali selepas mereka berjumpa pertama kali di depan pintu. Wajah Faliq pun dia tidak berapa nampak dengan jelas kerana ketika itu tepi tangga bilik Faliq agak gelap.
Faliq sengaja mengelak daripada bertembung dengannya. Entah mengapa..
Faliq berusia 13 tahun dan Zafril berusia 8 tahun. Faliq memilih untuk tinggal di asrama.
Dengan begitu sahaja niat Zafril untuk mengeratkan hubungannya dengan Faliq sebagai abang dan adik terkubur begitu sahaja.
Faliq berusia 19 tahun dan Zafril berusia 14 tahun sedang berdiri di tanah perkuburan.
Pemakaman Puan Merlin, ibu kepada Faliq sungguh menyedihkan. Langit gelap seolah-olah tahu ada yang sudah pergi dan ditaman di bawah sana.
Zafril memandang belakang tubuh Faliq. Lelaki itu hanya menunduk. Sipi-sipi wajah itu kelihatan. Dia memandang pula ke arah ibunya, ibunya kelihatan biasa sahaja malah wajah wanita itu kelihatan tidak suka kerana terpaksa berdiri lama di tanah berlecak. Zafril memandang pula ke arah Dato Sean, ayah tirinya juga begitu.
Bukan kah sepatutnya jika ada yang meninggal mereka semua patut sedih? Mengapa pula sebaliknya?
"Siapa tu?" Zafril menoleh ke arah suara budak perempuan yang menyoal.
Zafril diam
"Ibu dia ke yang meninggal?" Sambung gadis itu lagi.
Zafril mengetap bibirnya. Sayu wajah Zafril memandang Faliq. Pasti lelaki itu rasa begitu sedih.
Zafril memandang ke arah Faliq yang mula melangkah pergi. Orang-orang Dato Sean cuba mengejar langkah lelaki itu tetapi di halang oleh lelaki bersut hitam. Lelaki yang selalu bersama dengan Faliq.
"Dia nak pergi mana tu?" Tanya Malissa lagi. Tidak henti-henti gadis itu menyoal tetapi satu soalan pun tidak terjawab.
Malissa datang harini kerana Zafril memberi tahunya bahawa ada kematian tetapi dia tidak tahu siapa. Malissa hanya datang sahaja kerana dia fikirkan Zafril sedang bersedih tetapi lelaki itu nampak biasa sahaja. Mungkin hanya saudara jauh yang meninggal?
YOU ARE READING
We'll Meet Again
ChickLitFirst Book! 17/9/2023 - 13/7/2024 FaliqXMalissa "Aku akan pastikan, setiap langkah kau keluar daripada rumah ini kau akan dipenuhi dengan bayangan aku. Dan setiap tempat kau pergi aku akan hancurkan satu persatu.. " Tertahan nafas Malissa mendengar...