Sebagai menebus salah kerana terpijak lengan Lutfan tempoh hari dan juga terlupa untuk makan segala aiskrim dan juga coklat sehingga mengeras seperti batu, Ara terpaksa bersetuju membantu Lutfan menyelinap masuk ke dalam bilik Daus hari ini.
Sepatutnya berkerja di shif pagi tetapi Ara menukar dengan Kila kerana bilangan pelawat berkurangan di belah petang. Adam, adik kepada Daus juga akan pergi ke kelas selepas pukul lima petang. Ketika itu, waktu yang sesuai untuk mereka berjumpa dengan Daus.
Ara mengetuk pintu bilik air. “Cepatlah. Pakai baju pun lambat.” Hampir lima minit Lutfan di dalam sebelum pintu terbuka. “Siap pun.”
Kunci pintu di buka sebelum Lutfan muncul memakai baju scrub berwarna kelabu. Elok terletak di tubuhnya membuatkan dada Lutfan kelihatan lebih besar daripada selalu. Sangat jarang Ara melihat orang memasukkan baju ke dalam seluar tetapi ia kelihatan sangat kemas apabila Lutfan menggayakan sedemikian rupa.
Tanpa sedar dia mengipas wajahnya yang terasa panas. Mata Ara tidak berhenti mencuri pandang bentuk fizikal Lutfan yang sempurna di sebalik sepasang scrub.
“Ready?” Lutfan berdiri dekatnya.
“Re…ady untuk apa?” Ara mengulum bibirnya yang kering. Dia terima saja apa yang Lutfan ingin lakukan padanya.
“Nak masuk dalam la. Semua orang dah balik kan?” beritahu Lutfan membuatkan muka Ara bertambah panas.
“Ah. Ready je.” Dia mengipas-gipas wajahnya. “Kau tu yang lambat siap.”
Tidak mahu bertekak di koridor, Lutfan menolak Ara menuju ke bilik Daus. Perjalanan mereka terhenti di tengah.
“Tadi cakap tak ada orang. Dia buat apa dekat situ?” Lutfan menempel badannya pada di belakang Ara.
Kelihatan seorang lelaki memakai pakaian jabatan fisioterapi. Di tangannya terdapat tongkat empat kaki.
“Tapi rasanya jadual fisio Daus pagi tadi. Petang-petang macam ni selalunya orang fisio dah balik.” Ara menggaru kepala kerana ahli fisioterapi berkerja dalam waktu pejabat. Ada seorang dua yang sedia sebagai oncall tapi sangat jarang di panggil.
“Macam mana sekarang ni?” tanya Lutfan sebelum ditegur oleh pegawai fisioterapi tadi.
“Evening, doctor.” Dia mengangkat tangan ke arah Lutfan. Mati mereka berdua kerana selalunya pegawai fisio dan doktor yang menguruskan sesuatu kes pasti kenal rapat.
Pegawai tadi menunduk sedikit ke arah Ara sebelum berjabat tangan dengan Lutfan.
“Doktor nak saya buat exercise apa untuk patient?” soalnya membuatkan Lutfan menjeling ke arah Ara.
“Salah page kot. Kami nak chest fisio dari respiratory team. Sorry.” Ara segera menolak Lutfan dari belakang tapi Lutfan tidak bergerak. Sebaliknya dia menarik turun mask yang dipakai.
“Kau buat apa dekat sini?” soal Lutfan pada pegawai tersebut. Ara mencuit siku Lutfan menanti penjelasan. “Ni Zarif la.”
“Hai madu.” Zarif menurunkan mask yang dipakai. Ara bingung bagaimana Lutfan boleh mengenali Zarif yang sama sekali berlainan penampilannya. “Buat apa? Nak pastikan hang tak buat kerja bodoh la.”
Ara menolak mereka berdua masuk ke dalam bilik Daus daripada terus berbual di koridor. Seperti yang dijangka, hanya Daus yang terbaring lemah di atas katil.
“Bila masa aku buat kerja bodoh?” soal Lutfan sebelum Zarif datang menghampirinya.
“Sekarang. Hang sedar tak, bila-bila masa hang boleh kena tangkap.” Zarif mencucuk dada Lutfan, melampiaskan marahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Misi 7 Bulan
Cinta'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...
