Bab 26

363 39 14
                                    

“Ara!”

Lutfan terus berpaling ke arah suara tersebut. Hatinya tersangat rindu pada isterinya tetapi dalam keadaan sekarang ini, dia berharap itu bukan Ara.

“Hai, baby.” Perempuan yang digelar Ara tadi datang memeluk Shark.

Nama yang sama tetapi penampilan mereka sangat berbeza. Ara milik Lutfan lebih sopan dan tertutup manakala perempuan di depannya sangat terdedah dari segi pemakaian.

Mereka berdua berlaga pipi sambil berpelukan. Tangan Shark merayap ke seluruh tubuh Ara membuatkan Lutfan mengalihkan pandangannya.

Jika isterinya di tempat perempuan itu pasti tangan Shark sudah tercabut dari bahunya.

Ara yang sedang ketawa kecil memandang Lutfan.

“Siapa dia ni?” soalnya pada Shark.

“Dia.”Shark menuding ke arah Lutfan. “Informer terbaru I.”

“You percaya ke?” Ara mengerling dari atas sampai ke kaki.

Bahu Lutfan dipaut oleh Shark. “Of course baby. Maklumat yang dia bagi tak pernah salah. Botak pun tak sabar nak jumpa dia.”

Botak adalah orang yang paling dikehendaki. Misi ini bertujuan untuk mendekati Botak dan dalam masa yang sama Lutfan perlu mengumpul bukti supaya kali ini Botak tidak dapat melarikan diri.

Daus berada dalam keadaan koma disebabkan Botak dan Lutfan kehilangan Lutfi juga disebabkan orang yang sama. Bunuh dua burung dengan satu batu.

Situasi Lutfan sekarang sangat berbahaya. Dia tidak mampu untuk hilang fokus ketika ini. Jika dia tersilap langkah, segala usahanya akan sia-sia. Lebih parah lagi, dia juga boleh kehilangan nyawanya.

“You tak jealous ke?” soal Ara pada Shark.

“Kenapa I nak jealous?”

“Ye la. You dah lama kerja dengan Botak tapi dia yang dapat nama.” Tangan Shark beralih pada bahu Ara.

“Baby. Sebab dia lah, Botak pandang I. You nampak kereta dekat depan tu?” Ara mengangguk teruja. “Botak bagi dekat I sebab polis tak jumpa gudang dadah dia semalam.”

Mereka berdua ketawa besar sementara Lutfan masih di dalam karakter. Andai saja Shark tahu niat asal Lutfan pasti tawanya itu lesap serta merta.

“Ok la bro. Kita jumpa malam ni.” Shark mengangkat tangannya sebelum di sambut oleh Lutfan.

Selesai segalanya, Lutfan pantas beredar kerana dia tidak tahan dengan keadaan gudang yang kotor dan berhabuk. Langkahnya masih tenang kerana dia dapat merasakan ada mata yang memandang gerak gerinya sehingga dia masuk ke dalam kereta.

Enjin kereta dihidupkan dan Lutfan terus keluar tanpa menunggu enjinnya panas terlebih dahulu. Sudah separuh perjalanan baru bibir Lutfan ternaik memikirkan segala-galanya yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Dia dan Ara sudah boleh menjalani kehidupan suami isteri seperti orang lain. Malah dia yakin Ara akan lebih bahagia berbanding para isteri yang berada di luar sana. Pelbagai perkara yang dia ingin berikan pada Ara setelah misinya selesai.

Salah satunya adalah zuriat.

Memiliki anak yang datang dari rahim Ara sudah cukup membuatkan Lutfan gembira. Perpisahan selama seminggu ini banyak membuka mata Lutfan tentang kepentingan Ara di dalam hidupnya. Kali ini Lutfan yakin hatinya telah dimiliki oleh Ara.

Lutfan membelok masuk ke dalam sebuah bengkel. Enjin kereta dimatikan sebelum dia keluar dari situ.

Seorang lelaki bermisai dengan muka yang comot bertanda hitam datang menghampirinya.

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now