‘Prap.’
‘Prapp.’
Ara membuat regangan pinggang hingga meletup sendinya yang sudah berusia. Kesan terhentak semalam menjadikan paras perut ke bawah terasa sengal dan berat.
Ingatkan selepas mandi menggunakan air suam segalanya akan hilang tetapi ternyata tidak. Ara melilit tuala di badan sebelum mengeringkan kaki untuk memijak masuk ke dalam bilik.
Bilik yang benar-benar kosong tanpa penghuni lain.
Disebabkan kedegilan Ara semalam, Lutfan mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik. Meninggalkan Ara keseorangan sepanjang malam. Pagi ini pun, wajah Lutfan langsung tidak muncul di bilik.
Ara tidak berasa risau kerana Zarif menghantar gambar Lutfan yang sedang tertidur lena di atas sofa. Mungkin penat seharian melayan drama yang tidak berpenghujung. Ditambah pula dengan kedegilan Ara.
Berdiri di hadapan cermin yang panjang, Ara membelek tubuhnya yang kelihatan sama seperti selalu. Perutnya yang sedikit ke depan di elus.
“Buncitnya. Patutlah Lutfan asyik tengok je.” Udara disedut supaya perutnya yang kembung menjadi kempis. Dia berasa malu kerana ada kemungkinan Lutfan tidak senang melihat perutnya yang besar.
Membelek lagi kerana bahagian bawah kelihatan lebih besar daripada biasa sebelum dia teringat sesuatu. Kalender di buka di telefon, sepatutnya dia akan mengalami haid pada hari esok.
“Nasib baik,” dia mengurut dadanya kerana telah berjanji dengan Zarif untuk membantu mereka hari ini. Sedikit pelik kerana Zarif yang bertanya dan bukannya Lutfan.
Tidak kisah siapa, Ara akan sentiasa sedia membantu jika melibatkan Lutfan. Tetapi sekarang dia mengalami masalah untuk memilih pakaian. Bagaimana anggota polis bergaya semasa penyamaran?
Seluar kargo hitam diletak di hadapan kaki sebelum mata Ara terlihat kesan lebam di bahagian belakang peha kirinya. Patutlah kakinya sentiasa lenguh apabila bergerak.
Saiz lebam yang ada agak besar cuma tertutup dengan kain tuala. Ara menyelak untuk melihat kesannya sebelum pintu bilik di tolak deras dari luar.
Lutfan muncul.
“Kau tak boleh ikuttttt….”
“LUTFAN.”
Ara berusaha menutup tubuh yang terdedah dengan seluar.
“Tutup mata kau.”
Lutfan yang baru tersedar segera berpaling. “Sor..sorry. Aku lupa nak ketuk pintu.”
Ara tidak membalas. Dia segera mengambil baju dan seluar untuk dipakai di dalam bilik air. Baru setapak dia melangkah, tubuh Lutfan bergerak.
“Tapi aku nak cakap yang…”
“Jangan tengok.”
“Ok..ok. Sorry.” Lutfan berpaling. “Tapi benda ni penting dan urgent. Dengar dulu.”
“Bagilah aku pakai baju dulu.”
“Dengar dulu.”
“Baju dulu.”
“Kau nak dengar macam ni. Atau aku pusing sekarang?” ugut Lutfan yang sudah separa berpaling.
“Ok. Cakap cepat.”
“Pasal apa yang Zarif cakap tu. Lupakan je. Aku tak perlukan kau.”
Malas hendak bergaduh. “Fine. Siapa je yang perlukan aku,” sindir Ara kerana hatinya terasa sakit. “Keluarlah. Aku nak pakai baju.”
YOU ARE READING
Misi 7 Bulan
Romance'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...