Bab 2

604 45 13
                                    

Dah la tak bagi dekat dengan Daus, siap kena gantung dua minggu lagi. Melanggar protokol kerja katanya bila Lutfan menyerbu masuk untuk menyelamatkan Daus. Protokol lebih penting dari nyawa seseorang. 

Nasib baik ada Zarif yang boleh diharap untuk menjadi mata-matanya dekat hospital. Menanti sepanjang hari, akhirnya Zarif menghantar pesanan memberitahu Daus sudah mula sedar. Dengan sepantas kilat dia bersiap untuk keluar dari rumah. Tak sabar rasanya hendak beredar. Balik pun disebabkan terpaksa apabila ibunya mendengar tentang insiden yang terjadi.

Beg sandang yang diletakkan beberapa helai baju dicapai sebelum tombol pintu yang sejuk digenggam. Bilik tidur keihatan sama seperti hari dia meninggalkannya. Setiap inci bilik dan rumah tersimpan kenangan tersendiri yang hanya membuatkan luka lama berdarah kembali. 

“Lut, nak pergi mana sayang?” soal Hilda, ibunya yang sedang melayan suami di meja makan. Hilang mood gembiranya apabila ayahnya, Lukman sempat menjeling.

“Ada kerja dekat luar. Lut balik dulu.” 

Dahi ibu yang sentiasa wangi dicium lembut. Walaupun tidak melihat tapi mata Lutfan dengan sendirinya naik ke atas apabila berpaling dari ayahnya. Hubungan dingin mereka menjadi alasan Lutfan keluar dari rumah tersebut. Dia hanya muncul sekali sekala jika berasa rindu pada ibunya.

“Lut kan tak sihat lagi. Rehat la dekat rumah. Ibu nak masak favorite lauk Lut tengah hari nanti. Keli masak cili padi,” pujuk Hilda sambil mengusap dada Lutfan. 

Kecur air liur dengan tawaran yang diberi. Dia sudah lama tidak merasai masakan ibunya. Tapi keinginannya untuk bertemu dengan Daus dan juga rasa tidak selesa berada di sini, membuatkan Lutfan lebih rela mengidam.

“Lut ada kerja. Tak pasti bila habis. Mama…” Tak habis cakap lagi tapi dah ada orang menyampuk.

“Jangan ditahan orang yang tak sudi.” Menyirap darah bila suara Lukman tembus ke gegendang telinga. Cuba kalau cakap tu tak menyakitakan hati. Susah ke? 

“Papa nak kamu berhenti kerja.” Selamba Lukman menyuruh. 

Dah la potong orang cakap, lepas tu tak ada angin tetiba suruh berhenti kerja. Apa masalah dia sekarang?

Nope.” Satu kata cukup untuk buat Lukman faham. Lutfan mula beredar. 

“Papa tak habis cakap lagi,” tegah Lukman. “Papa nak kamu ambil tempat papa dekat syarikat.”

Another nope.” Susah pulak nak terangkan. Takkan nak pakai bahasa lain, baru nak faham. Kalau bahasa isyarat dia pulak tak mahir.

“Kalau tak, papa akan serahkan syarikat dekat sepupu kamu, Zidan. Papa dah tak larat nak kerja,” ugut Lukman.

Wah, siap main ugut-ugut. Nasib je la dia ada pekara lain yang perlu dilakukan, kalau tak dah tercetus perang dunia.

Whatever. Serah ke… nak bakar pun tak kisah.” 

“Zade Lutfan. Kenapa dengan kamu ni? Sampai bila kamu nak hidup macam ni?” Lukman mengenggam tangannya. Soalan apa yang cuba ditanya?

“Hidup macam mana? Lut suka dengan hidup Lut sekarang,” sengaja memberikan senyuman sinis. Apa saja yang membuatkan ayahnya marah, itu sudah cukup untuk menggembirakan hati Lutfan.

“Suka? Stop pretending. This is not your dream. Kamu bukan Along,” suara Lukman bercampur baur. “Cukup papa dah hilang satu anak lelaki, tolong jangan degil.”

Sekali lagi, Lukman sengaja menyentuh luka lama.

“Degil? Siapa yang degil? Papa atau Lut?” Jarinya dituju tepat pada muka Lukman. Rahang pula ketat diketap supaya tidak bergetar. Lutfan menghela nafas kerana masih ada pekara yang ingin diluahkan.

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now