Bab 27

388 44 20
                                    

It's over, Zade.”

Lutfan mengeluh memandang kasutnya. Sudah berpuluh alasan dan janji Lutfan berikan pada Suri tetapi keputusannya tetap sama. Dia sudah ketandusan idea selain merayu. Kulit yang panas terpaksa ditebalkan.

“Aku janji benda ni tak kan ulang lagi.” Pinggang Zarif dicuit dari tepi.

“Ah. Betul tu.” Anak mata Zarif bergerak ke kiri kanan. “Aku akan pastikan.”

Suri tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.

“Nak pastikan apa?” soal Suri membuat Zarif berlindung di belakang Lutfan.

Lutfan mula muak dengan kedegilan Suri. Kesalahannya hanyalah tidak sempat berjumpa dengan Botak malam semalam. Dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan alasan pada Shark nanti.

Lutfan mencekak pinggang. “Look. Aku akan jumpa dengan Shark nanti. No problem.”

Suri menepuk tangan dan Zarif turut mengikut tanpa sebab.

“Bagusnya plan you.” Lutfan dapat mengesan nada perli. “Lepas tu, Shark akan terima you dengan tangan yang terbuka. Macam tu?”

Lutfan menjungkitkan bahunya. “Why not. Maybe a hug.

Zarif tertawa tetapi serta merta hilang apabila Suri mengerling ke arahnya.

It's not funny.” Jarak mereka semakin hampir. “You ingat Shark tu bodoh ke?”

Lutfan ingin menganggukkan kepala tetapi mungkin itu bukan pilihan yang bagus. Setahunya Shark memang tidak berapa pandai dan sebab itu juga mudah untuk Lutfan memperoleh kepercayaannya. Bersetuju dengan Suri merupakan jalan yang terbaik buat masa sekarang.

Look. Aku akan pastikan keadaan selamat, baru aku akan approach Shark.”

Zarif mengangguk laju.

“Tak payah,” balas Suri sebelum menyerahkan sampul surat kepada Lutfan.

Di dalamnya terdapat beberapa keping gambar yang ditangkap oleh seseorang. Botak juga berada di dalam gambar tersebut dan rata-rata mereka semua memegang senjata di tangan.

“Apa ni?” tanya Lutfan walaupun dia mengenali tempat di dalam gambar tersebut.

“Menurut informer, Botak dah hilang kepercayaan pada you bila you tak muncul malam semalam. Tengok ni.” Jari Suri menunjuk pada peta perjalanan Lutfan semalam.

“You pergi cari orang dekat hospital sedangkan you cakap dekat Shark yang you ni sebatang kara.” 

“Aku boleh cari alasan.” Lutfan yakin dia masih boleh memperbaiki keadaan.

Nope. We already got all the information that we need.” Suri mengambil segala barangnya dari atas meja. “I tak nak misi kita gagal kali ni.”

Lutfan menghalang jalan Suri.

“Kita tak boleh serbu. At least not now.”

Why not?

“Mungkin maklumat yang Shark bagi tu tak betul. Botak masih tak percayakan aku selagi dia tak jumpa aku. Tak mungkin dia serahkan bulat-bulat kedudukan gudang dekat aku.” Lutfan beralih ke tepi untuk menghalang. “Cuba fikir logik sikit.”

Suri menaikkan kening. “Logik? You tu yang kena fikir logik.”

Lutfan memandang Zarif meminta jawapan.

“Macam mana you boleh abaikan satu-satunya peluang untuk rapat dengan Botak. What are you thinking?

“Aku ada hal semalam.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now