Bab 24

343 38 17
                                    

Ara masih memeluk mangkuk tandas sejak balik ke bilik. Butir peluh dilap lalu tangannya menekan punat di atas tangki. Dia bersendirian kerana Lutfan perlu hadir ke balai polis sebagai saksi kejadian. 

Punggungnya direhatkan di atas penutup sambil berfikir tentang kejadian tadi. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Zarif. Lutfan mudah bertindak di luar kawalan setiap kali dirinya terlibat. 

Nasib saja Zarif sempat menarik tangan Lutfan sebelum Talib lemas. Pihak polis terpaksa membawa Talib ke hospital kerana dia sudah menjadi seperti seekor ikan yang kekurangan air. 

Sukar untuk meramal tindakan suaminya itu. Adakah ini bermaksud Lutfan telah mencintainya? Atau sekadar dia tercabar dengan kedegilan Talib?

Berat kepala Ara memikirkan status hubungan mereka yang masih tidak berapa jelas. Mungkin dia perlu mengambil inisiatif dengan meluahkan perasaannya pada Lutfan terlebih dahulu. Siapa tahu Lutfan juga berkongsi rasa yang sama dengannya.

Taman hatinya mula berkembang. Tanpa berlengah, Ara terus berdiri untuk memulakan rancangannya.

Dunia yang ceria tiba-tiba hilang seketika. Tangannya pantas memaut sinki. Matanya berkedip sehingga kegelapan menjadi titik kecil. 

Nafas ditarik dan dihembus melalui mulut. Rasa pening sudah berkurang tetapi mual nya pula yang muncul.

Dia terus menggapai beg hitam untuk mengambil ubat tahan muntah sebelum ternampak tuala wanita yang tidak disentuh lagi. 

“Jangan cakap aku dah….” bisiknya sendiri.

Tidak mahu membuat sepkulasi sendiri, Ara mengambil ujian kehamilan yang dibeli oleh Lutfan tempoh hari lalu duduk di atas tandas.

Dia mengikut setiap arahan yang ada di atas kotak supaya keputusannya nanti tidak terjejas. 

Alat yang sudah digunakan terpaksa diletakkan di atas kaunter kerana tangannya yang menggeletar.

Satu bar mula kelihatan, masih ada dua lagi yang perlu ditunggu. Degup jantungnya sangat kuat sehingga dia sendiri dapat mendengarnya. 

Apa yang dia akan rasa jika positif? 

Bersedia kah dia untuk membawa tanggungjawab yang besar ini? Apa reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Lutfan? Pelbagai persoalan bermain di fikiran sehingga dia tidak sedar keputusan telah muncul pada alat tadi.

Pregnant.

****************

Lutfan duduk tanpa memandang sedikit pun pada Suri yang sedang memperhatikannya. Tiada perkara yang dia perlu terangkan kerana semuanya sama seperti apa yang terjadi. Sejak tadi hanya Zarif yang bercakap.

“Si Talib tu yang cari pasal dulu.” Zarif mengambil tempat di sebelah Lutfan. “Nasib Lut cepat, kalau tak habis Ara.”

Suri tidak bersuara sebaliknya mendekati Lutfan.

“Apa sebab pulak you tenggelamkan Talib? Isteri you tu dah selamatkan.”

Zarif membalas. “Dia dok ugut Lut. Kata nak bunuh Ara.”

So?” balas Suri sambil memeluk tubuh.

Lutfan mengerling ke atas. Adakah Suri tak faham atau tak dengar apa yang dikatakan oleh Zarif? Takkan dia perlu berdiam diri apabila isterinya di dalam bahaya.

“Dia cakap je kan masa tu. You have to control your emotions, Zade.

Lutfan terus bangun dari kerusinya. “Whatever. Boleh aku balik sekarang?”

Not yet.” Suri berdiri menghalang. “You masih tak faham betapa serious kesalahan you sekarang ni.”

Dada Lutfan dicucuk.

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now